Stefano Cugurra Terbuka Kembali Ke Liga Malaysia

Pengendali Bali United, Stefano Cugurra mengakui tidak menolak peluang kembali menabur bakti di Liga Malaysia (Liga M). Cugurra pernah mewarnai arena bola sepak Malaysia semasa menjadi jurulatih Kuala Muda Naza pada 2009. Sejak itu, jurulatih yang dikenali dengan panggilan Teco itu berkelana dengan melatih Chiangrai United, Phuket FC, Osotspa, Navy FC, Persija Jakarta dan terkini, […]
Pelapis Intan Serah Sudah Dijumpai?

Pelapis bagi pemain bola sepak wanita negara seperti Intan Serah, Steffi Sarge Kaur dan Siti Nor Faizah kini telah dijumpai apabila kejohanan-kejohanan akar umbi telah mengangkat beberapa pemain muda untuk diketengahkan pada masa akan datang. Pada Jumaat, kejohanan Liga Puteri B-15 tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Pusat Latihan Sime Darby, […]
KL City Berdepan Kepayahan Tanpa Trio Import Berbisa

Menjelang aksi terakhir Liga Super menentang Sri Pahang FC malam ini, KL City FC pincang tanpa beberapa awang import. The City Boys terpaksa melupakan khidmat Giancarlo Gallifuoco yang terpaksa berehat akibat kecederaan. Sementara Tchetche Kipre dan Romel Morales pula meninggalkan pasukan. Keadaan ini menyaksikan KL City hanya boleh memanfaatkan tiga awang import yang masih ada […]
SNBJ Perlukan Sebulan Kembali Dalam Keadaan Terbaik

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmy melihat tempoh sebulan diperlukan untuk mengembalikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ke tahap terbaik. Tempoh tersebut dilihat sesuai lebih-lebih lagi dengan mengambil kira apa yang berlaku di SNBJ pada Februari dan Mac tahun hadapan. Bulan Februari menyaksikan penyanyi British terkenal, Ed Sheeran bakal membuat […]
Piala Kelab Dunia: Urawa Reds Ke Separuh Akhir, Kejutkan Club Leon

Juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022, Urawa Reds membanggakan benua Asia dengan mara ke separuh akhir Piala Kelab Dunia 2023 hari ini. Pencapaian ini dilakar selepas mereka berjaya mengenepikan wakil Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean (CONCACAF) dari Mexico, Club Leon. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini bakal menemukan mereka dengan […]
Pasukan Antarabangsa Dijemput Sertai Liga Singapura

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bakal membuat rombakan ke atas Singapore Premier League (SPL) pada musim hadapan. Ini selepas badan induk bola sepak Singapura itu mengeluarkan pengumuman Request for Proposal (RFP) kelab ke-10 SPL di laman sesawang rasmi mereka pada 6 Disember lalu. FAS berbuat demikian kerana mahu menambahbaik kualiti SPL termasuk menarik lebih ramai […]
3 Pemain Berisiko Terlepas Tiket Ke Piala Asia Saat Akhir

Tatkala persiapan Malaysia ke Piala Asia berbaki kurang sebulan sahaja lagi, beberapa pemain memberi kegusaran kepada kem negara susulan kecederaan yang dialami pada saat akhir. Aksi final Piala Malaysia 2023 antara pasukan JDT dan Terengganu FC menjadi detik yang merisaukan selepas keadaan padang yang teruk menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan. Kecederaan pertama berlaku kepada pertahanan […]
“Semua Pasukan Kuat Tapi Pasukan Saya Paling Hebat”

Bintang muda Kelana United FC, Putri Mia Alysa tidak gentar dengan cabaran finalis Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), SSS Leopard FC. Kelana United bakal bersemuka dengan SSS Leonard di pentas final selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir. Kelana United menewaskan Sabah FC menerusi penentuan sepakan […]
Rozaimi Rahman Mahu Kembali ‘Gegar’ Liga Malaysia

Bekas pemain berbakat Sabah FC, Rozaimi Rahman mahu membuat kemunculan semula di pentas bola sepak Malaysia. Pemain berusia 31 tahun itu kali terakhir dilihat beraksi bersama kelab Liga M3, Machan FC dan berjaya menjaringkan beberapa gol buat pasukan. Beliau yang kali terakhir beraksi bersama pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman mahu mencipta nama semula […]
Akmal Rizal: Kita Nak Letak Feri Depan Pintu Gol

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukannya perlu mempamerkan disiplin tinggi bila menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok. Dengan 92 gol musim ini, jentera serangan Harimau Selatan amat digeruni lawan baik di peringkat domestik mahupun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain itu, ia turut dibarisi penyerang-penyerang berkaliber termasuk Bergson da […]
Cristiano Ronaldo Labur RM238 Juta Untuk Majukan Permainan Video Baru

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi figura bola sepak terbaru yang menceburi dunia e-sukan. Akhbar Daily Mail melaporkan beberapa hari lepas, permainan video bola sepak terbaru UFL mengumumkan Ronaldo sebahagian daripada sekumpulan pelabur yang menyuntik modal bernilai £40 juta (RM238 juta). UFL atau nama penuhnya United Football League dihasilkan oleh pembangun permainan video Strikerz Inc. dan […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Terlepas Tempat Ke-11, Dikecewakan New Zealand

Malaysia mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ke-12 setelah tumbang di tangan New Zealand dalam aksi penentuan tempat ke-11 dan 12. New Zealand yang menang dalam pertemuan terakhir bertemu Malaysia di Piala Sultan Johor bulan lalu dilihat lebih banyak mendominasi di awal permainan. Hasilnya, jaringan pertama dapat dihasilkan oleh New Zealand menerusi […]
“Banyak Kelab Minat Faisal Halim” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal memberitahu bahawa terdapat banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Selangor, Faisal Halim. Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja tiba di Lembah Klang pada musim ini dan beraksi cemerlang bersama The Red Giants. Beliau berjaya membantu anak buah Tan Cheng Hoe untuk layak […]
Selangor Mahu Leburkan Rekod Hambar Lawan PDRM

Menjelang aksi terakhir Liga Super menentang PDRM FC, Selangor FC berharap dapat menutup kempen musim 2023 dengan kemenangan. Bagaimanapun, PDRM sudah membuktikan mereka bukan pasukan yang patut dipandang enteng dengan menewaskan Selangor dua kali pada musim ini. Ini termasuk kemenangan 1-0 ke atas The Red Giants dalam liga pada 3 Jun lalu. Gol tersebut disumbang […]
Allee Putra Terbuka Kembali Semula Ke Eropah

Pemain muda Kelantan FC, Allee Putra Azril mengakui bersedia menimbang tawaran kembali ke Eropah sekiranya mendapat tawaran daripada kelab-kelab yang berminat. Allee menyertai skuad The Red Warriors itu dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Sejak itu, beliau telah membuat 11 penampilan untuk Kelantan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super. Dengan kontraknya […]
Liga Puteri B-15: SSS Leopard Tiada Masalah Tundukkan FEMI9

SSS leopard berjaya melayakkan diri ke final Liga Puteri B-15 selepas tiada masalah menumbangkan FEMI9 pada perlawanan separuh akhir pada Jumaat. Pada aksi yang berlangsung di Pusat Latihan Sime Darby, SSS Leopard dilihat lebih mendominasi permainan berbanding FEMI9 dari awal permainan. Jaringan pertama perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah SSS Leopard, Qaseh Rania seawal minit kesembilan […]