Terengganu Sedia Lunas Tunggakan Gaji Adisak Kraisorn

Pengurusan Terengganu FC bersedia melunaskan baki tunggakan gaji terhadap bekas penyerang import Thailand, Adisak Kraisorn. Isu ini timbul apabila pengurusan Peteh dilaporkan memiliki baki tunggakan gaji bekas penyerang Muangthong United itu sebanyak enam angka. Isu tunggakan gaji Adisak telah dibawa kepada pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Justeru, Terengganu diberi tempoh selama 45 hari untuk […]

Adisak Kraisorn Tinggalkan Terengganu, Sertai Bangkok United

Tidak lama selepas dilepaskan Terengganu FC, penyerang Thailand, Adisak Kraisorn kini sudah mendapat kelab baru. Hari ini, Adisak sah menyertai pendahulu Thai League 1 musim 2023-2024, Bangkok United. Pengumuman perpindahan beliau dibuat The Angels di laman media sosial rasmi mereka. “True Bangkok United telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Thailand berusia 32 tahun, Adisak Kraisorn […]

‘Ajaran Sesat’ Jordan Mintah Pada Adisak Kraisorn Mencuit Hati

Gelagat yang ditunjukkan oleh dua pemain Terengganu FC, Jordan Mintah dan juga Adisak Kraisorn sentiasa mencuit hati ramai. Dua pemain ini mengharungi musim yang baik bersama pasukan Pantai Timur tersebut dengan Mintah bersama Terengganu ll sementara Adisak bersama skuad utama Terengganu. Mereka kelihatan begitu gembira menikmati kehidupan di Terengganu dengan kemesraan antara para pemain juga […]

Thailand Sisihkan Adisak Kraisorn

Jurulatih Thailand, Mano Polking baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan mengharungi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Skuad yang diumumkan merupakan sebuah skuad yang agak kuat dengan empat pemain luar negara turut dipanggil iaitu Elias Dolah (Bali United), Ekanit Panya (Urawa Red), Supachok Sarachat (Consadole Sapporo) dan Suphanat Mueanta (OH […]

Liga Super: Terengganu Mudah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Terengganu mudah melakar kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah di Stadium Perak. The Bos Gaurus berharap pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Cubaan Bryan See mengeluarkan bola gagal apabila ia […]

Terengganu Bakal Rombak Pemain Import Pasukan

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula membuat perancangan memperkuatkan pasukan. Dan Terengganu difahamkan bakal mencari seorang pemain import baru. Ini berdasarkan satu laporan Nadi Arena yang menyatakan skuad Peteh bakal mencari seorang pemain import baru bagi menggantikan salah seorang daripada sembilan pemain import mereka. Ketika ini, Terengganu […]

Peminat Setia Terengganu Ini Kecewa Dengan Adisak Kraisorn

Salah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu menzahirkan rasa kecewa terhadap persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharu pasukan, Adisak Kraisorn. Dalam satu temubual bersama segmen Ais Play Terengganu, peminat ini berkongsikan pandangan ikhlas beliau mengenai prestasi semasa pasukan Peteh. Katanya, sekiranya beliau diberikan peranan selaku jurulatih, ada beberapa perkara yang mahu diperbaiki dalam usaha meningkatkan mutu […]

Penyokong Terengganu Berharap Trio MMA Dikekalkan

Selepas memulakan kempen Liga Super dengan aksi yang kurang memberangsangkan, kini Terengganu FC semakin mendapat rentak lebih-lebih lagi selepas berjaya menewaskan pasukan Kelantan FC dengan keputusan 5-0 tempoh hari. Posisi serangan pernah menjadi satu masalah yang besar buat pasukan ‘Sang Penyu’ apabila dalam tiga perlawanan pertama, tiada gol yang mampu dijaringkan. Dalam aksi keempat Liga […]

Liga Super: Terengganu Berpesta Gol Ke Atas Kelantan

Terengganu merekodkan kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini. Ini selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Kurang setengah jam sebelum perlawanan bermula, pengurusan The Red Warriors mengumumkan Choi Moon-sik ‘direhatkan’ sebagai jurulatih dengan tempatnya digantikan oleh Rezal Zambery Yahya sebagai jurulatih […]

Adisak Kraisorn Akui Kecewa Dengan Prestasinya Bersama Terengganu

Satu mata, tanpa gol dalam tiga perlawanan dan berada di tangga tercorot liga, ia sesuatu yang meresahkan penyokong-penyokong Terengganu. Bagi penyerang utama mereka, Adisak Kraisorn, situasi ini turut mengecewakannya. Bagi Adisak, setiap kali diturunkan oleh jurulatih Tomislav Steinbruckner, dia berusaha menjaringkan gol untuk skuad Peteh. Tetapi malangnya, penyerang Thailand itu belum sempat merealisasikan impian menjaringkan […]

Jurulatih Terengganu Beri Bayangan Bakal Gantikan Adisak & Ivan Mamut

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memberi bayangan akan menyisihkan dua penyerang import mereka, Adisak Kraisorn dan juga Ivan Mamut. Kedua-dua pemain ini merupakan penyerang baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini bagi menggantikan peranan Kpah Sherman dan juga Tchetche Kipre yang berhijrah ke pasukan lain. Terengganu yang beraksi di pentas Asia musim […]

‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn. Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan. Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail. “Pada separuh masa […]

Penyokong Thailand Jatuh Cinta Dengan Jersi Terengganu

Sebahagian besar penyokong Terengganu FC kini datang dari seberang apabila mereka mengumumkan ketibaan penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara bintang skuad Piala AFF Changsuek tahun lalu apabila membantu mereka menjuarai kejohanan tersebut. Perpindahan Adisak jelas membuka mata ramai penyokong Thailand yang turut tidak melepaskan peluang melihat jersi terbaru Terengganu […]

Adisak Kraisorn: Liga Super Antara Terbaik Di ASEAN

Penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn tahu bukan satu tugas mudah untuk mengatasi lawan Sumbangsih mereka, JDT pada 24 Februari ini. Malah, kehebatan yang dimiliki Harimau Selatan dan pasukan-pasukan Liga Super lain mendorongnya mengakui liga ini sebagai antara yang terbaik di ASEAN. Bekas penyerang Muangthong United itu mengakui ramai pemain hebat membarisi JDT ketika ini. Tetapi […]

Adisak Krasorn Tak Sabar Bantu Terengganu Julang Piala Sumbangsih

Dengan saingan liga bakal bermula pada akhir Februari ini, Terengganu pastinya mahu lebih cemerlang daripada kempen musim lepas. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi kelibat penyerang Thailand, Adisak Kraisorn. Adisak yang segar daripada kejayaan menjulang Piala AFF 2022 tidak kekok menyesuaikan diri bersama rakan-rakan sepasukan barunya. Malah, dia berharap dapat membantu pasukannya terutama pada aksi […]

Adisak Kraisorn Harap Penyokong Malaysia Mampu Terima Dia Seadanya

Walaupun membantu Thailand mara ke final Piala AFF 2022 menerusi gol ketiganya semalam, Adisak Kraisorn tahu ia meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Atas sebab itu, dia memohon maaf kepada penyokong Malaysia dan berharap dia diterima bila beraksi bersama Terengganu musim ini. Adisak menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-71 sekaligus memastikan Harimau Malaya tewas […]