Penang Rehatkan Akmal Rizal, Cari Pengganti Berpengalaman

Status jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akhirnya terjawab apabila beliau sah direhatkan oleh pengurusan pasukan itu. Perkara ini diumumkan pengurusan Sang Harimau Kumbang dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, Akmal dilihat tiada di bangku teknikal Penang dalam aksi menentang Sabah FC pada 25 Oktober lalu. Penang memilih merehatkan […]
“Akmal Rizal Ambil Cuti Malam Ini”

Status terkini Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Penang dilaporkan telah merehatkan bekas penyerang kebangsaan itu sebagai ketua jurulatih Sang Harimau Kumbang. Ini susulan pasukan itu menghadapi kemarau kemenangan dalam lima perlawanan. Ini termasuk dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Super di tangan KL City FC […]
Penang Rehatkan Akmal Rizal?

Penang difahamkan bakal merehatkan ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli serta-merta. Akmal Rizal menjawat jawatan selaku pengendali Penang bermula Januari 2024 yang lalu dan telah membawa skuad skuad Harimau Kumbang mengharungi 14 perlawanan musim ini. Hasil hantaran terkini oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi memberi bayangan Akmal Rizal bakal direhatkan serta-merta daripada tugas beliau sebagai […]
Akmal Rizal Serah Nasib Kepada Penang

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyerahkan kedudukannya sebagai jurulatih untuk dinilai pengurusan pasukan itu. Ini selepas Sang Harimau Kumbang gagal merekodkan kemenangan buat kali kelima apabila kecundang 1-0 kepada Sri Pahang FC pada 20 Oktober lalu. Penyerang Ukraine, Mykola Ahapov muncul wira Tok Gajah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir babak pertama. […]
Liga Super: Mykola Ahapov Wira Sri Pahang Atasi Penang

Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan cabaran Penang dengan jaringan 1-0 dalam saingan Liga Super. Skuad Tok Gajah dibarisi pemain seperti Azam Azih, Adam Nor Azlin, Manuel Hidalgo, Kpah Sherman dan Fadli Shas sebagai kapten pasukan. Akmal Rizal pula memberikan kepercayaan kepada para pemain seperti Nik Akif, Syamer Kutty, Aqil Irfan, Rodrigo dan […]
Akmal Rizal Puas Hati Prestasi Wenzel-Halls

Prestasi tonggak import baru Penang FC, Dylan Wenzel-Halls memuaskan hati pengendali pasukan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Bekas penyerang Central Coast Mariners itu membuat kemunculan pertama untuk Penang dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 12 September lalu. Kelibat Wenzel-Halls di bahagian sayap kerap mencemaskan barisan pertahanan tuan rumah diketuai […]
“Perjalanan Masih Jauh, Kena Kerja Lagi Kuat” – Akmal Rizal

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal memberitahu bahawa perjalanan pasukannya masih jauh dan perlu bekerja lebih kuat. Skuad kendaliannya kini melonjak ke kedudukan ke-6 Liga Super selepas merekodkan keputusan seri 2-2 ke atas Kuching City. The Phanters kini merekodkan dua kemenangan, 4 seri dan dua kekalahan selepas 8 perlawanan setakat ini. Beliau memaklumkan bahawa prestasi pasukannya […]
Liga Super: Penang Hantar Kelantan DN Ke Tangga Tercorot Liga

Penang gah menundukkan cabaran Kelantan DN di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Akmal Rizal mempertaruhkan khidmat pemain utama seperti Nik Akif Syahiran, Syamer Kutty Abba, Khairu Azrin, Neto, Adib Ra’op manakala Rafael Vitor memakai lilitan kapten pasukan. Kelantan DN turun dengan misi untuk bangkit setelah tewas di […]
Ramuan Taktikal Akmal Rizal Bantu Penang Kurang Dibolosi

Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendedahkan corak permainan yang diterapkan kepada anak buahnya sehingga menyaksikan Penang menjadi salah satu pasukan yang paling kurang dibolosi setakat ini dalam saingan Liga Super. Jurulatih berusia 42 tahun itu memberitahu MakanBola bahawa semua pemain yang diturunkan harus membantu dalam bertahan tidak kira di mana posisi mereka. […]
Dua Penyerang Berbeza Profil Dalam Radar Penang

Berikutan isu ketandusan jaringan, Penang FC mengambil langkah drastik dan difahamkan sedang menilai beberapa nama penyerang bagi memperkuat jentera serangan kelab utara tanah air itu. Masalah di bahagian serangan Penang telah bermula sejak awal musim lagi apabila hanya sekadar mencetak satu gol daripada 4 aksi Liga Super dan di saingan Piala Fa yang menyaksikan kelab […]
Penang Rancang Turun Menyerang Habis-Habisan Lawan Kedah

Derbi utara pada hujung minggu ini bakal menjanjikan aksi tang menarik apabila Penang melaungkan amaran untuk menyerang habis-habisan ketika turun menentang Kedah nanti. Perkara ini diluahkan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang melihat tahap motivasi para pemainnya kini di tahap terbaik setelah cemerlang menewaskan Sri Pahang minggu lalu. ”Selepas kami berjaya […]
Akmal Rizal Mahu Kejutkan Kedah

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tidak gentar dengan prospek berjumpa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Penang mencipta kejutan dengan layak ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan Sri Pahang FC menerusi penentuan sepakan penalti. Meskipun begitu, mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar selepas ini. Menanti skuad […]
Liga Super: Aksi Sengit Paksa PDRM & Penang Berkongsi Mata

PDRM dan Penang meraih keputusan seri di Stadium Selayang untuk perlawanan minggu ketiga Liga Super 2024/2025. Skuad kendalian P. Maniam turun dengan semangat baru setelah meraih kemenangan dramatik ke atas Perak tempoh hari dan mengekalkan beberapa pemain utama seperti Fadi Awad, Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki. Penang yang masih mencari kemenangan pertama liga mempertaruhkan pemain […]
Manzoor Azwira Mahu Cungkil Lebih Ramai Bakat Muda Penang Ke Liga Super

Ketua jurulatih Penang FC II, Manzoor Azwira memiliki matlamat yang besar untuk mencungkil lebih ramai bakat muda Penang ke pentas Liga Super. Skuad Penang FC II tewas tipis 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi pertama Piala MFL namun Manzoor Azwira kekal optimis dengan kemapuan pemain muda Penang. Jurulatih berusia 48 tahun itu mahu mempromosikan pemain […]
Akmal Rizal Lega Penang Bawa Pulang Satu Mata

Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal menarik nafas lega setelah melihat anak-anak buahnya berjaya mengikat Sabah di Likas. Penang yang bertandang ke Stadium Likas bagi aksi petama Liga Super 2024/2025 berjaya mempamerkan disiplin yang tinggi untuk mengikat Sabah FC tanpa jaringan pada petang Ahad. Kekebalan benteng pertahanan yang diketuai oleh tonggak import, Rafael Vitor berhasil […]
Tiga Pemain Import Jadi Sandaran Penang

Penang mengumumkan hanya akan mengikat pemain mengikut bajet yang termampu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Perkara ini dijelaskan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang berkata hanya tiga pemain import bakal menjadi tunjang skuad Harimau Kumbang disebabkan bajet yang terhad. Katanya lagi, beliau kini sedang dalam misi mencari dua lagi pemain import […]