Kelab UAE, Al-Ain Buat Kejutan Malukan Ronaldo & Al-Nassr

Cristiano Ronaldo dan kelabnya, Al-Nassr terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 1-0 di tangan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain. Kekalahan ini dialami dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 yang berlangsung pada awal pagi tadi. Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat di Stadium Hazza bin Zayed, Al-Alami dilihat pasukan pilihan untuk […]

Cristiano Ronaldo Digantung

Penyerang legenda Portugal, Cristiano Ronaldo perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mendapati bekas penyerang Manchester United itu bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong lawan selepas tamat perlawanan Al-Nassr dan Al-Shabab. Akhbar Daily Mail melaporkan Ronaldo berbuat demikian selepas penyokong Al-Shabab melaungkan nama Messi sebagai cara untuk menyakitkan […]

ACL: Bisa Cristiano Ronaldo Julang Al-Nassr Ke Suku Akhir Benam Al-Fayha

Al-Nassr berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara AFC zon asia barat selepas berjaya menewaskan Al-Fayha dalam aksi pusingan 16 terakhir awal pagi tadi. Al-Nassr yang menurunkan barisan terkuat mereka dengan Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Otavio menjadi taruhan untuk mencari jaringan. Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh ditampilkan Al-Nassr yang tampak lebih selesa dengan […]

Eden Hazard Ramal Cristiano Ronaldo Meledak Hingga Umurnya 50 Tahun

Real Madrid/Al-Nassr

Bekas bintang Chelsea dan Real Madrid, Eden Hazard telah meramal Cristiano Ronaldo mampu meledak gol sehingga umurnya 50 tahun. Hazard berkongsikan pandangan beliau sewaktu dalam sebuah temu ramah dan klip video tersebut telah tular di laman media sosial. “Bagi saya Messi adalah nombor satu dan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza apabila bercakap tentang bola […]

Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu. Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya. Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad. Sehingga […]

ACL: Barisan Kedua Al-Nassr Nyaris Dimalukan Istiklol

Kelab Tajikistan, Istiklol mencipta kejutan dengan mengikat kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E awal pagi tadi. Dengan Al-Alami sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik, Luiz Castro menggunakan peluang ini untuk merehatkan ramai pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo. Bagaimanapun, percaturan itu hampir memakan diri apabila mereka ketinggalan menerusi gol […]

ACL: Al-Nassr Ke Pusingan 16 Terbaik, Diikat Persepolis

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik ACL biarpun sekadar seri tanpa jaringan dengan Persepolis dalam aksi kelima Kumpulan E. Dengan 12 mata daripada empat perlawanan, Al-Alami hanya memerlukan keputusan seri atau kemenangan untuk layak selaku juara kumpulan. Sementara Persepolis memerlukan kemenangan agar wujud jurang antara mereka dengan Al-Duhail yang menduduki […]

Seluruh Stadium Kaku Lihat Gol Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya terus berbisa sebagai peledak gol pada usia 38 tahun. Penyerang Al-Nassr itu mencuri tumpuan ramai apabila melambungkan bola dari luar kotak penalti ke gawang kosong pihak lawan selepas mengatasi penjaga gol Paulo Vitor. Gol tersebut terhasil dalam perlawanan terbaru Saudi Pro League membabitkan Al-Alami dengan Al-Okhdood yang berlangsung […]

Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Dijemput Bersaing Di Eropah

Peminat bola sepak berpeluang melihat kelibat Cristiano Ronaldo kembali beraksi dalam bola sepak Eropah. Ini selepas satu laporan yang dibawa wartawan Arab Saudi, Ali Al-Harbi menyatakan UEFA sedang berkira-kira menjemput kelab Arab Saudi itu. “UEFA berniat untuk menjemput Al-Nassr untuk menyertai UCL 2024 kerana merupakan salah satu daripada tiga kelab terkenal dalam bola sepak dan […]

Al-Nassr Cemerlang Benam Cabaran Al-Fayha

Al-Nassr terus menghambat pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal dengan mencipta kemenangan ke atas Al-Fayha awal pagi ini. Al-Alami tahu hanya kemenangan saja yang dapat merapatkan jurang mereka dengan Al-Hilal yang dibimbing bekas pengurus Benfica, Jorge Jesus. Manakala Al-Fayha pula mahu bangkit selepas dikecewakan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain dalam saingan ACL baru-baru ini. Babak […]

ACL: Ronaldo Pimpin Al-Nassr Tundukkan AL-Duhail

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr terus menerajui Kumpulan E ACL apabila menundukkan kelab Qatar, Al-Duhail dalam aksi ketiga kumpulan awal pagi ini. Al-Duhail turun dengan misi mengutip kemenangan pertama dalam ACL musim ini. Pasukan ini bukan saja diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain perancang Liverpool, Philippe Coutinho. Malah, mereka turut mendapat sentuhan bekas jurulatih PSG dari […]

Hasrat Lihat Dua ‘Ronaldo’ Beraksi Serentak Bakal Tercapai

Impian peminat bola sepak melihat dua ‘Cristiano Ronaldo’ beraksi sama-sama dalam Al-Nassr bakal tercapai. Ini selepas anak sulung legenda Portugal itu, Cristiano Jr sudah memeterai perjanjian dengan Al-Alami bagi menyertai skuad remaja pasukan itu. Perpindahan sensasi ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Sekiranya perpindahan ini berjalan lancar, Cristiano Jr bakal menyertai […]

Bekas Jurulatih Al-Nassr Bakal Dipecat Kali Kedua

Kedudukan bekas jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia di Napoli semakin terancam susulan prestasi buruk yang dialami kelab itu musim ini. Sejak dilantik sebagai pengurus Napoli menggantikan Luciano Spalletti pada musim panas lepas, Partenopei membuat permulaan perlahan dalam Serie A. Dalam 10 perlawanan yang dilaluinya dalam semua kejohanan, mereka hanya menang lima kali, seri dua kali dan […]

ACL: Al-Nassr Bangkit Kalahkan Istiklol

Cristiano Ronaldo membantu Al-Nassr bangkit untuk meraih kemenangan ke atas kelab Tajikistan, Istiklol dalam aksi kedua Kumpulan E ACL awal pagi ini. Al-Nassr berharap dapat melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua kejohanan kepada 11 perlawanan. Manakala The Lions pula berharap kemenangan hari ini mampu membantu mereka mendepani aksi play-off kejuaraan Tajikistan Higher League yang […]

Cristiano Ronaldo Jaring Gol Dalam Asap Tebal

Asap dalam stadium bukan penghalang kepada legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan Al-Nassr-Al-Ahli semalam. Perlawanan baru saja memasuki empat minit apabila bekas penyerang Manchester United itu membuka tirai jaringan buat tuan rumah. Selepas menerima hantaran Sadio Mane, Ronaldo berjaya melepasi pertahanan Al-Raqi sebelum melepaskan rembatan ke arah gol. Menariknya, beliau berjaya menjaringkan gol […]

Cristiano Ronaldo Pacu Al-Nassr Atasi Cabaran Al-Ahli

Dua gol Cristiano Ronaldo membantu Al-Nassr mendaki kedudukan Saudi Pro League (SPL) dengan mengatasi cabaran Al-Ahli 4-3 awal pagi ini. Selepas tewas dua perlawanan awal SPL, Al-Alami mula mengejar kelompok lima teratas liga diketuai pendahulu Al-Ittihad. Dan sebaik wisel perlawanan ditiup, barisan pemain tuan rumah diketuai Ronaldo mula mengasak kelab yang baru dinaikkan ke saingan […]