Penyerang KL City FC, Safee Sali baru-baru ini telah memenangi sebuah kereta berjenama Mazda.

Hadiah itu bersempena dengan kemenangan beliau dalam satu pertandingan golf iaitu Hole In One. Acara tersebut diadakan di Glenmarie & Country Club, Shah Alam pada semalam.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/tv/CfAzb41FsQF/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Bagi Safee, ia merupakan kemenangan yang tidak dijangka. Beliau juga menjelaskan rezeki yang diperoleh adalah hasil daripada usahanya selama ini.

supersafee_10

“Apabila anda percaya bahawa Allah menyertai anda, Maka tidak kira siapa yang menentang anda, percayalah kepada kekuasan Allah” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=GO9jbfH0KDA

Beliau dan rakan sepasukan KL City FC akan mulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun kelak menentang pasukan PSM Makassar.