“Aksi 18 Oktober, Stadium Tak Boleh Guna Lagi”

Kelantan Darul Naim berdepan kekangan apabila masih tidak dapat menggunakan gelanggang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi sambungan aksi Liga Super. Skuad Kijang Emas terpaksa meminta kelulusan Malaysian Super League (MFL) untuk membuat penukaran venue beraksi di Stadium Sultan Ibrahim ketika bertemu JDT. Hal ini disebabkan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga […]

Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Yushi Tanaka (Live Streaming)

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan perjalanan di Arctic Open dengan bertemu pemain Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis. Setelah menewaskan Christo Popov dari Perancis, misi besar untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open bersambung dengan Yushi Tanaka menjadi lawan kedua buat Zii Jia. Tanaka yang berusia 25 tahun mara ke pusingan kedua […]

Harimau Malaya Lawan Kelab Ke-1136 Dunia

Harimau Malaya menghadapi tentangan kelab ke-1136 dunia bagi aksi persahabatan bulan Oktober 2024. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024. Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia berdepan […]

Jaringan Torpedo Safee Sali Gamit Memori New Zealand vs Malaysia

Jaringan deras Safee Sali dalam aksi New Zealand menentang Malaysia pada 23 Februari 2006 kembali menggamit memori penyokong negara. Safee menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar. Tidak seperti skuad hari ini yang turut dibarisi pemain warisan dan naturalisasi, kesemua pemain dalam skuad Harimau Malaya tahun 2006 dibarisi pemain tempatan. Antara […]

“Bola Sepak Sukan Yang Mahal” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya sukan bola sepak mempunyai satu ekosistem yang membuatkan sukan tersebut menjadi mahal. Mahu ataupun tidak, untuk berjaya di dalam mengendalikan bola sepak sememangnya memerlukan pelaburan bagi menaikkan taraf bola sepak kebangsaan. “Apa yang saya tahu, dalam ekosistem bola sepak, ia memang sukan yang mahal. Jurulatih dengan standard dunia, […]

Safee Sali Terkenang Peristiwa 18 Tahun Lalu

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali terkenang perlawanan bertemu New Zealand 18 tahun yang lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas sekali dan seri sekali. Tersemat di ingatan Safee apabila dirinya berjaya meledak jaringan buat skuad kebangsaan menentang pasukan yang jauh lebih tinggi rankingnya berbanding Malaysia. “2006 itu memang satu nostalgia menentang pasukan New Zealand, All […]

Arctic Open: Aaron Chia-Wooi Yik Pastikan Beregu China Pulang Hampa

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Wooi Yik membuka kempen Arctic Open dengan langkah kanan apabila dengan tenang menyingkirkan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi. Setelah berehat panjang akibat kecederaan, Aaron-Wooi Yik kembali ke gelanggang buat kali pertama dan dijadualkan bertemu Chen Bo Yang-Liu Yi di pusingan awal Arctic Open 2024. Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik […]

Tiada Syafiq Ahmad, Tiada Masalah

Kedah Darul Aman tidak memiliki masalah untuk menundukkan Bukit Tambun tanpa Syafiq Ahmad. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengharungi aksi persahabatan menentang pasukan Liga A1 Semi Pro yang berlangsung di Stadium Darul Aman. Babak pertama menyaksikan trio serangan Sang Kenari mempamerkan bisa dengan kapten pasukan, Sony Norde, Milos Gordic dan juga Ebenezer Assifuah masing-masing meledak satu […]

Bukit Tambun Jadi Belasahan Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan besar 7-0 ke atas kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam satu aksi persahabatan tertutup. Aksi persahabatan tertutup ini merupakan sebahagian daripada usaha jurulatih Kedah, Nafuzi Zain untuk mengekalkan kecergasan barisan anak buahnya. Meskipun ini sekadar aksi persahabatan, Nafuzi menurunkan barisan terkuat termasuk tonggak import pasukan […]

Marc Klok Kecewa, Padang & Fasiliti Di Indonesia Teruk

Pemain tengah Indonesia, Marc Klok tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya tentang mutu padang dan kemudahan sukan di Indonesia. Luahan itu dinyatakan pemain tengah berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini. Bekas pemain tengah Ross County itu merasakan mutu padang dan kemudahan sukan di negara itu kurang memuaskan. Hal ini berdasarkan […]

Pau Marti Bawa 9 Pemain B-23 Malaysia Ke New Zealand

9 pemain Malaysia bawah 23 tahun mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti untuk dibawa menghadapi cabaran New Zealand. Skuad Harimau Malaya kini berada di Auckland, New Zealand untuk siri perlawanan persahabatan yang berlangsung pada jendela antarabangsa FIFA bagi bulan Oktober ini. Pengendali skuad negara, Pau Marti menyenaraikan 27 nama pemain bagi membawa cabaran Harimau Malaya […]

Ten Hag Tenang ‘Apa Itu Tekanan?’

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag langsung tidak terganggu dengan tekanan yang dihadapinya ketika ini. Kedudukan ten Hag dalam bahaya susulan prestasi tidak menentu United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25. Ketika ini, The Red Devils menduduki tangga ke-14 liga dengan lapan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan. United hanya merekodkan dua kemenangan, dua seri […]

JDT Jadi Bualan Hangat Orang Eropah

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan hangat Orang Eropah. Skuad kendalian Hector Biodglio beraksi cemerlang dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) apabila melakar kemenangan besar ke atas Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Kemenangan besar itu membolehkan pasukan Harimau Selatan menghuni tangga ke-2 kumpulan dengan 4 mata di belakang kelab Korea, Gwangju […]

Arctic Open: Lee Zii Jia Singkirkan Pemain No. 3 Perancis

Pemain nombor empat dunia, Lee Zii Jia membuka kempen mempertahankan kejuaraan Arctic Open dengan menewaskan Christo Popov di pusingan pertama. Selepas dikecewakan Koki Watanabe dalam pusingan pertama China Open 2024, Zii Jia berharap dapat mempertahankan kejuaraan Arctic Open yang dimenanginya pada 2023. Walau bagaimanapun, Popov menjadi penghalang antara beliau dan pusingan kedua kejohanan. Zii Jia […]

Hamidin: Park Hang-seo Salah Satunya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Park Hang-seo merupakan salah seorang calon jurulatih Malaysia. Skuad kebangsaan kini dibimbing oleh pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente beraksi cemerlang apabila menundukkan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Beliau bagaimanapun mahu memberikan ruang sepenuhnya buat Pau Marti untuk mengemudi skuad […]

Harimau Malaya Hadapi Auckland Jumaat Ini

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menghadapi kelab dari New Zealand, Auckland FC pada Jumaat ini. Pasukan kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente kini berada di New Zealand untuk aksi persahabatan bertemu skuad All Whites pada 14 Oktober ini ketika jendela antarabangsa FIFA. Sebelum menentang pasukan New Zealand, skuad negara juga dimaklumkan sebelum ini bakal mengadakan satu aksi […]