Tomislav Steinbruckner Dedah Punca Turunkan Penjaga Gol Ketiga Berbanding Rahadiazli

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi sebab beliau menurunkan penjaga gol ketiga, Syed Nasrulhaq berbanding Rahadiazli dalam aksi terakhir kumpulan G Piala AFC pada Rabu. Beliau yang ditemui pada sidang media selepas perlawanan berkata Rahadiazli tidak dipilih kerana kecederaan ringan yang dialami beliau di bahagian lututnya dan beberapa kesilapan yang dilakukan beliau pada aksi-aksi sebelum […]

Siaran Langsung AFC Cup: Sabah vs PSM Makassar, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan antara pasukan Sabah dan juga PSM Makassar bagi aksi terakhir Piala AFC 2023 menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Aksi yang berlangsung di Stadium Likas menyaksikan kedua-dua pasukan berada dalam momentum terbaik dengan The Rhinos mencatatkan 5 kemenangan dalam perlawanan terakhir yang diharungi. PSM Makassar pula kini sedang mencari aksi terbaik apabila tidak […]

PSM Makassar Enggan Dimalukan Sabah Lagi

Walaupun sudah tersingkir dari Piala AFC, PSM Makassar turun dengan misi berbeza bila menentang Sabah FC di Stadium Likas malam ini. Ini kerana menurut jurulatih mereka, Bernardo Tavares, inilah peluang terbaik PSM mempertahankan maruah mereka sebagai juara Liga 1 Indonesia musim lepas. Selepas dibelasah 5-2 oleh skuad Badak di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta pada […]

Siaran Langsung AFC Cup: Terengganu vs Bali United, Kesebelasan Utama & Live Streaming

Terengganu bakal bertemu Bali United bagi aksi terkahir peringkat kumpulan di pentas Piala AFC 2023. Skuad Peteh memiliki tugas sukar untuk melayakkan diri selepas keciciran mata kepada Stallion Laguna sekaligus menyukarkan misi pasukan. Anak buah Tomislav Steinbruckner tampil penuh keyakinan untuk memanfaatkan aksi di laman sendiri bagi meraih 3 mata berharga. Kesebelasan Utama Terengganu vs […]

AFC Cup: Central Coast Mariners ‘Bantai’ Stallion Laguna

Wakil Australia, Central Coast Mariners mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC dengan menewaskan Stallion Laguna. CCM tahu satu lagi kemenangan sudah cukup mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya. Sementara Stallion pula melihat perlawanan hari ini sebagai medan mempertahankan maruah mereka di tempat sendiri. Babak pertama menyaksikan The Mariners kerap melancarkan asakan ke […]

Sony Norde: Perlawanan Ini Penting Buat Kita, Kelab Dan Semua Orang

Penyerang Terengganu FC, Sony Norde mengingatkan semua bahawa perlawanan menentang Bali United ini amat penting bagi memastikan perjuangan Terengganu FC dalam kempen Piala AFC dapat diteruskan. Ketika ditemui di sidang media pra perlawanan, Sony Norde berkata berpeluang beraksi di pentas Piala AFC ini sangat istimewa dan sudah semestinya kemenangan adalah matlamat utama mereka. “Bermain di […]

“Kita Harus Fokus Kepada Diri Kita” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya tidak terlalu memikirkan keputusan perlawanan Central Coast Mariners dengan Stallion Laguna. Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata, mereka perlu meraih kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan G esok jika mahu layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Mengikut Footy Rankings, Terengganu bukan saja perlu berharap CCM […]

Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas […]

Suhaimi Husin Dalam Kesebelasan Terbaik AFC ‘Matchday 5’

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin terus membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini. Ini selepas namanya disenaraikan oleh Footy Rankings dalam kesebelasan pemain terbaik Piala AFC untuk aksi kumpulan kelima. Suhaimi menyertai duo Macarthur, Tomislav Uskok dan Jake Hollman, Takaki Ose (Phnom Penh Crown) dan Eber Bessa (Bali United). Nama […]

Ini Satu-Satunya Cara Buat Terengganu Teruskan Langkah Di Asia

Wakil Malaysia di pentas Piala AFC, Terengganu masih memiliki cara untuk meneruskan kemaraan sungguhpun ruang ketika ini kelihatan tertutup. Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner menghadapi tugas sukar apabila mensia-siakan beberapa peluang untuk menempah laluan mudah ke separuh akhir antara zon Asean. Hal ini susulan satu lagi pasukan Malaysia, Sabah FC sudah pun mengesahkan kemaraan selepas membenam […]

Darren Lok Teruja Dapat Banggakan Nama Malaysia Di Asia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia setelah membantu Sabah mencatatkan kemenangan ke atas Hougang United sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Menurut laporan Astro Arena, pemain berusia 32 tahun itu berkata ianya satu pencapaian bermakna untuk layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai satu perlawanan lagi yang harus ditempuh dan berharap mereka […]

Sabah Sahkan Kemaraan Ke Separuh Akhir Zon ASEAN

Sabah FC menghela nafas lega kerana berjaya layak ke peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024. Kejayaan itu diraih selepas skuad Badak membelasah kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar hari ini. Gol oleh Darren Lok dan Ramon Machado serta dua gol sendiri Hougang memastikan skuad Badak meraih […]

AFC Cup: Hai Phong Dan PSM Makassar Sama-Sama Kuat

Kelab Vietnam, Hai Phong pulang hampa apabila diikat PSM Makassar 1-1 dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Dengan kedua-dua pasukan terikat enam mata selepas empat perlawanan, kemenangan penting jika mereka mahu layak sebagai pasukan tempat kedua terbaik Zon ASEAN. Biarpun beraksi di gelanggang sendiri, The Flamboyant lebih banyak mendominasi perlawanan dengan Sofascore mendedahkan penguasaan […]

AFC Cup: Terengganu ‘Rantai’ Jaguh Australia, Central Coast Mariners

Hasrat Central Coast Mariners menebus kekalahan 1-0 di tangan Terengganu FC pada September lalu gagal apabila seri 1-1 dengan lawan sama di Stadium Central Coast. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu mencerahkan peluang mereka ke pusingan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak mendominasi perlawanan. Ini dibuktikan dengan statistik […]

Siaran Langsung AFC Cup: Central Coast Mariners vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kelima AFC Cup antara pasukan Central Coast Mariners dan Terengganu bakal menjadi tumpuan untuk menentukan perjalanan pasukan di pentas Asia musim ini. Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki motivasi terbaik selepas pernah menewaskan wakil Australia itu di laman sendiri tempoh hari. Central Coast pula mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menoktahkan perjalanan skuad […]

Tomislav Steinbruckner Sasar ‘Rampas’ Mata Di Gelanggang Lawan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner percaya anak-anak buahnya mampu merampas mata daripada lawan mereka, Central Coast Mariners esok. Pertembungan dua pasukan ini dalam aksi kelima Kumpulan G ini dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan menghuni kedudukan dua teratas kumpulan. Selain itu, The Mariners mahu membalas dendam selepas tewas tipis 1-0 di tangan skuad Peteh dalam aksi […]