Urawa Reds Dalam Keadaan ‘Tenat’

Harapan Urawa Reds untuk mengejar pendahulu J1 League, Vissel Kobe terkubur apabila mereka tewas 2-1 dalam aksi terbaru liga hari ini. Dengan perbezaan mata sekitar lapan mata, juara ACL musim 2022 itu berharap dapat merapatkan jurang dengan Kobe dan Yokohama F. Marinos yang berada di tempat kedua. Babak pertama menyaksikan Kobe banyak mendominasi permainan. Bagaimanapun, […]

Chanatip Songkrasin Tumpuan Asia, Sebaris Bintang Al-Nassr

Perancang tengah pasukan BG Pathum United, Chanatip Songkrasin kembali menunjukkan bisanya apabila tersenarai dalam kelompok pemain terbaik di Asia. Pemain berusia 29 tahun itu beraksi dalam kesemua kempen di Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini setelah kembali ke negeri kelahirannya daripada kelab Jepun, Kawasaki Frontale. Bertemu dengan bekas pasukannya, kapten pasukan kebangsaan Thailand itu berada […]

Pohang Steelers Wakil Korea Selatan Di ACLE Musim 2024/25

Pohang Steelers bakal menjadi wakil Korea Selatan yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan. Menjelang musim 2024-2025, Liga Juara-Juara AFC (ACL) dipecahkan kepada dua kejohanan iaitu ACLE dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Ini merupakan sebahagian daripada perancangan AFC dalam merancakkan lagi pertandingan bola sepak Asia ke tahap yang lebih tinggi. […]

Julang Malaysia Di Asia, JDT ‘Rampas’ Takhta Kelab No.1 Di ASEAN

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas kedudukan selaku kelab no.1 di Asia Tenggara selepas mengejutkan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai. Skuad kendalian Tano Solari merakamkan kemenangan kedua di Asia musim ini apabila membenam juara K-League itu dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan ini telah […]

BG Pathum Pasukan Pertama Tersingkir Dari ACL

Kelab Thailand, BG Pathum United terpaksa menelan kepahitan apabila menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan ACL musim 2023-2024. Mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas 4-2 kepada Kawasaki Frontale dalam aksi keempat Kumpulan I semalam. Selepas tewas dalam semua perlawanan Kumpulan I setakat ini, peluang The Rabbits layak ke pusingan 16 terbaik ACL tertutup sama […]

ACL: Pohang Steelers ‘Hantar’ Urawa Reds Di Ambang Penyingkiran

Pertarungan antara dua pasukan gergasi Asia, Urawa Reds dan Pohang Steelers berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Pohang Steleers. Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu tiga mata. Aksi getir ini berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Tuan rumah mencari gol pembukaan namun Urawa Reds berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi […]

ACL: Dion Cools Pimpin Buriram Tewaskan Melbourne City

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools memastikan Buriram United meraih tiga mata dengan mengalahkan Melbourne City di Stadium Rectangular Melbourne. Selepas tewas 2-0 di gelanggang sendiri beberapa minggu lalu, anak-anak buah Arthur Papas perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata. Ini bagi menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara kumpulan. Babak pertama […]

Urawa Reds Tersungkur

Jaguh Jepun, Urawa Reds menerima tamparan hebat apabila tewas di pentas final beberapa hari sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan Pohang Steelers. Pasukan gergasi Asia itu mara ke pentas akhir J League Cup berdepan Avispa Fukuoka namun gagal memanfaatkan peluang apabila tewas dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang menjadi detik penting buat bintang Thailand, Ekanit […]

Prestasi Memukau JDT Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas Australia

Persembahan berkelas tinggi yang diperagakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) telah memastikan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia kembali ke landasan terbaik. Pasukan kendalian Tano Solari memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas juara Korea, Ulsan Hyundai. Skuad Harimau Selatan juga ketika ini sudah […]

Al-Ittihad Pecat Nuno Espirito Santo

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad membuat kejutan dengan memecat jurulatih mereka, Nuno Espirito Santo beberapa jam lepas. Keputusan mengejut itu dibuat pengurusan The Tigers menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka. Susulan itu, penolong jurulatih Hassan Khalifa akan bertanggungjawab membimbing pasukan sehinggalah pengganti tetap Nuno dikenalpasti. “Kelab telah mengumumkan penamatan kontrak dengan jurulatih […]

JDT Pamer Statistik Luar Biasa Berdepan Jaguh Korea

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan reputasi selaku kuasa besar di Asia apabila statistik membuktikan pasukan mampu menyaingi kekuatan jaguh Korea, Ulsan Hyundai. Perlawanan dramatik yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan skuad bimbingan Tano Solari mencatatkan kemenangan penting 2-0 berdepan Ulsan Hyundai. Kemenangan itu melonjakkan moral […]

Impak Segera Akhyar Rashid Bukti Kualiti Pemain Tempatan JDT Di Asia

Kemasukan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid membuktikan kesediaan pemain tempatan untuk menggalas tugas di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan bagi menggantikan Oscar Arribas berjaya memberi impak segera kepada skuad Harimau Selatan. Beliau membentuk gandingan yang cukup berbisa bersama Arif Aiman Hanapi dan jelas […]

ACL: Perjalanan BG Pathum Lumpuh, Dibedil Kawasaki Frontale

Perjalanan pasukan gergasi Thailand, BG Pathuk United seakan berakhir apabila tewas kepada pasukan Jepun, Kawasaki Frontale dengan keputusan 4-2. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan BG Pathum mempertaruhkan bintang utama, Chanatip Songkrasin di bahagian tengah. Kawasaki bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-16 menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Yasuto Wakizaka sebelum Chanatip Songkrasin […]

ACL: Wakil Korea, Incheon United Kalah Kepada Shandong Taishan

Kelab Liga Super China (CSL), Shandong Taishan mencipta kejutan dengan mengalahkan wakil K-League 1, Incheon United di Pusat Sukan Olimpik Jinan hari ini. Kedua-dua pasukan tahu satu lagi kemenangan dalam Kumpulan G bakal mencerahkan peluang mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim 2023-2024. Babak pertama menyaksikan perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, keputusan 0-0 […]

Siaran Langsung ACL: JDT vs Ulsan Hyundai, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi keempat Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang jagub Korea, Ulsan Hyundai menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan kedua-dua pasukan berada dalam momentum terbaik untuk melakar kemenangan. Skuad kendalian Tano Solari baru sahaja layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 selepas membenam […]

Simpan Pemain Bintang Kerana JDT? Ini Jawapan Hong Myung-bo

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo mengakui tidak menyimpan barisan bintangnya secara sengaja kerana mahu beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang JDT. Juara K League 1 itu datang ke Stadium Sultan Ibrahim dengan motivasi terbaik selepas merangkul juara liga kali ke-2 berturut-turut. Menerusi sesi sidang media pra perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu menjelaskan […]