Aksi Gwangju-JDT Pindah Venue, Sejauh 234KM Dari Lokasi Asal

Aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (JDT) membabitkan Gwangju FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal diadakan di venue yang berbeza. Sebelum ini, semakan di laman sesawang AFC mendapati stadium untuk aksi ketiga Liga Timur ACLE itu diletakkan pada status belum mendapat pengesahan (TBC). Meskipun AFC tidak menyatakan mengapa status itu diletakkan, ramai peminat […]

Malaysia Catat Peningkatan Mata MA Tertinggi Asia Timur

Malaysia mencatatkan peningkatan mata tertinggi Ranking Pertandingan Kelab AFC musim 2024/25 untuk rantau Asia Timur. Berdasarkan semakan terbaru Footy Rankings, Malaysia telah mengutip 2.50 mata. Ini disusuli dua kuasa besar Asia, Jepun dan Korea Selatan yang masing-masing mengutip 2.0 mata. Manakala Singapura dan Australia pula masing-masing meraih 1.0 mata. Sementara Indonesia, Hong Kong dan Filipina […]

Respon Arif Aiman Selepas Memukau Di Pentas Asia

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberikan respon positif selepas dirinya berjaya menampilkan aksi memukau di pentas AFC Champions League Elite (ACLE). Arif yang meledak tiga jaringan buat JDT dalam dua aksi awal ACLE merasakan dirinya kini mahu menikmati setiap perlawanan yang dilalui dan sentiasa bekerja keras. “Setiap perlawanan adalah penting, sama ada […]

Pasukan Ke-36 Asia ‘Tunggu’ JDT

Pasukan ke-36 di Asia bakal menjadi lawan ketiga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio masih mengekalkan rentak kemenangan apabila meraih satu mata berdepan wakil China, Shanghai Port. JDT terus gah di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan itu […]

ACLE: Vissel Kobe Atasi Tentangan Hebat Shandong Taishan

Juara J1 League musim 2023, Vissel Kobe meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan menewaskan Shandong Taishan. Kobe memburu kemenangan pertama dalam Liga Timur ACLE selepas diikat Buriram United tanpa jaringan pada 17 September. Manakala Shandong pula mahu melebarkan rekod kemenangan 100% selepas menewaskan Central Coast Mariners. Peledak berbisa Ushi, Yuya […]

ACLE: Yokohama FM Aibkan Ulsan HD, Humban Ke Tangga Tercorot

Saingan ACLE menyaksikan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos menundukkan jaguh Korea, Ulsan HD dengan keputusan 4-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Nissan, Jepun itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik untuk meraih 3 mata. Pasukan pelawat bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pemain tengah, Kota Watanabe pada minit ke-4 untuk meletakkan Yokohama di hadapan. Ulsan […]

Kerisauan Jurulatih Russia Tentang Arif Aiman Jadi Kenyataan

Kerisauan jurulatih Russia terhadap kemampuan sebenar Arif Aiman bertukar menjadi kenyataan. Aksi AFC Champions League Elite menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas jaguh China, Shanghai Shenhua. Pengendali kelab tersebut iaitu Leonid Slutskiy sudah pun berwaspada awal tentang kemampuan sebenar beberapa pemain Harimau Selatan. Antara pemain yang berjaya mencuri perhatiannya ialah […]

Cristiano Ronaldo: Gol Ini Untuk Ayah Saya

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan gol dalam cara yang berbeza dalam aksi kedua Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) baru-baru ini. Aksi kedua Liga Barat ACLE membabitkan Al-Nassr dan Al-Rayyan menyaksikan pasukan gergasi Arab Saudi itu meraih kemenangan 2-1. Dua gol Al-Alami disumbangkan oleh Sadio Mane dan Ronaldo. Manakala Al-Rayyan meraih gol saguhati menerusi bekas penyerang […]

