Info Siaran Langsung Vietnam vs Indonesia | Piala AFF 2022

Aksi separuh akhir kedua hari ini melibatkan pertembungan antara bekas finalis Piala AFF 2020, Vietnam dan juga Indonesia yang turun di Stadium Nasional My Dinh. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari selain diserikan dengan beberapa kontroversi sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, anak didik […]

Ikhsan Fandi Beri Bayangan Bakal Diturunkan Berdepan Malaysia

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi memberi bayangan akan diturunkan menjelang pertembungan dengan Malaysia malam ini. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan tunjang utama buat skuad kendalian Takayuki Nishigaya terutamanya dalam kempen Piala AFF kali ini. Walau bagaimanapun, khidmat beliau terpaksa diketepikan setelah mengalami kecederaan yang mengakibatkan beliau diusung keluar ketika berdepan Myanmar. Penyerang pasukan […]

Penyokong Thailand Risau Dengan Permukaan Padang Stadium Cheras

Para penyokong Thailand kini mula menzahirkan kerisauan terhadap permukaan terkini Stadium Cheras, Kuala Lumpur. Seperti yang sedia maklum, stadium tersebut bakal menjadi venue tuan rumah bagi pasukan Brunei sepanjang kempen Piala AFF kali ini. Namun begitu, keadaan permukaan padangnya kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong yang risau terhadap persembahan yang akan dipamerkan oleh pasukan […]

Derbi Nusantara Mendekat, Perang Psikologi Kini Bermula

Menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan B Piala Suzuki AFF 2021 pada 19 Disember ini, tumpuan pastinya terarah pada aksi Malaysia menentang Indonesia yang turut digelar ‘derbi nusantara’. Perlawanan ini juga bakal menjadi aksi penentu pasukan manakah yang akan melayakkan diri ke separuh akhir sekali gus menghangatkan lagi pertemuan dua buah negara ini. Indonesia kini mengumpul […]

Teerasil Dangda Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF

Penyerang utama skuad Thailand, Teerasil Dangda kini muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF selepas menjaringkan 2 gol dalam pertemuan menentang Filipina. Kini beliau telah mengumpul 19 gol sekali gus menghapus rekod 17 gol milik Noh Alam Shah. Dangda kini telah menjaringkan 4 gol dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2021 dalam 3 perlawanan bersama Thailand. […]

Dion Cools Taruhan Utama Benteng Tengah Harimau Malaya Jika Masalah Kecederaan Berpanjangan

Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada hari Khamis ini akan menjadi taruhan utama Harimau Malaya di bahagian pertahanan tengah setelah beberapa pemain pertahanan tengah skuad negara dilanda kecederaan. Aksi Dion Cools pasti ditagih para peminat dalam misi wajib menang ke atas Indonesia bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Piala AFF Suzuki. Ketika […]

Aksi Padang Rumput Semulajadi Beri Kelebihan Buat Harimau Malaya

Kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember ini dilihat mendapat suntikan motivasi apabila dijadualkan bakal mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan di stadium yang menggunakan padang rumput atau ‘cow grass’. Menurut satu kenyataan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara yang diundi dalam kumpulan B bersama beberapa pasukan lain termasuklah juara edisi terakhir, […]

Kejuaraan AFF Suzuki 2010 Berjaya Ubah Landskap Bola Sepak Negara

Dalam satu temubual eksklusif di rancangan bola@mamak tempoh hari, Shahrom Kalam telah berkongsi serba serbi mengenai kisah dan sejarah kejayaan skuad Harimau Malaya pada tahun 2010. Mengimbau kembali zaman kegemilangan Harimau Malaya ketika itu, Shahrom Kalam menyatakan bahawa kejayaan skuad negara pada tahun tersebut telah berjaya mengubah landskap dunia bola sepak tempatan. “Sebenarnya pasukan yang […]

Malaysia Diundi Bersama Musuh Tradisi, Indonesia Dalam Kumpulan B

Undian Piala AFF Suzuki 2020 telah berlangsung sebentar tadi sekaligus bakal menyaksikan pasukan Harimau Malaya bersaing bersama beberapa lagi negara dalam usaha merangkul kejohanan berprestij itu kembali ke tanah air tercinta. Kali terakhir Malaysia berjaya memasuki pentas akhir adalah pada Edisi 2018 ketika perjalanan penuh dramatik pasukan negara dihentikan oleh pasukan Vietnam dengan agregat 3-2. […]

Undian Piala AFF Suzuki 2020 Dijadualkan Penghujung September

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Penantian para penyokong untuk melihat aksi Harimau Malaya kembali bersinar apabila undian Piala AFF Suzuki dijadualkan bakal berlangsung hujung September ini. Kejohanan berprestji ini sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lepas. Namun begitu, wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia terutamanya negara asia tenggara menyebabkan harapan para penyokong terpaksa ditangguhkan. Oleh […]