Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Hilang Piala Ke-3, Dimalukan Al-Wehda

Hasrat penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo untuk membantu pasukannya mara ke pentas akhir King’s Cup of Champions tertangguh apabila ditundukkan Al-Wehda. Bintang berusia 38 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan pasukan selepas kehilangan khidmat ketua jurulatih, Rudi Garcia. Beliau jelas bergelut untuk mempamerkan aksi sebenar tatkala pasukannya gagal mencipta peluang yang […]

Cristiano Ronaldo Ketuai Pesta Gol Al-Nassr Belasah Al-Adalah

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi memberi impak yang cukup luar biasa bersama pasukannya apabila menjadi watak penting untuk menumbangkan Al-Adalah. Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Rudi Garcia untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Momentum baik bekas peledak berbisa Manchester United ini berterusan apabila membuka tirai jaringan pada minit […]

Bapa Messi Minta Al-Hilal RM2.8 Bilion Bawa Anaknya Ke Arab Saudi

Bapa kepada bintang sensasi dunia, Lionel Messi iaitu Jorge Messi meminta Al-Hilal sejumlah 600 Juta Euro sekiranya mahu mendapatkan khidmat anaknya di Arab Saudi. Lionel Messi berkemungkinan akan meninggalkan Eropah untuk beraksi di Timur Tengah dengan bermain menentang musuh lama, Cristiano Ronaldo yang juga beraksi bersama Al-Nassr. Menerusi beberapa laporan awal dari El Chiringuito mengatakan […]

Cristiano Ronaldo Dihukum Saat Al-Nassr Layak Ke Separuh Akhir

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dihukum saat membantu pasukannya untuk mara ke pentas separuh akhir King Cup of Champions. Pemain berusia 38 tahun itu turun sekali lagi untuk mengetuai cabaran pasukannya jelas bermula garang apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit pertama menerusi Al-Najei pada minit pertama. Anak didik Rudi Garcia terus cemerlang menambah gol kedua […]

Cristiano Ronaldo ‘Hilang’ Saat Al-Nassr Dikejutkan Al-Ittihad

Penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada Al-Ittihad. Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dalam aksi penting malam semalam. Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu jelas bergelut tatkala rakan sepasukannya tidak menampilkan persembahan yang diharapkan. Ronaldo mendapat peluang terbaik pada […]

Cubaan Penjaga Gol Al-Batin Tipu Cristiano Ronaldo Hampir Memakan Diri

Tindakan berani penjaga gol Al-Batin yang meninggalkan gawang gol hampir memakan diri tatkala penyerang berbisa Al-Nassr, Cristiano Ronaldo nyaris memanfaatkan peluang tersebut. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Al-Nassr menentang Al-Batin menyaksikan anak didik Rudi Garcia mahu terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga. Sungguhpun mereka dikejutkan dengan jaringan awal, Al-Nassr tetap berjuang sehingga wisel penamat yang […]

“Cristiano Ronaldo Kini Dilayan Berbeza” – Jurulatih Al-Nassr

Ketua jururlatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengesahkan bahawa bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo kini menerima layanan berbeza di kelab. Pengendali kelahiran Brazil itu berkata dalam satu temubual bahawa rakan sepasukan mula memberi layanan berbeza kepada pemain berusia 38 tahun itu setelah meledak 4 gol tempoh hari. Beliau mengesan perkara ini kerana pernah mengingatkan para pemainnya agar […]

Serangan Ribuan Belalang Tak Jejaskan Kesetiaan Penyokong Al-Nassr Kepada Ronaldo

Perlawanan yang melibatkan Al-Nassr menentang Al-Wehda baru-baru ini digemparkan dengan serangan ribuan belalang dalam kawasan stadium. Aksi penting tersebut menyaksikan bintang sensasi pasukan, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 4 gol yang menyaksikan anak didik Rudi Garcia menang dengan keputusan 4-0. Walau bagaimanapun, aksi tersebut difahamkan telah dihadiri oleh sokongan lebih ribuan belakang yang memenuhi tempat duduk […]

