AFC MA Ranking: Kedudukan Malaysia Selepas Selangor Tumbangkan Jeonbuk Hyundai

Kedudukan AFC MA Ranking Malaysia terus mengukuh selepas wakil Malaysia, Selangor FC menundukkan Jeonbuk Hyundai Motors. Skuad kendalian Nidzam Jamil berterima kasih kepada jaringan daripada Harith Haiqal dan juga Ali Owan untuk memastikan Gergasi Merah kebal selepas tiga perlawanan. Kemenangan itu membolehkan Selangor mengukuhkan kedudukan pada tangga teratas kumpulan dengan 7 mata untuk mencerahkan peluang […]

“Kemasukan Bergson Agak Lambat” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan berpandangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) lewat memasukkan Bergson da Silva dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Aksi terbaru ACLE menyaksikan JDT tunduk 3-1 kepada kelab Korea Selatan, Gwangju FC di Stadium Yongin Mireu pada 22 Oktober lalu. Dua gol Jasir Asani dan gol sendiri Park […]

UCL: Barcelona ‘Ratah’ Bayern Munich

Barcelona terus mengekalkan rentak kemenangan apabila membelasah Bayern Munich 4-1 dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Die Roten mahu bangkit dalam saingan UCL selepas sebelum ini tewas kepada Aston Villa. Sementara Barca pula mahu menambah satu lagi kemenangan selepas membelasah BSC Young Boys 5-0. Inaki Pena menjadi pilihan Hansi Flick untuk mengawal gawang Barcelona. […]

Zainal Abidin: Jeonbuk Tak Ada Apa Yang Selangor Ada

Lagenda Selangor, Zainal Abidin Hassan yakin pasukan Korea, Jeonbuk Hyundai tidak memiliki kualiti yang dibawa oleh pasukan tuan rumah. Dua jaringan pantas oleh Haritu Haiqal dan juga Ali Olwan masing-masing pada minit ke-31 dan 33 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Gergasi Merah. Bekas pengendali Melaka United itu teruja dengan percaturan yang digunakan oleh […]

UCL: Liverpool Gah Tambah Derita RB Leipzig

Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan membenam cabaran wakil dari Jerman, RB Leipzig pada awal pagi Khamis. Setelah menumpaskan dua wakil Itali sebelum ini, Liverpool berkunjung ke laman RB Leipzig yang masih mencari-cari kemenangan pertama di pentas Eropah selepas tewas tipis sebelum ini. Kesebelasan utama Liverpool ditunjangi nama-nama seperti […]

Malaysia & Skuad Wanita Arab Saudi Sama Hebat

Skuad wanita Malaysia memulakan siri persahabatan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan seri ketika berdepan Arab Saudi pada awal pagi Khamis. Sebagai persiapan menghadapi AFF Women’s Cup, pasukan negara bimbingan Soleen Al Zoubi terbang ke UAE selama seminggu bagi mengadakan dua perlawanan persahabatan. Steffi Sarge kekal mengetuai barisan Malayan Tigress pada aksi kali ini […]

Nidzam Jamil: 3 Mata Kembalikan Keyakinan Penyokong Selangor

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengakui teruja dengan prestasi barisan anak buahnya dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Aksi terbaru Kumpulan H menyaksikan Selangor menjadi pendahulu baru kumpulan selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors. Gol Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Olwan memastikan penyokong Merah Kuning pulang dengan gembira. Manakala Kwon […]

ACL2: DH Cebu Rampas Mata Berharga Dari Muangthong United

Kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC (DH Cebu) mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum mengikat kelab gergasi Thailand, Muangthong United pada Rabu. Muangthong yang beraksi di gelanggang sendiri telah membariskan skuad terkuat dengan bekas pemain Liverpool, Aly Cissokho menjadi tunjang di bahagian pertahanan manakala DH Cebu pula memulakan permainan dengan lima pemain diletakkan di bahagian […]

