Kelayakan Piala Asia B-20: Giliran Thailand Hukum Brunei 13-0

Perlawanan malam ini menyaksikan skuad muda Thailand menghukum Brunei bagi aksi kedua saingan kelayakan Piala Asia B-20 peringkat kumpulan H. Skuad sang Gajah ketika ini memburu kemenangan kedua kumpulan selepas berjaya menumpaskan Filipina dalam perlawanan sebelum ini. Sementara skuad muda Brunei turun dengan misi mencipta kemenangan pertama bagi aksi kelayakan selepas tewas besar ke atas […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Indonesia Mudah Tundukkan Timor Leste

Indonesia dan Timor Leste hari ini berentap untuk aksi kedua dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-20 bagi saingan Kumpulan F. Seawal minit ke-12 permainan, penyerang sensasi Indonesia, Jens Raven memecah kebuntuan perlawanan untuk jaringan pertama Sang Garuda. Tiga minit selepas jaringan pertama terhasil, Indonesia sekali lagi menembusi gawang Timos Leste selepas Riski Afrisal mencatat nama […]
Liga Super: JDT Gah Atasi Cabaran Hebat Kuching City

JDT terus gah mengungguli carta pertama Liga Super apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Kuching City. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan JDT kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan liga berturut-turut. Hector Bidoglio menurunkan barisan pertahanan ampuh yang dibarisi Oscar Arribas, Feroz Baharudin, Jordi Amat, Mat Davies manakala Arif Aiman […]
Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia vs Tajikistan (Live Streaming)

Perlawanan ketiga Kelayakan Piala Asia B-20 melibatkan pertemuan antara Malaysia dan juga tuan rumah, Tajikistan. Malaysia B-19 dalam momentum terbaik selepas tidak tewas dalam dua pertemuan awal manakala Tajikistan tewas bertemu Korea DPR. Kemenangan pada perlawanan ini bakal membantu anak didik Juan Torres untuk melangkah ke pentas Asia tahun hadapan. Kebeselasan Utama Malaysia vs Tajikistan […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq Tamatkan Cabaran Filipina

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskam Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H. Selepas membelasah Brunei 15-0 pada 25 September lalu, Iraq ghairah memburu kemenangan kedua kumpulan. Manakala Filipina memburu kemenangan untuk menghidupkan harapan layak ke Piala Asia B-20 2025 selepas tewas 5-0 kepada Thailand. Malangnya, kebangkitan yang diharap jurulatih Filipina, […]
Statistik Shanghai Shenhua Menggerunkan

Statistik kelab China, Shanghai Shenhua menggerunkan beberapa hari sebelum aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Leonid Slutskiy tewas tipis dengan keputusan 3-2 menentang kelab senegara iaitu Shanghai Port. Shanghai Port sebelum ini telah pun diikat oleh Harimau Selatan dengan keputusan 2-2 bagi aksi pembukaan ACLE 2024/25 di Fudong. Statistik aksi Shanghai Shenhua dilihat […]
AFF Futsal Championship: Dua Jaguh Asia Tenggara ‘Tunggu’ Malaysia

Undian bagi AFF Futsal Championship 2024 menyaksikan Malaysia diundi berada satu kumpulan bersama jaguh Asia Tenggara, Thailand. Pada majlis undian yang berlangsung pada Jumaat, skuad futsal negara dan Australia berada di balang tiga manakala Myanmar serta Vietnam mengisi dua pasukan di balang dua. Finalis edisi lalu, Thailand dan Indonesia masing-masing berada di balang satu sebagai […]
Dua Bintang Burnley ‘RM88 Juta’ Hampiri Harimau Malaya

Dua tonggak penting Burnley FC semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan tempoh hari. Perkhabaran baik diterima oleh kem negara apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain Go Ahead Eagles, Mats Deijl. Proses dokumentasi pemain […]
“Ini Cara KL City” – Giancarlo Gallifuoco

Bek tengah, Giancarlo Gallifuoco menjelaskan kemenangan ke atas Borneo FC Samarinda dalam saingan Shopee Cup pada Khamis dicapai hasil cara KL City tersendiri. Aksi kedua peringkat kumpulan B Shopee Cup 2024/2025 menyaksikan KL City bertemu jaguh dari Indonesia, Borneo FC Samarinda di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampil cukup […]
Penyokong Bantu AFC Wimbledon Baiki Padang Rosak Akibat Banjir

Penyokong kelab League Two (divisyen keempat England), AFC Wimbledon mengumpul dana lebih £110,000 (RM650,000) utnuk membaiki padang stadium mereka yang rosak. Inisiatif itu digerakkan selepas hujan lebat pada 22 dan 23 September lalu mengakibatkan tebing Sungai Wandle pecah dan membanjiri sebahagian kawasan selatan London. Ini kali pertama tebing Sungai Wandle pecah sejak kali terakhir direkodkan […]
Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Kuching City (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 12 menemukan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kuching City. Skuad kendalian Hector Bidoglio masih belum tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini manakala Kuching City memiliki momentuk baik di Liga Super. “Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kesebelasan pemain hanya akan dapat ditentukan pada hari terakhir menjelang […]
“Jika Menang, Malaysia Ke Piala Asia 2025”

Malaysia B-19 berpeluang untuk mendapatkan layak beraksi di Piala Asia B-20 2025. Skuad kendalian Juan Torres bermula baik apabila menundukkan wakil Timut Tengah, Oman dengan keputusan 2-1. Momentum cemerlang itu berterusan apabila pasukan muda negara berjaya mengikat Korea DPR dengan keputusan 1-1 dan mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan. Malaysia B-19 bakal mengesahkan slot ke […]
Kelantan DN & 7 Pemain Berpisah Dengan Status Berbeza

Kelab Pantai Timur, Kelantan DN telah mengambil keputusan untuk melepaskan tujuh tonggak utama dengan status yang berbeza. Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kedua telah pun berakhir pada 22 September yang lalu dengan beberapa pasukan giat melakukan urusan jual beli pemain termasuklah Kelantan DN. Seramai lapan orang pemain terdiri daripada 3 pemain import dan lima pemain […]
Kuching City Terpaksa Lupakan Khidmat Danial Amier & Ramadhan Saifullah

Kuching City FC terpaksa melupakan khidmat Danial Amier Norhisham dan Ramadhan Saifullah menjelang aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Danial dan Ramadhan tidak dapat beraksi disebabkan status mereka sebagai pemain pinjaman JDT. Perkara ini turut disahkan pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak. Danial menyertai pasukan yang berpangkalan di Kuching, Sarawak itu […]
4 Potensi Lawan Harimau Malaya Oktober Ini

Ini merupakan empat lawan yang berpotensi untuk bertemu Harimau Malaya dalam aksi persahabatan pada Kalendar Antarabangsa FIFA pada Oktober. Pasukan kebangsaan bimbingan Pau Marti bakal berdepan ujian negara di ranking ke-95 dunia, New Zealand dalam satu perlawanan persahabatan pada 14 Oktober di Auckland. Dengan aksi tersebut akan berlangsung di New Zealand, satu lagi lawan Harimau […]
Ricardo Pires Sandaran Baru Gol Negeri Sembilan

Selepas melepaskan Mika Junco, Negeri Sembilan FC sah membawa masuk penyerang baru dari Brazil, Ricardo Pires. Perpindahan penyerang berusia 37 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum menyertai Negeri Sembilan, Pires pernah beraksi untuk beberapa kelab Asia Tenggara. Antara kelab-kelab berkenaan ialah Persiraja Banda Aceh (Indonesia), […]