AFCON: Ivory Coast Julang Kejuaraan, Bangkit Atasi Nigeria

Ivory Coast bangkit menjulang takhta ‘raja’ Afrika setelah menumbangkan Nigeria dalam aksi final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). Kedua-dua pasukan menampilkan barisan terkuat mereka dengan misi mahu bergelar raja bola sepak di rantau Afrika untuk edisi kali ini. Di permulaan aksi, Nigeria lebih garang dengan corak serangan lebih tersusun sekaligus membuahkan hasil apabila kapten pasukan, William […]

Mesir & Mo Salah Tersingkir Dari Afcon

DR Congo mencipta kejutan terbaru di pentas Piala Negara-Negara Afrika 2023 (AFCON) apabila berjaya menyingkirkan juara tujuh kali Mesir menerusi penentuan sepakan penalti ke-18 yang dijaringkan oleh penjaga gol DR Congo, Lionel Mpasi awal pagi tadi. Mesir sekaligus tidak layak mara ke suku akhir berikutan keputusan seri 1-1 selepas masa tambahan. DR Congo mendahului aksi […]

Algeria Jadi ‘Lauk’ Pasukan Ke-105 Dunia

Algeria tersingkir daripada saingan Piala Afrika (AFCON) apabila Mauritania telah meraih kemenangan pertama dalam sejarah perlawanan AFCON bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya semalam. Bek tengah Mauritania, Yali Dellahi berjaya mencetak gol kemenangan pada minit akhir separuh masa pertama. Gol itu telah mengejutkan juara dua kali AFCON, Algeria. Kekalahan itu menyebabkan Algeria tersingkir daripada kumpulan […]

Mesir Mara Dalam Keadaan Mengerikan

Pasukan ke-77 dunia, Cape Verde nyaris memalukan Mesir dalam saingan Piala Afrika (AFCON) yang berlangsung semalam. Aksi antara jaguh Timur Tengah itu berlangsung hebat selepas pemain sayap sensasi, Mohamed Salah tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Perlawanan yang berlangsung di Stade Félix Houphouët-Boigny itu menyaksikan pasukan ke-33 dunia itu perlu mempertaruhkan beberapa muka baharu dalam kesebelasan […]

Mesir & Ghana Terikat, Mo Salah Cedera Teruk

Pasukan gergasi Afrika, Mesir sekali lagi hampa apabila diikat 2-2 dengan Ghana dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023. Selain terpaksa berpuas hati dengan satu mata, pasukan yang diberi jolokan The Pharaohs itu kini perlu menunggu status terbaru kecergasan ayam tambatan mereka, Mohamed Salah. Salah terpaksa dikeluarkan pada minit akhir babak pertama […]

Bintang Liga Super Malaysia Bantu Pasukan Ke-115 Dunia Tewaskan Tunisia

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 menyaksikan satu lagi kejutan apabila Tunisia tewas kepada pasukan ke-115 dunia, Namibia dalam aksi pertama Kumpulan E semalam. Menariknya, kejayaan pasukan yang diberi jolokan The Brave Warriors itu dibantu oleh bintang Liga Super Malaysia, Petrus Shitembi. Shitembi yang beraksi untuk pasukan Kuching City FC diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Tunisia […]

Kerana Kalah, Jurulatih Ghana Diserang Penyokong

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dikejutkan dengan insiden penyokong menyerang jurulatih Ghana, Chris Hughton semalam. Insiden ini tercetus selepas pasukan yang diberi jolokan The Black Stars itu tewas mengejut kepada pasukan kerdil, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan B. Akhbar Daily Mail melaporkan sebaik pasukan itu tiba di hotel penginapan rasmi mereka, penyokong tersebut cuba […]

Mesir Hampir Dimalukan Pasukan Ke-111 Dunia

Mesir bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan ke-111 terbaik dunia, Mozambique pada perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi selepas diselamatkan ketua pasukan Mesir, Mohamed Salah menerusi sepakan penalti pada minit ketujuh masa kecederaan dengan keputusan seri 2-2. Persembahan lebih kemas dan bertenaga detik-detik akhir di Stadium Felix Houphouet Boigny itu menjadi […]

Insiden Kekurangan Oksigen Dalam Pesawat Hampir Ragut Nyawa Pasukan Gambia

Perjalanan skuad kebangsaan Gambia ke Ivory Coast untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hampir berakhir dengan tragedi. Akhbar Daily Mail mendedahkan ini selepas beberapa pemain dan pegawai dilaporkan tidak sedarkan diri sebaik pesawat berlepas dari ibu kota Gambia, Banjul ke Abidjan, Ivory Coast. Selepas sembilan minit berada di udara, pesawat membuat pendaratan cemas di Lapangan […]