Kempen Mumbai City Di ACL Tamat, Gagal Catat Sebarang Kemenangan

Kelab India, Mumbai City menamatkan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan kekecewaan selepas tewas di tangan kelab Uzbekistan, Navbahor semalam. Dengan The Mariners sudah tersingkir dari ACL, aksi terakhir Kumpulan D dilihat medan menebus maruah buat pasukan satelit Manchester City itu. Pada awalnya, hajat mereka disangka menjadi kenyataan apabila Nasser El Khayati menyumbat gol pada […]

Ini Sebab Selangor Bakal Iringi JDT Ke Asia Musim 24/25

Pasukan Liga Super, Selangor FC berjaya melengkapkan syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadi wakil kedua Malaysia ke Asia. Musim 2024/25 menyaksikan Malaysia hanya diberikan dua kuota automatik iaitu beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Juga Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Juara bertahan Liga Super, JDT sudah mengesahkan slot […]

Pertahanan Ulsan Hyundai Dijulang Sebagai MVP Liga Korea

Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Kim Young-gwon mencipta sensasi tersendiri di usia 33 tahun apabila dijulang sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga K1 Korea Selatan musim 2023. Young-gwon mengumpul 55 undian daripada 115 undian keseluruhan daripada media, enam undian daripada 12 undian daripada ketua jurulatih dan empat undian daripada 12 undian daripada kapten kelab dalam Liga […]

Bekas Calon Jurulatih Malaysia Temui Destinasi Baharu

Bekas calon jurulatih Malaysia, Kim Hak-bum difahamkan akan terus kekal berbakti di Korea Selatan selepas Jeju United mengumumkan pengendali tersebut untuk mengemudi pasukan bagi musim baharu. Jurulatih berusia 63 tahun itu pernah dikaitkan untuk mengambil alih posisi pengendali bawah 23 tahun negara setelah pemergian Brad Maloney ke Australia. Beliau merupakan jurulatih berpengalaman dalam arena bola […]

Kemunculan Syamer Kutty Cetus Keterujaan Penyokong

Sekian lama menanti untuk menyaksikan aksi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba yang dihimpit dengan masalah kecederaan. Kini, penyokong JDT boleh menarik nafas lega selepas kelibat Syamer sudah mula kelihatan. Baru-baru ini, pihak JDT telah memuatnaik foto-foto latihan skuad kendalian Esteban Solari dan foto Syamer menjadi tumpuan ramai. Rata-rata penyokong meluahkan rasa gembira […]

Giliran Singapura Mahu Anjurkan Piala Dunia B-17

Selepas melihat Indonesia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023, Singapura kini mahu melakukan perkara sama. Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada media semalam. FAS memaklumkan mereka sudah menandatangani Letter of Intent (Surat Niat) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi membincangkan dan bidaan sebagai […]

FIFA Catat Kejayaan Malaysia Naik 7 Tangga, Ke-3 Dunia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) catat kejayaan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Pada November 2023, kesemua aksi antarabangsa telah dimainkan di seluruh dunia bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026. Malaysia yang berada dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei kini mengungguli kedudukan dalam saingan kumpulan. Dua kemenangan anak buah Kim […]

3 Kelab Jepun Raih Slot ACLE Musim Hadapan

Jepun akan menghantar sebanyak tiga wakil untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan. Tiga kelab yang bakal membawa cabaran negara Matahari Terbit tersebut merupakan Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan juara Piala Emperor 2023 di antara Kawasaki Frontale atau Kashiwa Reysol. Vissel Kobe yang dinobatkan sebagai Juara Liga 1 Jepun 2023 […]

Bima Sakti Ungkap Impiannya Latih Real Madrid

Pelatih Timnas Indonesia U-17, Bima Sakti, memiliki mimpi besar pasca membawa timnya tampil di Piala Dunia U-17 2023. Ia ingin melatih Real Madrid. Bima Sakti menceritakannya saat ditanya oleh TikTokers untuk berandai-andai mengenai klub Eropa mana yang ingin dirinya latih. Bima Sakti pun tidak berpikir panjang dengan langsung mengatakan Real Madrid. Sebab, ia mengagumi prestasi […]

Indonesia ‘Terbang’ Ke Turkiye, Asah Taring Hadapi Piala Asia

Pasukan kebangsaan Indonesia bakal berangkat ke Turki pada bulan ini bagi menghadapi dua aksi persahabatan sebagai persiapan ke Piala Asia 2023. Anak buah Shin Tae-yong sudah pasti mahu bangkit daripada kedukaan di Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam dua aksi pertama kumpulan. Sang Garuda tewas 5-1 kepada pasukan ke-63 dunia, Iraq […]

Liga 1: Barisan Bintang Persib Disekat PSM Makassar

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat tanpa jaringan juara liga musim lepas, PSM Makassar. Perlawanan hari ini menjadi tumpuan berikutan nasib berbeza kedua-dua pasukan dalam Liga 1 Indonesia musim ini. Juku Eja kini berada di tempat ke-10 dengan Persib yang dibimbing Bojan Hodak pula di tangga kedua […]

5 Pemain Ulsan Hyundai Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Korea

Sebagai mengiktiraf kehebatan mereka menggondol gelaran juara K-League 1, lima pemain Ulsan Hyundai dipilih dalam kesebelasan terbaik liga itu. Pengumuman nama mereka seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap merupakan sebahagian daripada Anugerah K-League 2023 yang diadakan pada hari ini. Lima pemain yang dimaksudkan ialah Jo Hyeon-woo (penjaga gol), duo bek tengah Kim Young-gwon dan Seol […]

David De Gea Bakal Kembali Ke EPL?

Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dikhabarkan bakal kembali semula beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Menurut laporan daripada media antarabangsa, MailSport menyatakan David De Gea antara calon pilihan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh penjaga gol utama Newcastle United, Nick Pope. Penjaga gol utama The Magpies mengalami kecederaan bahu yang memaksa beliau […]

Persahabatan Antarabangsa Wanita: Bangladesh Aibkan Singapura 8-0

Skuad wanita Singapura tiada jawapan kepada barisan serangan Bangladesh apabila dibelasah 8-0 di Stadium Bir Shrestha Shaheed Shipahi Mustofa Kamal hari ini. Selepas tewas 3-0 kepada lawan sama beberapa hari lepas, The Lionesses berharap dapat bangkit dan mencipta kemenangan di gelanggang lawan. Atas sebab itulah, Singapura yang dibimbing Karim Bencherifa membuat beberapa pertukaran termasuk menurunkan […]

Penyokong Terengganu ‘Borong’ Tiket Final Piala Malaysia

Suasana final Piala Malaysia 2023 membabitkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dijangka meriah pada Jumaat ini. Ini selepas Terengganu memaklumkan semua tiket yang dijual secara dalam talian di platform Tickethotline sudah habis dijual. Semua tiket ini merangkumi seksyen GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 yang diperuntukkan buat penyokong skuad Penyu. Ini dilihat […]

Aksi Final JDT & Terengganu Kekal Di SNBJ

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pelbagai isu berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air ketika ini. Hal ini susulan perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh DYAM TMJ berkenaan keadaan padang yang menerima respon […]