Liga Super: Sabah Rampas Tangga Ketiga Selepas Tewaskan Kedah

Hasrat Sabah FC untuk menamatkan kedudukan Liga Super dalam kedudukan tiga teratas menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam aksi di Stadium Likas sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan tuan rumah bermula garang menerusi beberapa serangan di awal permainan. Hasil serangan demi serangan, Sabah berjaya mendahului seawal minit ke-7 melalui satu penyudah […]

Liga Super: Kuching City Gah Belasah Negeri Sembilan

Kuching City FC akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua mereka dalam Liga Super musim 2023. Kemenangan yang dinanti-nantikan itu diraih dengan menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 dalam aksi terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Finalis Challenge Cup itu memiliki kelebihan kerana dapat menurunkan lima pemain import dalam kesebelasan utama mereka. Ini sama sekali berbeza […]

Liga Super: Selangor Tutup Musim Penuh Bergaya, Tumpaskan PDRM

Aksi Liga Super antara pasukan Selangor dan PDRM FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan The Red Giants mahu memastikan penutup cemerlang bagi tahun 2023. Beberapa percubaan awal dilancarkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe dengan tandukan Ayron Del Valle melambung tinggi. Serangan balas pantas oleh The Kops […]

Dua Bintang Kelantan Bakal Sertai Kedah?

Khabar angin melibatkan dua pemain muda Kelantan FC, Fazrul Amir dan Muhaimin Izuddin ke pasukan Kedah Darul Aman dilihat semakin menjadi kenyataan. Ini selepas hantaran yang dimuatnaik oleh Fazrul Amir di akaun Instagram peribadi miliknya yang mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, staf, rakan sepasukannya dan para penyokong yang sentiasa bersamanya. “Terima kasih kepada jurulatih, staf, […]

Liga 1: Debut Radja Nainggolan Bantu Bhayangkara Tundukkan Persita Tangerang

Kemunculan pertama legenda Belgium, Radja Nainggolan sudah cukup membantu kelab barunya, Bhayangkara meraih kemenangan kedua dalam liga malam ini. Kelab yang dibimbing bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Mario Gomez itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Persita Tangerang. Ramai peminat bola sepak Indonesia teruja apabila nama Nainggolan tersenarai dalam senarai pemain simpanan The […]

Shanghai Port Pilih Jurulatih Kelab Jepun Berbanding Kim Pan-gon

Juara Chinese Super League (CSL), Shanghai Port mengumumkan pelantikan jurulatih baharu kelahiran Australia, Kevin Muscat sekaligus memastikan Kim Pan-gon terlepas daripada radar kelab tersebut. Baru-baru ini, tular sebuah khabar angin selepas media China melaporkan bahawa kelab tersebut sedang mencari pengganti susulan pemergian Javier Pereira yang tidak lagi bersama pasukan. Terdapat beberapa nama yang berada dalam […]

Ramon Machado Kekal Di Sabah

Penyerang Sabah, Ramon Machado sah akan kekal di Sabah bagi meneruskan perjuangan pasukan tersebut dalam saingan Piala AFC. Sabah mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain utama itu disamping menambah beberapa pemain tempatan untuk musim hadapan. Ramon melanjutkan kontrak selama setahun bersama-sama dengan pemain tempatan iaitu Rawilson Batuil dan Umareng Bachok. Khidmat Ramon Machado pastinya ditagih […]

World Tour Finals: Viktor Axelsen Muncul Juara, Benam Cabaran Shi Yuqi

Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menamatkan kalendar tahun 2023 dengan trofi kejohanan BWF yang ketujuh selepas bergelar juara World Tour Finals (WTF) 2023. Axelsen berjaya melakukannya selepas mengatasi cabaran pemain perseorangan China, Shi Yuqi di pentas final WTF 2023. Dari segi rekod pertemuan, pemain Denmark itu berjaya mengatasi Yuqi lapan kali daripada 10 rekod […]

Air Mata Jantan Pemain AS Roma Gugur Di Tengah Padang

Pemain muda AS Roma, Niccolo Pissili tidak dapat menahan air mata jantannya daripada gugur selepas menjaringkan gol pertama dalam karier profesionalnya. Gol tersebut dijaringkan dalam aksi terakhir Kumpulan G Liga Europa membabitkan Roma dan kelab Moldova, Sheriff Tiraspol yang berlangsung pada 15 Disember lalu. Pisilli yang masuk menggantikan peledak Itali, Andrea Belotti melengkapkan malam cemerlang […]

Kyrgyzstan Mahu Rombak Skuad, Elak Kekecewaan Lawan Malaysia Berulang

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat percaturan penting sebelum melangkah ke Piala Asia yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang. Anak buah Stefan Tarkovic melalui detik yang kurang memberangsangkan pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas mengejut kepada Malaysia. Pasukan ke-102 dunia itu bagaimanapun mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Oman dengan keputusan 1-0. Melihat kepada prestasi semasa […]

Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Kedah, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Kedah Darul Aman

Aksi ke-26 Liga Super 2023 antara pasukan Sabah dan juga Kedah Darul Aman menyaksikan kedua-dua pasukan memburu tiga mata terakhir musim ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu bakal menjadi detik penting buat The Rhinos yang berpeluang untuk merampas kedudukan Sang Kenari di tangga ketiga. Anak buah Nafuzi Zain menerima tamparan hebat setelah tewas […]

Chelsea Buru Pemain Kelab Picisan Itali

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea kini sedang memburu khidmat pemain kelab Itali yang berada di tangga ke-9 Liga Serie A. Kelab tersebut ialah Torino yabg berpangkalan di Turin, Piedmont. Beliau bernama Alessandro Buongiorno yang beraksi di posisi pertahanan tengah.  Pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi bersama skuad utama Italy tahun ini. Beliau dikenali […]

CEO Sabah Letak Jawatan

Perlawanan terakhir Liga Super Sabah FC-Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam ini bukan saja perlawanan perpisahan buat legenda negara, Amri Yahyah. Malah, perlawanan tersebut merupakan perlawanan perpisahan buat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Ahmad Marzuki Nasir. Ini selepas Marzuki mengumumkan hari ini merupakan hari terakhirnya sebagai CEO pasukan Negeri Di Bawah Bayu itu menerusi […]

Bintang Muda Sabah, Nina Hasmaji Muncul Penjaring Terbanyak Liga Puteri FAM

Penyerang cilik Sabah, Nina Hasmaji telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Puteri Bawah 15 Tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad. Menerusi hantaran di Instagram rasmi milik FAM, Nina Hasmaji diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 11 gol yang beliau telah hasilkan dari peringkat kumpulan. Pemain berbakat besar itu telah berjaya membantu Sabah […]

Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.  Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC. Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir […]

Jurulatih JDT II, Mariano Echeverria Bawa Haluan Baharu

Selepas dua tahun menabur bakti, Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mariano Echeverria mengumumkan pengunduran dirinya dari jaguh Selatan tanah air itu. Jurulatih berusia 42 tahun itu mula melatih pemain muda JDT II sejak 2021 dan beberapa kejayaan berjaya diraih beliau dalam tempoh dua tahun ini. Antara kejayaan besar yang diraih Echeverria adalah ketika […]