Tindakan Rahadiazli Dipersoal Penyokong Terengganu

Hasrat Terengganu FC mencuri tiga mata dari Stadium Bandaraya hari ini tidak kesampaian apabila dikecewakan jaringan penalti saat akhir Penang FC yang disudahkan Rafael Vitor sekali gus mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Namun disebalik keputusan seri tersebut, penyokong Terengganu dilihat tidak bersetuju dengan tindakan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang melakukan kekasaran ke […]

Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini. Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas. Menyedari kekuatan […]

Liga Super: Gol Saat Akhir Penang Buat Terengganu Kecewa

Penang berjaya mengecewakan Terengganu pada saat akhir apabila menidakkan kemenangan Terengganu untuk meraih keputusan seri 1-1. Rahadiazli turun selaku penjaga gol utama manakala pertahanan kental, Shahrul Nizam memegang lilitan kapten dalan perlawanan ini. Penang pula menurunkan 10 pemain tempatan dalam perlawanan ini dan hanya Rafael Victor merupakan pemain import buat Penang. Aksi separuh masa pertama […]

Liga Super: JDT Mudah Baham Sri Pahang Di Darul Makmur

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan domestik apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan namun penguasaan bola lebih memihak kepada JDT. JDT tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan apabila pada minit […]

Challenge Cup: PDRM Muncul Juara Tewaskan Kuching City

Aksi final Challenge Cup antara pasukan PDRM dan Kuching City menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat di Stadium Kuching. Anak buah Dato’ Yunus Alif menurunkan barisan terkuat untuk mengekalkan kelebihan tiga gol yang dibawa dari Stadium MBPJ menerusi kemenangan 3-0. Kuching City yang masih mahu memberikan saingan terhebat melakukan beberapa gerakan berbahaya sepanjang 45 minit […]

Sri Pahang Lepaskan Mesin Gol

Berbaki satu sahaja perlawanan Liga Super musim ini, Sri Pahang dilihat terpaksa melepaskan beberapa pemain kerana tamat kontrak. Antara pemain yang dilepaskan adalah penyerang berbisa dari Brazil, Lucas Silva dan pemain import dari Filipina, Kevin Ingreso. Lucas Silva tidak dapat beraksi dengan baik buat Sri Pahang musim ini selepas dilanda beberapa siri kecederaan yang memaksa […]

Gwangju Bakal Ke ACLE Musim Depan

Selepas juara K-League 1, Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers, satu lagi wakil Korea iaitu Gwangju FC mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan. Kejayaan itu dicapai selepas mereka menamatkan kumpulan kejuaraan K-League 1 di tempat ketiga menerusi keputusan seri tanpa jaringan dengan Pohang hari ini. Gwangju tahu mereka perlu seri jika mahu […]

Giancarlo Gallifuoco Yakin KL City Miliki Pengganti Sempurna Buat Kevin Mendoza

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco percaya prestasi pasukan itu tidak akan terjejas dengan pemergian penjaga gol utama mereka, Kevin Ray Mendoza. Mendoza tidak lagi bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu selepas menerima tawaran daripada kelab Indonesia, Persib Bandung. Ini meninggalkan slot penjaga gol utama pasukan menjadi rebutan dua penjaga gol iaitu […]

Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]

Rekod Buruk Man United ‘Berjangkit’ Selama Dua Tahun

Selepas tewas kepada Newcastle United awal pagi ini, Man United masih belum mampu memadamkan rekod buruk mereka di tempat lawan. Rekod buruk yang dimaksudkan ialah meraih kemenangan ke atas pasukan yang menduduki kedudukan lapan teratas liga di gelanggang lawan. Kali terakhir kemenangan ini dapat dicapai ialah ke atas West Ham United pada 19 September 2021. […]

Terengganu Bakal Manfaatkan Tenaga Ubi Muda

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal memanfaatkan barisan pemain Terengganu FC II untuk perlawanan menentang Penang FC malam ini. Keputusan ini dibuat bukan saja dengan mengambil kira masalah kecederaan yang membelenggu skuad Penyu sejak kebelakangan ini. Malah, Steinbruckner juga memikirkan kesan tempoh perjalanan 30 jam dari Sydney ke Georgetown ke atas anak-anak buahnya. Ini susulan […]

JDT & Selangor Terima ‘Habuan’ RM4.3 Juta

Kejayaan dua pasukan Liga Super 2023, JDT dan Selangor FC untuk mara ke pentas Asia musim hadapan diserikan dengan habuan berjumlah RM4.3 Juta buat kedua-dua pasukan. Skuad Harimau Selatan muncul selaku pemenang Liga Super kali ke-10 berturut-turut dan mengesahkan slot ke pertandingan Tier 1 di Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE). Sebanyak 12 pasukan […]

Kevin Ingreso Tinggalkan Sri Pahang

Sri Pahang FC tidak dapat menggunakan khidmat bintang Filipina, Kevin Ingreso menjelang aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) malam ini. Ini selepas bintang Filipina itu sudah tamat kontrak bersama skuad Tok Gajah. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Perkara ini turut disahkan Ingreso menerusi satu hantaran di […]

Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Selangor Jadi Belasahan Di Asia

Selangor FC berjaya ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan selepas mengesahkan kedudukan naib juara Liga Super 2023 dengan menewaskan pencabar terdekat Kedah Darul Aman FC semalam. Persediaan yang rapi perlu dibuat oleh barisan kejurulatihan Selangor yang diterajui Tan Cheng Hoe dalam menyediakan skuad yang lebih mantap pada musim hadapan. Ini kerana peringkat asia […]

Kesengsaraan Empat Bulan Harry Kane Di Munich Berakhir

Selepas selama empat bulan terpaksa tidur di hotel lima bintang, kini penyerang England dan Bayern Munich, Harry Kane boleh menarik nafas lega apabila menjumpai rumah yang sesuai untuk diduduki. Melalui laporan dari Goal, Kane kini sudah menjumpai rumah tetap. Rumah tersebut pernah didiami oleh bekas pemain Bayern yang kini beraksi untuk Paris Saint Germain (PSG), […]

Park Hang-seo Bakal Jadi Jurulatih Singapura?

Bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo sehingga kini masih belum memutuskan pasukan mana yang akan dikendalikannya selepas meninggalkan Vietnam pada awal tahun ini. Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai dirinya yang akan menjadi jurulatih Thailand namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila Thailand melantik jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii. Bagi Hang-seo, setakat ini beliau hanya menjalankan […]