Ronaldo Mengganas, Ledak 4 Gol Buat Al-Nassr

Penyerang berbisa Al-Nassr, Crustiano Ronaldo membuktikan beliau masih antara penyerang terbaik apabila meledak 4 gol menentang Al-Wehda malam tadi. Pemain berusia 38 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas berada dalam kelas tersendiri. Keserasian kapten pasukan kebangsaan Portugal ini terserlah apabila mula meledak gol menerusi permainan berpasukan. Gol pertama hadir apabila beliau turun mendapatkan […]

Jurulatih Al-Nassr Harap Pemain Tak Selalu Beri Bola Kepada Ronaldo

Jurulatih Al-Nassr, Luis Garcia berharpa agar para pemainnya tidak selalu memberikan bola kepada Cristiano Ronaldo. Pemain berusia 38 tahun itu baru sahaja beraksi sebanyak dua perlawanan bersama kelab yang menyaksikan mereka hanya mencatatkan satu kemenangan. Malah, Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Saudi apabila tewas kepada Al-Itthihad mengundang pelbagai tanda tanya kepada pasukan. Menerusi satu kenyataan, […]

Jurulatih Al-Nassr Anggap Ronaldo Punca Kekalahan

Ketua jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia menganggap bahawa bintang baharu pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi punca kekalahan pasukan semalam. Pemain berusia 38 tahun itu turun selaku kapten pasukan semalam ketika berdepan Al-Ittifaq menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 3-1. Dalam satu kenyataan sidang media selepas perlawanan, beliau menganggap kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang terhidang pada babak pertama mengubah keputusan […]

Tiket Aksi Ronaldo & Messi Dijual Pada Harga RM11.5 Juta

Pertembungan antara Ronaldo dan Messi bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain ini dijadualkan bertemu dalam satu aksi persahabatan Khamis ini. Kapten pasukan kebangsaan Portugal berusia 38 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi pemain kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG dalam skuad Riyadh ST XI. Impian melihat pertembungan dua bintang bola sepak […]

Al-Hilal Mahukan Lionel Messi, Sedia Tawar Gaji RM553 Juta Lebih Tinggi Daripada Ronaldo

Pencabar terdekat Al-Nassr, Al-Hilal tidak mahu duduk diam apabial difahamkan mahu memancing khidmat pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi. Bintang PSG itu merupakan tunjang utama buat negaranya apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina menjulang kejuaraan berprestij tersebut. Kini, berita mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Arab Saudi itu kembali hangat apabila […]

Aksi Al-Nassr Ditangguh Kerana Stadium Tiada Elektrik

Pertembungan kelab baharu Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Saudi menentang Al-Ta’i terpaksa ditangguhkan akibat ketiadaan bekalan elektrik di stadium. Aksi yang dijadualkan berlangsung semalam itu terpaksa ditangguhkan dalam tempoh 24 jam selepas keadaan stadium difahamkan tidak berada dalam tahap terbaik bagi sepak mula tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh laman rasmi kelab apabila venue […]

Al-Nassr Sedia Lawan Hukum FIFA

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr sedia melawan peraturan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) bagi memastikan debut bintang mereka, Cristiano Ronaldo dapat direalisasikan. Umum mengetahui bahawa kapten pasukan kebangsaan Portugal itu tidak dapat diturunkan lagi akibat menjalani penggantungan dua perlawanan ketika bersama Manchester United. Bekas pemain Real Madrid ini telah dikenakan tindakan […]

Rasmi: Cristiano Ronaldo Sertai Al Nassr, Terima RM946 Juta Setahun

Teka-teki mengenai kelab baharu bintang dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya terjawab. Beliau sah sertai kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al- Nassr. Difahamkan, Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak selama dua tahun setengah iaitu sehingga 2025. Pemenang lima kali Ballon d’OR itu bakal menerima gaji hampir sebanyak RM946 Juta setahun setahun termasuk perjanjian komersial menurut wartawan terkenal Eropah, […]