Kelayakan Piala Asia B-17: UAE Benam Malaysia

Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan Emeriah Arab Bersatu (UAE) menundukkan Malaysia pada aksi pembukaan. Skuad kendalian Javier Ribera turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Naqqiuddin, Awal Wafiy, Tengku Hasyri dan juga Arayyan Hakeem membarisi kesebelasan utama. Usaha mencari jaringan terhalang buat skuad muda negara dengan pasukan lawan membuka tirai jaringan menerusi pemain muda […]

ACLE: Kad Merah Bantu Shanghai Shenhua Benam Kawasaki Frontale

Shanghai Shenhua berjaya meraih tiga mata berharga ke atas Kawasaki Frontale setelah menumbangkan kelab Jepun itu dengan jaringan 2-0. Shanghai Shenhua mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mendaki tangga ke-4 kumpulan A setelah tewas dalam aksi sebelumnya. Kelab dari China itu mempertaruhkan bisa Cephas Malele dan Andre Luis dalam membolosi […]

ACL2: Selangor ‘Diamkan’ Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ

Aksi saingan saingan AFC Champions League 2 (ACL2) menyaksikan Selangor berjaya mencipta kejutan menewaskan Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan bagi perlawanan ketiga saingan ACL2 kumpulan H. Selepas setengah jam permainan, Selangor berjaya mendahului menerusi ketua pasukan, Harith Haiqal bagi gol pertama pasukan.  Kemudiannya, selang […]

ACL2: Selangor Terlalu Berbisa, Tinggal Jeonbuk Hyundai 2-1 Babak Pertama

Selangor FC meraih pendahuluan dalam separuh masa pertama aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2(ACL2) dengan Jeonbuk Hyundai Motors. Jeonbuk mahu bangkit selepas tewas 2-0 kepada Daejeon Hana Citizens baru-baru ini. Manakala Selangor mahu melupakan memori diikat PDRM 1-1 dalam aksi Liga Super pada 19 Oktober lalu. Tanpa empat tonggak utama termasuk Alvin Fortes, Merah Kuning […]

Kim Pan-gon ‘Sengsara’ Di Ulsan HD

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon terus dilanda tekanan hebat untuk mengemudi jaguh Korea itu. Bekas pengendali Malaysia itu berdepan cabaran luar biasa selepas tewas kali ketiga dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) kepada Vissel Kobe dengan keputusan 2-0. Sebelum ini, Ulsan HD telah pun tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0 sebelum dibelasah […]

Skuad Muda Tajikistan Cipta Rekod Asia, Belasah Guam 33-0

Tajikistan memulakan saingan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 dengan melakar rekod baharu buat Asia apabila membelasah Guam 33-0. Diundi di kumpulan J, Tajikistan dijadualkan bertemu Guam di aksi pertama tatkala tuan rumah kelayakan, Singapura pula berdepan ujian jaguh dari Teluk Tengah, Oman. Di babak pertama, Tajikistan bermula garang apabila Nazrullo Ashuralizoda menyumbat 5 gol di […]

ACLE: Ulsan HD Terus Jadi Belasahan, Dimalukan Vissel Kobe

Pasukan Ulsan HD terpaksa akur selepas tewas kepada Vissel Kobe dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Eite (ACLE) hari ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon turun dengan harapan mencatat mata pertama dalam saingan ACLE sementara Vissel Kobe memburu kemenangan kedua. Aksi di separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 0-0. Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan di babak […]

ACL2: Harith Haiqal Ketuai Selangor Hadapi Jeonbuk Hyundai

Pertahanan muda, Harith Haiqal mengetuai barisan pemain Selangor pada aksi ketiga AFC Champions League 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan motivasi tinggi setelah meraih 4 mata dalam dua aksi terdahulu meskipun kehilangan rentak apabila diikat seri bertemu PDRM Sabtu lalu. Gergasi Merah juga bakal berdepan cabaran juara Liga Korea 9 kali ini […]