“Kami Lakukan Segalanya Demi Lencana Ini” – Murilo Henrique

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Murilo Henrique, percaya kemenangan pertama ini merupakan yang amat penting buat pasukan.  JDT lakar kemenangan pertama di pentas ACLE selepas menundukkan jaguh China, Shanghai Shenhua 3-0. Disebalik kemenangan itu, Murilo meluahkan bahwa kemenangan ini sangat berbaloi dengan kerja keras yang ditampilkan oleh setiap pemain di atas padang. Beliau menyatakan […]

ACLE: JDT ‘Diamkan’ Shanghai Shenhua Di Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya raih tiga mata berharga di laman sendiri apabila berjaya menewaskan jaguh China, Shanghai Shenhua.  Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi merakamkan 3 mata pertama berharga bagi perlawanan kedua ACLE.  Peluang terbaik JDT hadir menerusi percubaan ‘cip’ Jorge Obregon pada minit ke-7 namun tersasar melewati tiang gol. JDT terus memberikan […]

ACLE: JDT Kuasai Permainan, Tinggal Shanghai Shenhua 2-0

Aksi 45 minit pertama membabitkan perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Shanghai Shenhua berakhir dengan keputusan 2-0. JDT menurunkan barisan terkuat diketuai oleh Natxo Insa di bahagian tengah manakala Shanghai Shenhua mempertaruh gandingan berbisa Andre Luis dan Cephas Malele. Usaha JDT akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan solo Arif Aiman […]

ACLE: Pohang Steelers Jadikan Shanghai Port ‘Taman Permainan’

Perlawanan kedua AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa menyaksikan Pohang Steelers mengejutkan jaguh dari China, Shanghai Port dengan keputusan besar. Setelah terikat seri berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama, Shanghai Port meneruskan saingan dengan melayani kunjungan Pohang Steelers yang tewas sebelum ini. Bekas pemain Chelsea, Oscar terus mengetuai kesebelasan utama Shanghai Port […]

ACLE: Dion Cools Menyala, Buriram United Bedil Central Coast

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools membantu Buriram United mencipta kejutan menewaskan juara A-League musim 2023/24, Central Coast Mariners di Stadium Central Coast, Gosford. Thunder Castle mahu menambah koleksi mata dalam Liga Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas mengikat Vissel Kobe tanpa jaringan. Manakala CCM pula mahu bangkit selepas tewas 3-1 kepada Shandong Taishan. Alou […]

4 Pemain Kembali Dalam Sesi Latihan JDT

4 pemain kembali dalam sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang sepak mula AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shanghai Shenhua. Skuad kendalian Hector Bidoglio bakal berdepan satu lagi lawan China selepas berjaya mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2. Shanghai Shenhua turut berada dalam momentum cemerlang selepas menewaskan Pohang Steelers dengan keputusan 4-1. Harimau Selatan […]

4 Pemain Tumpuan Aksi JDT vs Shanghai Shenhua

Pertemuan melibatkan JDT vs Shanghai Shenhua bakal menyaksikan pertembungan empat bintang tumpuan kedua-dua pasukan. Skuad Harimau Selatan turun ke gelanggang sendiri untuk bertemu satu lagi wakil China setelah berjaya mengikat juara Chinese Super League, Shanghai Port dalam aksi pertama lalu. Manakala, Shanghai Shenhua pula hadir dengan momentum terbaik setelah membelasah Pohang Steelers sebelum ini selain […]

Siaran Langsung ACL Elite: JDT vs Shanghai Shenhua (Live Streaming)

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertembungan antara JDT dan Shanghai Shenhua. Pengendali Shanghai Shenhua, Leonid Slutskiy turut memberitahu bahawa pasukannya memberikan fokus kepada jentera serangan JDT terutamanya Arif Aiman. “Sudah pasti saya boleh katakan bahawa pemain nombor 42 (Arif Aiman) dalam perhatian. Beliau berjaya menjaringkan dua gol tempoh hari. Menurut Bidoglio, pertemuan pada Selasa bakal […]