Juan Torres: Tiada Tekanan, Skuad Kali Ini Berbeza

Malaysia optimis untuk memberikan aksi terbaik dan turun tanpa tekanan untuk mengekalkan kejuaraan di Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Keyakinan ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido yang ketika ini giat mempersiapkan skuad muda negara sebelum ke Indonesia. Katanya, skuad yang dibawa kali ini tidak memiliki tekanan kerana para pemain […]

Senarai Lawan Malaysia Di Piala AFF B-19

Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 […]

Pemain JDT & Selangor Dominasi Panggilan Malaysia Ke AFF B-19

Pemain dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mendominasi senarai pemain bagi menghadapi cabaran Piala AFF B-19. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 28 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Ahad, 7 Julai […]

Thailand Tempah Tiket Ke Final, Atasi Skuad Muda Vietnam Saat Getir

Thailand berjaya melangkah ke pentas final Piala AFF B-16 apabila menewaskan Vietnam dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dan berada pada momentuk cemerlang selepas menewaskan lawan masing-masing tempoh hari. Usaha itu bagaimanapun direncatkan dengan kekebalan benteng pertahanan lawan untuk mencari jaringan. Tandukan yang dilakukan oleh pertahanan Thailand hasil sepakan penjuru pada minit ke-30 […]

AFF B-16: Episod Duka Malaysia Dua Tahun Lalu Kembali Berulang

Episod duka Malaysia dua tahun lalu dalam kempen Piala AFF B-16 berulang apabila secara rasminya terhenti pada peringkat kumpulan. Pasukan bimbingan Javier Ribera memulakan langkah dengan baik di Indonesia apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Hasrat untuk meneruskan momentum cemerlang bagaimanapun disekat oleh Australia B-16 apabila tunduk bermaruah dengan keputusan 2-0. Thailand sekali lagi […]

Reaksi Kim Pan-gon Selepas Diundi Bertemu Thailand Di Piala AFF

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuka mulut selepas Malaysia diundi sekali lagi menentang Thailand di Piala AFF 2024. Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan juga satu pasukan sama ada Timor Leste atau Brunei. Undian Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang berlangsung pada Mei lalu menyaksikan pengendali kelahiran Korea Selatan […]

Malaysia Terduduk Lawan Pemain Muda Thailand, Tersingkir Di Peringkat Kumpulan

Malaysia menamatkan kempen Piala AFF B-16 pada peringkat kumpulan selepas tunduk di tangan Thailand 3-1. Skuad muda negara dalam misi untuk menebus kehampaan apabila tewas 0-2 di tangan Australia sekaligus menutup harapan ke separuh akhir. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila anak didik Javier Ribera memperoleh gol awal menerusi ledakan penyerang muda, Izzuddin Afif pada minit […]

Siaran Langsung AFF B-16: Thailand vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi terakhir peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara pasukan Thailand dan Malaysia mencuri tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki peluang terakhir untuk muncul juara Kumpulan C dengan menewaskan Gajah Perang sementara mengharapkan tuan tidak memihak kepada Australia. Pengendali kelahiran Sepanyol itu masih tidak berputus asa dan melaungkan keyakinan hebat untuk terus memastikan semangat anak juangnya […]

AFF B-16: Peluang Terakhir Malaysia Layak Selaku Juara Kumpulan C

Malaysia masih memiliki satu peluang terakhir untuk layak selaku juara Kumpulan C di Piala AFF B-16. Skuad kendalian Javier Ribera memulakan langkah cemerlang apabila menundukkan Timor Leste dengan keputusan 5-0. Rentak cemerlang itu bagaimanapun tidak dapat dikekalkan apabila tewas bermaruah ketika menentang Australia B-16 dengan keputusan 2-0. Kini, anak didik Javier Ribera masih memiliki peluang […]

Javier Ribera Buka Mulut Selepas Malaysia Tunduk Kepada Australia

Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Ribera menunjukkan semangat juang positif sungguhpun tewas kepada Australia baru-baru ini. Pengendali muda itu membimbing pasukan bagi aksi kedua peringkat kumpulan di Piala AFF B-16 2024 di Indonesia. Hasrat skuad muda negara melakar kemenangan kedua terbantut apabila tunduk di tangan anak buah Brad Maloney dengan keputusan 2-0. Jurulatih berusia 36 […]

Malaysia Paksa Skuad Muda Australia Mandi Peluh Sebelum Tewas

Malaysia memberikan saingan terbaik sebelum tunduk di tangan skuad muda Australia dalam kempen Piala AFF B-16. Skuad kendalian Javier Ribera membariskan kesebelasan terbaik selepas menundukkan Timor Leste dengan keputusan 5-0. Tentangan sengi diberikan oleh Australia pada aksi kedua Kumpulan C dengan misi untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan. Malaysia B-16 memberikan tekanan hebat untuk […]

Siaran Langsung AFF B-16: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara Australia dan Malaysia menjadi tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera merekodkan permulaan cemerlang selepas membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Australia pula mengalami nasib berbeza apabila diikat oleh Thailand dengan keputusan 1-1. Pasukan muda negara mempertaruhkan pengalaman berdepan Australia pada tahun 2022 apabila berjaya mengikat lawan sama dengan […]

AFF B-16: Rekod Baik Malaysia Lawan Australia Beri Tonik Tambahan

Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke […]

AFF Hormati Permintaan Terengganu

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah membuat perubahan bagi memenuhi keperluan pasukan Terengganu FC untuk kempen Shopee Cup 2024/25. Terengganu membawa cabaran Malaysia dalam saingan Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship. Pasukan dari Pantai Timur itu turut disertai finalis Piala FA 2023, KL City FC sebagai satu lagi wakil negara. Majlis undian kumpulan […]

4 Kejohanan Besar Bakal Hangatkan Bola Sepak Asia

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan empat kejohanan besar Asia Tenggara bakal diletakkan di bawah satu platform digital tunggal iaitu ASEAN United FC. Usaha ini terhasil menerusi kerjasama yang terjalin antara AFF dan rakan komersial eksklusif SPORTFIVE. ASEAN United FC bakal meliputi empat kejohanan utama rantau Asia Tenggara iaitu ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024, ASEAN […]

Asean Club Championship Kini Dikenali Sebagai Shopee Cup

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan nama rasmi ASEAN Club Championship sebagai Shopee Cup. Perubahan nama ini dibuat selepas Shopee diumumkan sebagai rakan penaja rasmi kejohanan. Shopee turut diumumkan sebagai rakan penaja untuk kejohanan-kejohanan utama ASEAN lain yang dianjurkan AFF. Shopee Cup bakal menampilkan 12 pasukan utama rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 […]