Penang Rehatkan Akmal Rizal, Cari Pengganti Berpengalaman

Status jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akhirnya terjawab apabila beliau sah direhatkan oleh pengurusan pasukan itu. Perkara ini diumumkan pengurusan Sang Harimau Kumbang dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, Akmal dilihat tiada di bangku teknikal Penang dalam aksi menentang Sabah FC pada 25 Oktober lalu. Penang memilih merehatkan […]

“Akmal Rizal Ambil Cuti Malam Ini”

Status terkini Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Penang dilaporkan telah merehatkan bekas penyerang kebangsaan itu sebagai ketua jurulatih Sang Harimau Kumbang. Ini susulan pasukan itu menghadapi kemarau kemenangan dalam lima perlawanan. Ini termasuk dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Super di tangan KL City FC […]

Akmal Rizal Serah Nasib Kepada Penang

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyerahkan kedudukannya sebagai jurulatih untuk dinilai pengurusan pasukan itu. Ini selepas Sang Harimau Kumbang gagal merekodkan kemenangan buat kali kelima apabila kecundang 1-0 kepada Sri Pahang FC pada 20 Oktober lalu. Penyerang Ukraine, Mykola Ahapov muncul wira Tok Gajah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir babak pertama. […]

Penang Tempang Tanpa Rafael Vitor

Penang FC bakal beraksi menentang Sri Pahang FC tanpa kelibat kapten mereka dari Brazil, Rafael Vitor. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali Sang Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Vitor terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam aksi menentang KL City FC pada 29 September lalu. Akmal mengakui ketiadaan bek tengah berusia 31 tahun itu bakal […]

Akmal Rizal Anggap Pengalaman Pisahkan Penang & KL City

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui kekurangan pengalaman pasukan itu menyebabkan mereka dihukum KL City FC. Aksi terbaru Liga Super menemukan The City Boys dan Harimau Kumbang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 September lalu. Pada awalnya, Penang mendahului menerusi gol awal Adib Ra’op. KL City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan […]

Akmal Rizal Congak Taktik Berbeza Lawan Selangor

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal mencorak taktik berbeza menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC. Penang tampil dengan prestasi baik selepas merekodkan kemenangan pertama liga pada 13 Julai lalu. Skuad Harimau Kumbang meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak FC. Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal Anuar mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut. […]

Zaquan Adha: Jangan Salah Pilih

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap pengurusan Penang FC bijak memilih penyerang import yang akan memperkuatkan jentera serangan pasukan itu. Keperluan mencari peledak baru untuk skuad Harimau Kumbang timbul apabila pasukan itu gagal meraih jaringan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 5 Julai […]

Piala FA: Kedah Darul Aman Pamer Taring Tundukkan Penang

Kedah Darul Aman berjaya meraih kemenangan ke atas Penang dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Bandaraya Penang. Akmal Rizal Rakhli mempertaruhkan barisan pemain seperti Sikh Izhan, Nik Akif Syahiran, Rafael Vitor, Adib Raop dan Syamer Kutty Abba bagi menghadapi cabaran Sang Kenari. Kedah Darul Aman yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pula […]

Akmal Rizal Mahu Kejutkan Kedah

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tidak gentar dengan prospek berjumpa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Penang mencipta kejutan dengan layak ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan Sri Pahang FC menerusi penentuan sepakan penalti. Meskipun begitu, mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar selepas ini. Menanti skuad […]

Penang Ukur Baju Di Badan Sendiri

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berbelanja besar, Penang FC pula memilih pendekatan berbeza. Pasukan utara tanah air itu memilih berbelanja secara berhemah terutama dari segi pemilihan pemain import. Tidak seperti sesetengah pasukan, Penang tidak memiliki kekuatan kewangan untuk mendapatkan ramai pemain import. Atas sebab itu, jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukan itu berhati-hati […]

Akmal Rizal Terajui Cabaran Penang Untuk Musim 2024/2025

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah membimbing Penang FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Perkara ini diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka semalam. Akmal sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Penang untuk tiga perlawanan terakhir Liga Super musim 2023. Beliau mencatatkan rekod […]

Akmal Rizal: Kita Nak Letak Feri Depan Pintu Gol

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukannya perlu mempamerkan disiplin tinggi bila menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok. Dengan 92 gol musim ini, jentera serangan Harimau Selatan amat digeruni lawan baik di peringkat domestik mahupun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain itu, ia turut dibarisi penyerang-penyerang berkaliber termasuk Bergson da […]