AFF U23: Pemain Vietnam Hentak Kepala Bintang Indonesia Jadi Perhatian

Tindakan pemain skuad b-23 Vietnam, Nguyen Hong Puch menghentak kepala pemain Timnas Indonesia jadi perhatian di kejohanan Piala AFF B-23. Perlawanan akhir Piala AFF itu menyaksikan Sang Garuda terlepas peluang untuk bergelar juara selepas tewas menerusi penentuan penalti. Aksi panas tersebut bagaimanapun tertumpu kepada satu insiden yang cukup keras melibatkan seorang pemain vietnam dan Indonesia. […]

AFF U23: Kualiti Pengadilan Buat Shin Tae-yong Berang

Beberapa keputusan kontroversi yang dibuat pengadil Jepun, Hiroki Kasahara dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam mencetuskan kemarahan jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong. Salah satu insiden berkenaan ialah insiden Haykal Alhafiz disiku pemain Golden Star Warriors. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil ke atas pemain berkenaan sekaligus mencetuskan kemarahan pemain dan pegawai Tim Garuda. Perasaan […]

AFF U23: Penyerang Malaysia Dinobat Penjaring Terbanyak

Biarpun skuad B-23 Malaysia mengakhiri kempen Piala AFF B-23 2023 di tempat keempat, ada sedikit sinar buat anak-anak buah E. Elavarasan. Ini selepas Alif Ikmalrizal Anuar menggondol anugerah penjaring gol terbanyak kejohanan semalam. Penyerang Penang FC itu berkongsi anugerah berkenaan dengan penyerang muda Vietnam, Dinh Xuan Tien. Kedua-duanya menyumbat tiga gol sepanjang Piala AFF B-23 […]

AFF U23: Kapten Vietnam Lega Tangkapan Terakhirnya Bawa Tuah

Kapten skuad B-23 Vietnam, Quan Van Chuan mengakui amat lega bila berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil penjaga gol Indonesia, Ernaldo Ari dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam. Dengan kedua-dua pasukan masih terikat 0-0 selepas 120 minit, penentuan penalti dibuat bagi menentukan pemenang. Dengan kesemua lima penalti berjaya disempurnakan kedua-dua pasukan, nasib kedua-dua […]

AFF U23: Kapten Malaysia Anggap Tuah Jadi Pemisah

Ketua pasukan kebangsaan Bawah 23 tahun, Ubaidullah Shamsul Fazli menganggap tuah jadi pemisah Harimau Malaya untuk bawa pulang pingat gangsa bagi edisi Piala AFF kali ini.  Malaysia terpaksa akur tewas kepada Thailand bagi penentuan tempat ketiga menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan. Harimau Muda menamatkan kempen Piala AFF B-23 2023 di tempat ke-4. Pemain berusia […]

AFF U23: Thailand Raih Tempat Ke-3 Atasi Malaysia

Pertembungan aksi Piala AFF U23 bagi penentuan tempat ke-3 antara Malaysia dan Thailand berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada skuad Thailand. Aksi yang berlangsung baik itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan E. Elavarasan melakukan beberapa perubahan. Skuad muda negara memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol pembukaan. Detik terbaik hadir apabila serangan bertali-arus oleh […]

Siaran Langsung AFFU23: Malaysia vs Thailand, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan penentuan tempat ke-3 antara Malaysia dan Thailand menjadi tumpuan ramai pada kejohanan AFF U23 kali ini. Pasukan bimbingan E. Elavarasan terpaksa menelan hakikat terkandas di separuh akhir apabila tewas 1-4 kepada Vietnam. Thailand juga sudah pasti mahu menebus kedukaan selepas disingkirkan Indonesia dalam satu aksi separuh akhir dengan keputusan 3-1. Ini juga merupakan pencapaian […]

AFF U23: Malaysia Tak Mahu Pulang Tangan Kosong

Pemain pertahanan skuad kebangsaan B-23 tahun, Ubaidullah Shamsul Fazili yakin skuad negara tidak akan pulang dengan tangan kosong pada esok hari.  Malaysia akan bertemu Thailand bagi aksi penentuan tempat ketiga dalam saingan Piala AFF B-23 edisi kali ini.  Pemain berusia 19 tahun ini akui kecewa apabila kalah di separuh akhir menentang Vietnam semalam. Namun, beliau […]

