Syamer Kutty & Dua Bintang JDT Dalam Pantauan Kelab Utara Tanah Air

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty dilaporkan berada dalam pemerhatian Penang untuk memperkuat barisan tengah kelab utara tanah air itu. Selain Syamer Kutty, dua bintang JDT yang turut diperhatikan Penang adalah pemain tengah, Danial Amier dan tonggak pertahanan, Adam Nor Azlin. Khabar angin ini mendapat perhatian ramai khususnya penyokong Harimau Kumbang setelah dimuatnaik […]

Laman Pencari Bakat Terkemuka Mula Berbicara Tentang Arif Aiman

Bakat besar yang dimiliki pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi terus menjadi tumpuan peninjau bakat. Terbaru, Emirhan Scouting mempersembahkan analisis mereka tentang tonggak utama Harimau Selatan itu awal pagi tadi. Dari segi kelebihan yang dimiliki pemain berusia 21 tahun itu, Arif kelihatan tenang setiap kali menerima dan mengawal bola. Ini ditambah dengan kemahiran teknikal yang […]

Korea Selatan Bawa Skuad Ampuh Berdepan Malaysia

Dengan Malaysia berada dalam kumpulan Piala Asia 2023 yang sama dengan Korea Selatan, pasukan itu dijangka menurunkan skuad terkuat mereka untuk kejohanan itu. Meskipun pengumuman skuad Piala Asia itu bakal dibuat pada 28 Disember ini, ramai penyokong Korea Selatan boleh meneka siapa yang bakal dibawa oleh Jurgen Klinsmann. Pemain-pemain Korea Selatan yang berpangkalan di luar […]

CEO Terengganu Mahu Cabar Kedudukan 4 Pasukan Liga Super

Pengurusan Terengganu FC mahu melihat pasukan itu mencabar kedudukan empat teratas Liga Super pada musim hadapan. Hasrat itu diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC (TFC), Mohd Sabri Abas bila ditemubual Nadi Arena semalam. Walaupun Terengganu menamatkan musim di tangga keenam musim ini, skuad yang dibimbing Tomislav Steinbruckner itu berjaya mara ke final Piala Malaysia […]

Azfar Fikri Jadi Pemain Kedua Sertai Perak

Selepas Tommy Mawat Bada, Perak FC pantas menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan pasukan itu untuk musim 2024-2025. Hari ini, The Bos Gaurus mengumumkan perpindahan pemain muda Terengganu FC II, Nur Azfar Fikri Azhar di laman media sosial mereka. “Pemain tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025. “Kaka” sebelum ini pernah […]

Info Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: China U-23 vs Malaysia U-23, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan China U-23 dan juga Malaysia U-23 bakal berlangsung dengan cukup sengit sebagai persiapan pasukan ke pentas Piala Asia, April tahun hadapan. Perlawanan yang berlangsung di Shanghai, China itu bakal menjadi aksi yang cukup penting buat jurulatih baharu negara, Juan Torres Garrido yang mula mangambil alih pasukan. Hal ini susulan peletakan […]

Malaysia Bakal Bertemu Pasukan Ke-3 Terbaik Asia Kurang Sebulan

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan pertembungan antara pasukan kebangsaan berdepan pasukan ke-3 terbaik Asia tidak lama lagi. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi kempen cemerlang tahun ini terutamanya selepas membenam dua lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia memperoleh tambahan +26.1 mata untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia. Skuad kebangsaan bagaimanapun bergelut untuk […]

Sri Pahang Perlukan Barisan Penyerang Berkualiti

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui pasukan itu memerlukan barisan penyerang berkualiti untuk tampil lebih cemerlang dalam liga musim hadapan. Musim 2023 menyaksikan skuad Tok Gajah hanya menjaringkan 44 gol dengan kebanyakan gol disumbang peledak Liberia, Kpah Sherman. Ini sama sekali berbeza dengan empat pasukan teratas mereka yang memiliki kelebihan gol yang besar. Johor […]

Sabah Terima Wang Agihan Hampir RM2 Juta

Pasukan tangga ketiga Liga Super 2023, Sabah FC menerim khabar yang cukup memberangsangkan selepas bakal wang agihan mencecah RM2 Juta. The Rhinos berjaya mengekalkan aksi konsisten pada musim ini selepas menamatkan saingan di tangga ketiga selain melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean. Anak didik Ong Kim Swee bakal bertemu gergasi Australia, Macarthur […]

Piala Kelab Dunia: Man City Muncul Juara, Belasah Fluminense

Juara treble musim 2022-2023, Man City menggondol trofi kelima mereka dengan muncul juara Piala Kelab Dunia 2023. Ini selepas kelab gergasi England dari Manchester itu menewaskan juara Copa Libertadores 2023, Fluminense dalam aksi final di Bandar Sukan Raja Abdullah, Jeddah, Arab Saudi hari ini. City berharap dapat menambah koleksi trofi mereka selepas meraih Liga Perdana […]

Piala Kelab Dunia: Al-Ahly Rangkul Tempat Ketiga, Atasi Cabaran Urawa Reds

Al-Ahly terpaksa bekerja keras sebelum menggondol tempat ketiga Piala Kelab Dunia FIFA edisi 2023. Kejayaan wakil benua Afrika itu dicapai selepas mengatasi cabaran juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas, Urawa Reds dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. The Red Devils bukan saja mahu mengulangi pencapaian tempat ketiga […]

China Berdepan Krisis Besar, Jurulatih & Pemain Tak Sehaluan

Persiapan China menghadapi Piala Asia 2023 dilanda krisis susulan perselisihan membabitkan jurulatih, Aleksandar Jankovic dan pemain tengah Beijing Guoan, Nico Yennaris. China Sports Vision 2050 melaporkan Yennaris atau nama lainnya, Li Ke digugurkan oleh Jankovic daripada skuad awal Piala Asia 2023 China atas sebab lewat menghadiri sesi latihan. Sebelum ini, media China termasuk portal sama […]

Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memcatatkan satu pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah kentungan jualan tiket terbuka paling tinggi di Liga Super bagi musim 2023. The Red Giants berjaya mempamerkan kebangkitan musim ini selepas berjaya menamatkan saingan di tangga kedua sekaligus memperoleh slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi tahun 2024. Prestasi membanggakan […]

Tchetche Kipre Ingin Kekal Meledak Di Liga Malaysia

Selepas meninggalkan KL City FC, Tchetche Kipre berharap dapat terus memperaga bakat sebagai penyerang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Hasrat ini diluahkan Kipre bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman untuk Nadi Arena hari ini. Penyerang yang kini berusia 36 tahun itu melihat kekal di Liga M sebagai pilihan logik dengan mengambil kira faktor […]

Tiga Nama Dalam Radar Jaguh Eropah

Kelab gergasi Eropah kini mula memantau aksi pemain yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) untuk dibawa ke Eropah. Tiga nama pemain bintang Asia mula dikaitkan dengan perpindahan ke liga yang lebih berprestij setelah berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau di Asia. Hal ini termasuklah persembahan yang dipamerkan dalam kancah domestik sekaligus bakal menyaksikan beberapa […]

Luis Suarez & Lionel Messi Kembali Bersatu

Penyerang legenda Uruguay, Luis Suarez bakal kembali bergandingan dengan rakan baiknya yang juga legenda Argentina, Lionel Messi. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan bekas penyerang Gremio itu menyertai Messi di Inter Miami dengan kontrak setahun. Sekiranya kempen Suarez berjalan lancar dalam saingan Major League Soccer (MLS) pada musim hadapan, The Herons boleh mengaktifkan klausa lanjutan […]