Oscar Bakal Tinggalkan Shanghai Port? Penyokong Cadang Bawa Ke Liga Malaysia

Nama perancang tengah Shanghai Port, Oscar Emboaba mula disebut-sebut agar kelibatnya dapat dilihat di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Brazil itu menggegarkan arena bola sepak Asia selepas menyertai jaguh China itu dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC pada tahun 2017. Perpindahan mega dengan yuran perpindahan sekitar 60 Juta USD (RM267 Juta) itu ternyata berbaloi […]

Arif Aiman Pemain Ke-2 Terbaik Asia Timur Selepas 4 Aksi Di ACLE

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjadi pemain kedua terbaik di Asia Timur selepas mengharungi 4 aksi di ACLE. Perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) antara JDT dan Ulsan HD menyaksikan tuan rumah melakar kemenangan 3-0. Juara bertahan K League 1 itu merekodkan kekalahan keempat di Asia sekaligus menghuni tangga tercorot kumpulan […]

JDT & Vissel Kobe Rebut Tangga Tertiggi Di Asia

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bersaing sengit dengan wakil Jepun, Vissel Kobe di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan aksi cemerlang apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan kedua dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) ini membantu skuad Harimau Selatan untuk melonjak ke tangga ketiga […]

34,236 Saksikan Kegemilangan JDT Tewaskan Ulsan HD Di Stadium Sultan Ibrahim

Hampir 34,236 orang penyokong di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan kegemilangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Ulsan HD. Skuad kendalian Hector Bidoglio berterima kasih kepada jaringan Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson yang memastikan tuan rumah melakar kemenangan kedua di Asia musim ini. Sambutan hangat oleh para penyokong yang hadir seawal jam 4 petang di […]

Wajah Kim Pan-gon Suram, Akur Dibelasah JDT

Wajah pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon suram selepas anak buahnya tunduk di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan tuan rumah beraksi dengan begitu baik sebelum menundukkan jaguh Korea itu dengan keputusan 3-0. Kemenangan kedua JDT di ACLE membantu JDT untuk melonjak pada kedudukan lebih baik sekaligus mencerahkan peluang ke […]

Live: Siaran Langsung JDT vs Ulsan HD, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL Elite

Aksi ACLE menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Ulsan HD bagi aksi keempat. Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon optimis untuk memastikan kemenangan pertama buat pasukannya apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim. “Bagi kami, kami tidak mengharungi tiga aksi yang kurang baik. Ini menjadi motivasi terbaik untuk terus bersaing dan memberikan yang […]

Kim Pan-gon: Saya Tahu Betapa Kuat JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

Ulsan HD teruja untuk turun berdepan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan kendalian Kim Pan-gon turun dalam momentum terbaik selepas muncul juara K-League 1 buat kali ketiga berturut-turut. Wakil Korea itu bagaimanapun tidak mengharungi permulaan baik bagi saingan AFC Champions League Elite (ACLE) termasuklah tewas kepada Vissel Kobe dengan keputusan […]

Kim Pan-gon & Ulsan HD Hadapi JDT Tanpa Bebanan

Kim Pan-gon dan pasukannya, Ulsan HD menghadapi tentangan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa sebarang bebanan. Jaguh Korea Selatan itu mengharungi tiga aksi awal dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) dengan kekalahan kepada wakil Jepun. Usaha untuk mencari mata pertama bakal diteruskan di Stadium Sultan Ibrahim apabila bakal bertemu skuad Harimau Selatan pada 5 November […]

JDT ‘Untung’ RM4 Juta Selepas 3 Aksi di ACLE

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meraih habuan mencecah RM4 Juta selepas tiga aksi di AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang apabila mengikat kelab China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 sebelum menundukkan Shanghai Shenhua dengan jaringan 3-0. Rentak baik itu bagaimanapun diuji apabila Harimau Selatan tunduk 3-1 di […]

Ujian Akhir JDT Sebelum Hadapi Ulsan HD

Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi ujian terakhir sebelum berdepan Ulsan HD. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang sungguhpun tewas aksi terakhir AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Gwangju FC. Pertemuan malam ini menyaksikan JDT akan ke Paroi bagi menghadapi tentangan Negeri Sembilan sebelum melayan kunjungan gergasi Korea itu. JDT kini merupakan pendahulu Liga Super […]

Ulsan HD Dapat Tonik Tambahan Hadapi JDT

Gergasi Liga Korea, Ulsan HD menerima tonik tambahan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE). Skuad kendalian Hector Bidolgio dalam momentum cemerlang selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Selangor FC. Pasukan Harimau Selatan kini sudah melakar satu kemenangan dan satu seri berdepan wakil China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2. […]

JDT Layan Kunjungan Pasukan Ke-6 Asia Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menempuhi cabaran kelab ke-6 terbaik di Asia bagi aksi seterusnya. Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang menundukkan Selangor pada aksi ke-14 Liga Supee dengan keputusan 3-0. Perlawanan di Stadium MBPJ itu juga menyaksikan Harimau Selatan jauh meninggalkan Gergasi Merah dengan perbezaan 8 mata ketika ini. Ujian seterusnya […]

Apa Sudah Jadi Dengan Ulsan HD?

Penyokong jaguh Korea, Ulsan HD semakin risau dengan persembahan pasukan sejak kebelakangan ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon beraksi cemerlang pada awal kehadirannya namun bergelut untuk memperagakan aksi sebenar dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Juara bertahan K-League itu tewas dua perlawanan pembukaan menentang Kawasaki Frontale dengan jaringan 1-0 sebelum dibelasah oleh Yokohama FM, 4-0. […]

Alasan Kim Pan-gon Dimalukan Kelab Jepun Kali Ke-3

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon tampil mempertahankan dirinya selepas anak buahnya tunduk kali ke-3 berdepan kelab Jepun. Wakil Korea Selatan itu kini menghuni tangga tercorot kumpulan selepas tewas tiga aksi pembukaan dan menerima kritikan daripada penyokong. Skuad kendaliannya akur apabila dimalukan di laman sendiri berdepan Vissel Kobe dengan keputusan 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan. […]

Kim Pan-gon ‘Sengsara’ Di Ulsan HD

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon terus dilanda tekanan hebat untuk mengemudi jaguh Korea itu. Bekas pengendali Malaysia itu berdepan cabaran luar biasa selepas tewas kali ketiga dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Vissel Kobe dengan keputusan 2-0. Sebelum ini, Ulsan HD telah pun tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0 sebelum dibelasah […]

Peringatan Awal Jasir Asani Buat JDT ‘Gigit Jari’

Peringatan awal yang diberikan oleh pemain sayap Gwangju FC, Jasir Asani membuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) gigit jari. Skuad kendalian Hector Bidoglio merekodkan kekalahan pertama musim ini apabila tunduk kepada wakil Korea Selatan itu dengan keputusan 3-1. Jaringan daripada tandukan Feroz Baharudin tidak cukup untuk membantu Harimau Selatan meraih 3 mata sekaligus merekodkan kekalahan […]