AFF U23: Shin Tae-yong Waspada Dengan Ancaman Vietnam

Jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong mengakui skuad B-23 Vietnam mampu menggugat peluang mereka untuk menjulang Piala AFF B-23 2023. Ini kerana biarpun majoriti pemain yang dihantar beraksi ialah pemain-pemain skuad B-20, mereka melakukan tugas cemerlang sepanjang kejohanan. Ini termasuk menewaskan Malaysia dalam aksi separuh akhir yang berlangsung semalam. Justeru, pengendali yang berasal dari Korea […]

AFF U23: Jurulatih Vietnam Jangka Indonesia Bakal Muncul Juara

Perlawanan akhir Piala AFF Bawah 23 tahun menyaksikan pertembungan diantara Indonesia dengan Vietnam.  Jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan mengakui kekuatan yang dimiliki oleh Indonesia dari segi kualiti setiap pemain dan juga memiliki jurulatih luar yang sangat berpengalaman.  Indonesia turun dengan prestasi terbaik selepas berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah Thailand, dengan keputusan 3-1.  Oleh itu, beliau […]

AFF U23: Keyakinan Pemain Vietnam Bantu Kalahkan Malaysia

Penjaring gol skuad B-23 Vietnam, Nguyen Quoc Viet melihat keyakinan yang dimiliki rakan-rakan sepasukannya membantu mereka mengatasi Malaysia dalam aksi separuh akhir Piala AFF B-23 2023. Ini kerana dengan keyakinan tersebut, mereka percaya boleh meraih kemenangan sebelum turun ke padang lagi semalam. Ditambah dengan kesilapan yang dilakukan skuad negara, itu membantu Golden Star Warriors mendahului […]

AFF U23: Jurulatih Thailand Akui Kehebatan Indonesia

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro mengakui anak-anak buahnya kecundang kepada Indonesia yan menampilkan aksi lebih bagus dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF B-23 2023. Indonesia terlebih dahulu di hadapan menerusi Jean Stroyer pada minit ke-10. The War Elephants kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Chukid Wanpraphao pada minit ke-27. Bagaimanapun, Tim Garuda memastikan kemenangan dalam […]

AFF U23: Indonesia Ke Perlawanan Akhir Selepas Tewaskan Thailand

Skuad bawah 23 tahun Indoenesia melakar kejutan Piala AFF U23 apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF U23 selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Wilayang Rayong sebentar tadi. Indonesia memulakan perlawanan dengan positif apabila mereka melancarkan serangan bertali arus ke kubu Thailand. Selain ghairah menyerang, […]

AFF U23: “Pemain Tidak Bermain Seperti Dirancang” – E. Elavarasan

Ketua jurulatih Bawah 23 tahun skuad kebangsaan, E. Elavarasan mengakui corak permainan pada separuh masa pertama tidak seperti yang dirancang.  Beliau menyifatkan para pemain hilang tumpuan terutamanya barisan pertahanan yang alpa menyebabkan Malaysia dibolosi dengan tiga jaringan dalam separuh masa pertama.  “Saya merasakan separuh masa pertama kita tidak beraksi dengan efektif, cara permainan kami tidak […]

AFF U23: Vietnam Menang Ke Atas Malaysia

Skuad B-23 Vietnam membuktikan status mereka sebagai juara bertahan Piala AFF B-23 dengan menewaskan Malaysia 4-1 di Stadium Wilayah Rayong dalam aksi separuh akhir hari ini. Babak pertama menyaksikan Harimau Muda gagal mengawal bola dengan kemas dan kerap melakukan kesilapan. Dua kelemahan ini segera dimanfaatkan Golden Star Warriors dengan gol pertama mereka hadir pada minit […]

Siaran Langsung AFFU23: Malaysia vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi separuh akhir AFF U23 menyaksikan pertembungan antara skuad muda Malaysia berdepan Vietnam dalam misi untuk mara ke final. Pasukan bimbingan E. Elavarasan muncul selaku juara Kumpulan B setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Indonesia dan Timor Leste. Prestasi memberangsangkan ini ditagih untuk berdepan lawan yang juga merupakan juara Kumpulan C. Sambil itu, Hoang Anh Tuan […]