Ini Fakta Penting Tentang Penambahan Kuota 10+2 Import MFL

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan manual Liga Malaysia (Liga M) 2024/25 berkenaan pendaftaran pemain import. Menerusi pindaan ini, MFL mengumumkan pasukan-pasukan yang terpilih boleh mendaftarkan 12 tonggak import. Di sebalik pindaan ini, ada beberapa fakta yang perlu diketahui tentang penambahan kuota import yang dibuat MFL. 1. Tidak Menjejaskan Peluang Pemain Tempatan Kuota […]

China Open: Izzuddin-Sze Fei Selangkah Ke Final, Atasi Cabaran Rakan Senegara

Pertembungan sesama sendiri di suku akhir China Open menyaksikan gandingan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei muncul pemenang dan mara ke separuh akhir. Setelah raih juara Japan Open tiga minggu lalu, Izzuddin-Sze Fei meneruskan cabaran di kejohanan Super 1000 di China Open dan berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun di suku akhir. Kedua-dua pasangan negara ini merekodkan […]

Jurulatih Australia Hilang Kerja

Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut. Arnold memegang rekod sebagai jurulatih paling lama membimbing The Socceroos dari 2018 hingga 2024. Beliau sudah memaklumkan keputusannya kepada badan induk bola sepak negara itu, Bola Sepak Australia (FA). “Pemergian Graham Arnold menandakan berakhirnya satu era untuk bola sepak Australia. Sumbangan beliau […]

Sokongan Padu Penyokong Selangor Terima Pujian Media Thailand

Sorakan dan kehadiran penyokong Selangor telah meraih tumpuan dari pihak media Thailand. Selangor hadir ke Thailand bagi aksi pertama kumpulan H AFC Champions League 2 (ACL2) berdepan Muangthong United pada Khamis di Stadium Rajamangala. Ini merupakan perlawanan pertama The Red Giants di pentas Asia setelah kali terakhir pada tahun 2016 dalam kejohanan AFC Cup yang […]

5 Negara Asia Tenggara Catat Peningkatan Ranking FIFA

Lima buah negara dari Asia Tenggara berjaya mencatatkan peningkatan dalam ranking FIFA terbaharu. Menerusi kemas kini ranking terbaharu oleh pihak FIFA pada Khamis, menyaksikan kedudukan lima negara yang berada di rantau Asia Tenggara melonjak naik secara positif. Thailand kini sudah menembusi kelompok 100 terbaik dunia dengan tambahan mata ranking 4.5 mata yang diraih ketika menewaskan […]

Sikap Rendah Diri Arif Aiman Dapat Liputan Media China

Sikap rendah diri yang dipamerkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mendapat liputan daripada media China. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi antara dua pemain tempatan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan yang menurunkan skuad terbaik berdepan Shanghai Port. Peluang yang diberikan berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Arif Aiman menjadi wira JDT […]

Jurulatih Oman Letak Jawatan Selepas 7 Bulan

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mencipta kejutan dengan memilih meletak jawatan meskipun baru menggalas peranan tersebut sejak Februari lalu. Keputusan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) baru-baru ini. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak sekaligus membenarkan OFA segera mencari pengganti Silhavy. “Persatuan Bola Sepak Oman telah mencapai persetujuan dengan jurulatih Republik Czech, Jaroslav […]

AFC MA Ranking: JDT & Selangor Sumbang Tambahan Mata Buat Malaysia

Dua wakil Malaysia dalam kancah saingan Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah menyumbamg tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia. Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam kancah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor pada saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2). Persembahan memberangsangkan ditonjokan […]

UCL: AS Monaco Malukan Barcelona

Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-1 kepada AS Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Stadium Louis II. Kedua-dua pasukan masing-masing hadir dalam perlawanan ini dengan rekod kemenangan 100% dalam La Liga dan Ligue 1. Robert Lewandowski diberi amanah merobek gawang Los Monegasques. Sementara Takumi Minamino, Breel Embolo, Maghnes […]

Fernando Forestieri Kembali Ke Watford Demi Satu Tujuan

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan telah kembali ke bekas kelabnya di England, Watford FC baru-baru ini. Dalam satu foto yang dimuatnaik Watford, pemain berusia 34 tahun itu dilihat sedang memegang kasut bola dan bersembang dengan beberapa individu di padang latihan Watford. Umum mengetahui, Forestieri sebelum ini mengalami kecederaan dan khidmatnya tidak […]

Misteri Kehilangan Samuel Somerville Terjawab

Misteri kehilangan penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville akhirnya terjawab selepas kali terakhir dilihat pada perlawanan akhir Piala FA berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lalu. Nama Somerville telah mendapat perhatian ramai apabila gagal memberikan persembahan yang meyakinkan pada aksi final Piala FA dengan melepaskan gol-gol mudah. Dengan persembahan yang kurang baik daripada Somerville, pengendali […]

ACL2: Persib Bandung Akur Tewas Kepada Port FC Di Laman Sendiri

Aksi AFC Champions League 2 (ACL2) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Persib dan Port FC. Perlawanan Kumpulan F antara Persib FC, wakil dari Indonesia dan Port FC, wakil dari Thailand telah dijadual berlangsung di Stadium Jalak Harupat Soreang, Bandung Aksi di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tidak berjaya mencatat sebarang jaringan. Biarpun penguasaan […]

ACL2: Lion City Pamer Taring Tundukkan Zhejiang Pro

Lion City Sailors mempamerkan aksi hebat apabila berjaya menundukkan cabaran kelab dari China, Zhejiang Professional dalam aksi pertama Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Lion City dibarisi pemain-pemain hebat seperti Bart Ramselaar, Lennart Thy, Lionel Tan dan penjaga gol berpengalaman, Izwan Mahbud serta Hariss Harun selaku kapten pasukan. Zhejiang Pro pula mempertaruhkan penyerang Owusu-Sekyere dibantu pemain […]

ACL2: Jeonbuk Hyundai Belasah DH Cebu 6-0

Jeonbuk Hyundai mula langkah kanan dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) apabila menewaskan wakil Filipina, DH Cebu FC dengan keputusan 6-0. Tuan rumah, Dynamic Herbs Cebu turun dengan misi mahu mendapatkan mata penuh kerana kelebihan beraksi di laman sendiri. Sementara, Jeonbuk Hyundai pastinya ingin mencuri mata di tempat lawan.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua […]

Jepun & Korea Mara Ke Final Piala Dunia B-20

Pasukan bola sepak wanita Jepun dan Korea Utara menaikkan nama Asia apabila layak ke pentas final Piala Dunia Wanita Bawah 20 Tahun (B-20) 2024. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi cabaran lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Korea Utara menyingkirkan Amerika Syarikat menerusi jaringan tunggal Choe Il-son. Manakala dua gol pemain tengah menyerang North […]

‘Keadaan Jadi Sukar’ Aksi Azim Al-Amin Terima Pujian Menggunung

Penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin menerima pujian menggunung susulan aksi cemerlangnya di ACL2. Pemain berusia 22 tahun itu menerima kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Gergasi Merah. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tampil cemerlang untuk menafikan setiap percubaan daripada tonggak lawan. Azim berjaya mematahkan peluang keemasan Muangthong United ketika berdepan […]