Tano Solari Tak Mahu Lepaskan Akhyar Rashid

Akhyar Rashid banyak memberi kesan positif kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baik dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian. Atas sebab itu, jurulatih JDT, Tano Solari tidak mahu melepaskan bekas pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA FC) itu dan mahu beliau kekal bersama JDT musim hadapan. Ini kerana Solari melihatnya sebagai tonggak penting […]
Akhyar Rashid & Safawi Rasid Dikaitkan Ke Terengganu

Berita perpindahan sedang hangat diperkatakan dengan kelibat dua pemain iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mula dikaitkan ke Terengganu. Berita ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran yang melaporkan bahawa khidmat dua bintang negara ini sedang diperhatikan oleh skuad Peteh. Finalis Piala Malaysia 2023 ini mahu memantapkan jentera serangan dengan […]
“Ramalan Saya Arif Aiman, Akhyar & Syihan Skor” – Angah

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu mencuri tumpuan selepas pengacara radio Sinar FM, Angah meramalkan bahawa penjaga gol JDT, Syihan Hazmi akan menggegar jaring. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal disambut kira-kira lebih 70 ribu orang penyokong kedua-dua pasukan. Sinar FM yang menerima kehadiran […]
Akhyar Rashid Cerita Detik Genting Berdepan Penjaga Gol Dunia Korea Selatan

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid teruja dan gembira dapat membantu pasukannya meraih tiga mata penting dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai. Akhyar mencatat nama sebagai penjaring selepas menjaringkan gol kemenangan buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-87 permainan. “Pertama sekali saya bersyukur, alhamdulillah dapat bantu pasukan. Ini yang […]
Impak Segera Akhyar Rashid Bukti Kualiti Pemain Tempatan JDT Di Asia

Kemasukan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid membuktikan kesediaan pemain tempatan untuk menggalas tugas di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan bagi menggantikan Oscar Arribas berjaya memberi impak segera kepada skuad Harimau Selatan. Beliau membentuk gandingan yang cukup berbisa bersama Arif Aiman Hanapi dan jelas […]
Akhyar Rashid Buktikan Dirinya Tonggak Penting Harimau Malaya

Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid membuktikan dirinya merupakan tonggak penting pasukan kebangsaan berdasarkan statistik semasa beliau bersama pasukan Malaysia. Akhyar Rashid memainkan watak penting dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Syria dan China apabila beliau menyumbangkan 1 gol (Syria) dan 1 bantuan jaringan (China) buat Malaysia. Malah pemain berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 3 […]
Penyokong Berdekah Layan ‘Kerja Sambilan’ Arif Aiman & Akhyar Rashid

Gelagat duo sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid kembali mencuri tumpuan apabila muncul dengan satu peranan baharu. Baru-baru ini, tular sebuah klip yang memaparkan kelibat Arif dan Akhyar yang kini kelihatan seperti seorang pempengaruh di media sosial. Kecermerlangan aksi di atas padang diteruskan dengan ‘beraksi’ pula sebagai seorang reviewers […]
Akhyar Rashid Buat Posisi Syihan Hazmi ‘Tercabar’

Kelibat pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rahsid mencuri tumpuan apabila mempamerkan kebolehan baharunya bersama pasukan. Pemain berusia 24 tahun itu meraih bualan ramai terutamanya peminat Harimau Selatan tatkala sebuah video ketika sesi latihan tular. Menerusi perkongsian oleh Johor Southern Tigers, gelagat Akhyar beraksi selaku penjaga gol ketika sesi latihan mengundang reaksi pelbagai. […]
Akhyar Rashid Terima Penghargaan Tertinggi

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menerima pujian tertinggi daripada individu yang berjuang bersama-samanya merebut tempat dalam pasukan. Anak jati kelahiran Kedah ini telah pun menyertai skuad Harimau Selatan dari negeri kelahirannya pada tahun 2018 pada usia yang cukup muda. Bintang bertubuh kecil ini dikenali sebagai salah seorang pemain sayap lincah yang […]
Gelagat Akhyar Rashid Tumbang Berdepan Papua New Guinea Curi Perhatian

Gelagat pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid yang terbaring berdepan Papua New Guinea mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Malaysia bersama-sama Paulo Josue dan juga Safawi Rasid banyak memberi masalah kepada lawan. Gerakan lincah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memaksa para pemain Kepulauan Solomon untuk […]
3 Penyerang Berbisa Beri Dimensi Berbeza Buat Harimau Malaya

Pertemuan Harimau Malaya berdepan Papua New Guinea menyaksikan beberapa muka baharu mampu jadi taruhan pengendali negara, Kim Pan-gon. Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-1 namun dijangka mempertaruhkan beberapa muka baharu untuk menguji kekuatan pemain dalam pasukan. Sungguhpun nama-nama seperti Nooa Laine, Junior Eldstal, Syahmi Safari dan ramai lagi bakal diuji Pan-gon, tumpuan terarah kepada rangkaian […]
Peranan Baharu Bantu Arif Aiman & Akhyar Rashid Lebih Menyerlah Di JDT

Dua pemain tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid dilihat mula membentuk gandingan baharu dalam perancangan Tano Solari di JDT. Kedua-dua pemain ini dikesan beraksi selaku penyerang tengah ketika skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Kelantan United di tempat lawan. Arif Aiman memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan […]
Sanusi Dakwa Terdapat Pecah Amanah Tabung CAS Akhyar Rashid

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor membuat pendedahan mengejutkan apabila memaklumkan bahawa terdapat kes penyelewengan yang melibatkan tabung CAS bekas pemain KDA FC, Akhyar Rashid. Umum mengetahui bahawa perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) terpalit dengan beberapa kontroversi berkaitan isu penebusan kontrak dan sebagainya. Pemain berusia 24 tahun […]
Safee Sali Anggap Faisal Halim & Akhyar Rashid Setanding Pemain Naturalisasi

Legenda bola sepak negara, Safee Sali memuji prestasi cemerlang yang ditampilkan dua pemain sayap Harimau Malaya bagi aksi perlawanan persahabatan tempoh hari. Memetik kenyataan daripada Bernama, bekas penyerang kebangsaan itu menganggap kualiti yang ada pada Akhyar Rashid dan Faisal Halim kini setanding dengan pemain naturalisasi seperti Paolo Josue dan Endrick Dos Santos. Dua pemain sayap […]
Natxo Insa Dijangka Kembali Perkuat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sedikit tempang menjelang perlawanan menentang Sabah esok susulan kecederaan beberapa pemain utama. Di sebalik berita berkenaan, penyokong Harimau Selatan boleh menghela nafas lega apabila Natxo Insa bakal kembali memperkuat pasukan. Natxo sebelum ini berehat panjang selepas mengalami kecederaan belakang. Begitupun, jurulatih JDT, Esteban Solari tidak memberi sebarang jangka masa bila […]
Akhyar Rashid Ada Sebab Tersendiri Mengapa Beliau Tidak Dapat Beraksi 90 Minit

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid memiliki sebab yang tersendiri susulan tidak dapat meneruskan cabaran selama 90 minit bersama skuad kebangsaan. Bintang kelahiran Kedah ini menjadi tunjang utama apabila mengemudi jentera serangan Harimau Malaya dengan cukup baik dalam dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Pemain berusia 23 tahun ini menjadi […]