Habib Haroon Mahu Kekal Lebih Lama Di Malaysia

Pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon mengesahkan bahawa dirinya masih mahu beraksi di Liga Malaysia musim hadapan meskipun tidak bersama Terengganu lagi. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berkata bahawa beliau akan meninggalkan naib juara Piala Malaysia 2023 itu. ”Saya tinggalkan pasukan Terengganu kerana mahu mencuba di tempat lain”, kata […]

JDT Penyumbang Utama Faktor Kehadiran Penyokong Tertinggi Di Tempat Lawan

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang utama kepada faktor kehadiran penyokong tertinggi apabila pasukan turun beraksi di gelanggang lawan. Pasukan milik DYAM TMJ sudah mengesahkan kejuaraan sedekad Liga Super pada tahun ini termasuklah mengulangi pencapaian tahun lalu apabila merangkul ‘double quadruple’ pada tahun ini. Skuad Harimau Selatan berjaya menyumbang kepada […]

Media Korea Bocorkan Berita Perpindahan Bintang Baharu Kedah

Salah sebuah media di Korea telah pun membocorkan berita perpindahan seorang bintang FC Seoul, Osmar Barba yang difahamkan bakal menyertai Kedah Darul Aman bagi musim 2024. Pemain kelahiran Sepanyol itu merupakan bintang utama buat kelab Korea itu yang telah menamatkan saingan di tangga ke-7 musim ini. Bekas bintang Buriram United itu dilaporkan sudah mengucapkan selamat […]

Indra Putra Catat Rekod Jaringan Aneh Musim Ini

Penyerang terkenal, Indra Putra Mahayuddin memilik rekod jaringan yang aneh untuk musim ini bersama Kelantan United. Indra Putra mencatat 6 gol untuk musim ini dan kesemua jaringan tersebut adalah daripada situasi bola mati. Penyerang berusia 42 tahun ini telah menjaringkan 4 gol dalam aksi Liga Super, 1 dalam saingan Piala Malaysia dan 1 gol dalam […]

Diogo Umum Persaraan Mengejutkan

Penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Diogo Luis Santo mengejutkan ramai penyokong Harimau Selatan dengan mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak. Pengumuman mengejut itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya hari ini. Diogo, 36, menyifatkan masa ini sebagai masa paling tepat untuk berundur meskipun mengakui keputusan ini amat berat untuk dilakukan. Bekas […]

“Fokus Kepada Kelab Sendiri, Kami Dah Terlampau Jauh” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menasihati kelompok tertentu agar fokus kepada kelab masing-masing. Ini kerana pada hemat baginda, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kini berada pada tahap berbeza dan terus mencipta rekod demi rekod setiap tahun. Justeru, Tunku Ismail melihat sudah tiba masanya usaha membanding-bandingkan […]

Skuad Futsal Selangor Asah Taring Di Vietnam

Sebagai persiapan mengharungi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim hadapan, skuad futsal Selangor FC bakal bertolak ke Vietnam hari ini. Pasukan yang dibimbing jurulatih Brazil, Edgar Baldasso itu bakal menyertai kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 23 hingga 29 Disember ini menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari rantau Asia […]

JDT Catat Kehadiran Tertinggi Liga Super Musim 2023

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya merekodkan satu lagi pencapaian luar biasa menerusi kehadiran tertinggi penonton bagi aksi Liga Super musim ini. Skuad Harimau Selatan merekodkan kejayaan sedekad apabila mendominasi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Kejayaan ini diserikan lagi apabila pasukan milik DYAM TMJ berjaya merangkul ‘double quadruple’ selepas mengekalkan […]

Akram Mahinan Selangkah Ke Terengganu

Pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Akram Mahinan dikhabarkan tidak akan kekal bersama pasukan ‘ibu kota’ itu apabila difahamkan bakal menyertai Terengganu FC musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu ciapannya di laman X rasmi beliau sebentar tadi. “Akram Mahinan dijangka ke Terengganu, urusan perpindahan difahamkan […]

Shin Tae-yong Terpaksa Selamatkan Karier Pratama Arhan

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini telah mengumumkan 29 pemain yang akan mengikuti latihan dan perlawanan ujian di Turki menjelang Piala Asia 2023 bulan depan. Pertahanan kiri Tokyo Verdy, Pratama Arhan adalah merupakan salah seorang pemain yang turut dipanggil Tae-yong. Biarpun minit perlawanan yang dirasai di Jepun sangat sedikit, namun Shin Tae-yong mempunyai sebab tersendiri […]

Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini. Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), […]

Selangor Naik Taraf Stadium MBPJ, Persiapan Aksi Asia Tahun Hadapan

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada musim hadapan, ramai penyokong Selangor ingin tahu di mana pasukan itu akan bermain pada musim depan. Persoalan ini timbul kerana ramai penyokong bimbang Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dilabel tidak sesuai dijadikan sebagai gelanggang rasmi Merah Kuning untuk ACL2. Jika situasi ini berlaku, […]

Malaysia Sasar Tiga Lawan Berprofil Tinggi Sebelum Ke Piala Asia

Malaysia mensasarkan untuk mencari lawan yang setara dengan Arab Saudi sebagai persiapan sebelum melangkah ke Piala Asia di Qatar awal tahun hadapan. Harimau Malaya mendapat khabar yang kurang baik selepas pasukan kebangsaan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk menolak pelawaan bagi berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan. Hal ini susulan kerisauan yang timbul oleh ketua jurulatih […]

Penang Sambar Muhaimin Izuddin?

Selepas memilih meninggalkan pasukan Kelantan FC baru-baru ini, Muhaimin Izuddin Asri dilaporkan bakal beraksi untuk Penang FC pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan yang dibuat wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, beliau telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyertai skuad Harimau Kumbang. Antara sebab Muhaimin berminat menyertai Penang ialah keinginan bekerjasama dengan ketua jurulatih Akmal Rizal Ahmad […]

Pencari Bakat Belgium Samakan Arif Aiman dengan Bintang Muda Villarreal

Kemenjadian prestasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah membuka mata banyak pihak terutamanya pencari bakat. Salah seorang pencari bakat dari Belgium, Jacek Kulig baru-baru ini telah menyenaraikan nama Arif Aiman sebagai salah seorang bakat yang menjadi tumpuan. Jacek Kulig turut mengesan kekuatan yang pada Arif yang mana merangkumi beberapa aspek seperti kekuatan […]

Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023. Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat […]