Pemain bola sepak Perancis dan Manchester United, Paul Labile Pogba dilihat menonton kartun yang dimiliki oleh syarikat animasi Malaysia, Omar & Hana.

Menerusi satu hantaran Facebooknya, Pogba jelas kelihatan sedang memegang alat kawalan jauh dan kelihatan gambar kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar di kaca TV beliau.

“Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL.”

“Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah!” Jelas Pogba di Facebook.

Omar & Hana merupakan animasi kartun berunsurkan Islamik yang dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD).

https://www.instagram.com/p/CT7gXi6FzIc/

Digital Durian merupakan antara peneraju syarikat animasi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu-bapa.

Hantaran berkaitan kartun Omar & Hana oleh pemain bola sepak dunia dengan jumlah pengikut melebihi 73 juta pengikut ini secara tidak langsung menaikkan lagi status kartun Omar & Hana untuk pasaran antarabangsa.

Laman YouTube Omar & Hana versi Bahasa Inggeris kini menerima capaian meluas dengan jumlah pengikut melebihi angka 900,000.

One Response