Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Muncul Naib Juara, Dikecewakan Belanda

Malaysia terlepas peluang untuk muncul juara Hoki 5s Piala Dunia apabila tumbang kepada gergasi Eropah, Belanda. Skuad negara yang mengatasi Poland semalam dalam aksi separuh akhir dikejutkan dengan jaringan pertama Belanda menerusi Yannick Van Der Drift seawal minit pertama. Seakan tersentak, Malaysia terus membalas dengan jaringan penyamaan melalui gol padang Akhimullah Anuar seminit selepas itu […]