Kedah Nafi Sambar Pemain Bintang Liga Korea

Susulan khabar angin bek tengah Sepanyol, Osmar Barba bakal menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC), pengurus pasukan Joe Rozi tampil menjawab spekulasi berkenaan. Beliau menafikan bekas kapten FC Seoul itu akan menyertai Kedah selepas tamat kontrak bersama pasukan K-League 1 itu. Penafian ini dibuat kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena […]

Kelantan Catat Keuntungan Lebih Setengah Juta Jualan Tiket Terbuka Liga Super 2023

Pasukan Liga Super 2023, TRW Kelantan FC berjaya mengubati musim yang suram apabila mencatatkan keuntungan jualan tiket terbuka mencecah lebih setengah juta. The Red Warriors diuji dengan pelbagai perkara termasuklah hampir semua pemain bintang pasukan yang membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan lebih awal. Skuad kendalian Alfredo Vera mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga tercorot […]

3 Penyerang Tempatan Tampil Menyengat Musim Ini

Kelibat penyerang tempatan sentiasa menjadi perhatian penyokong liga Malaysia ekoran posisi itu kerap kali diberikan kepada pemain import ketika ini. Berikut merupakan 3 penyerang tempatan yang tampil menyengat dalam saingan liga Malaysia musim 2023: 1. Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC) Shahrel Fikri pamer kebangkitan bersama Negeri Sembilan untuk kembali meledak jaringan dalam saingan Liga Super. […]

Afiq Fazail: Saya Ikut Arahan Kim Pan-gon

Pemain tengah Harimau Malaya, Afiq Fazail hanya mahu memberikan yang terbaik dan mengikuti arahan serta perancangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama Malaysia. Bintang berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah hampir 4 tahun tidak mendapat panggilan. Beliau mengakui merasai perasaan yang amat teruja setelah kembali mendapat tempat bersama Malaysia. “Bagi saya semuanya […]

Tanda Harga Faisal Halim Kini Cecah RM2 Juta

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencatatkan nilai pasaran yang amat memberangsangkan apabila tanda harganya kini melepas angka RM2 Juta. Bintang sensasi The Red Giants ini membuat keputusan untuk membawa haluan baharu ke Lembah Klang dan meninggalkan Terengganu FC pada musim ini. Keputusannya dilihat tepat apabila beliau mula menjadi tunang utama pasukan di bawah […]

Selangor Futsal Mengamuk Di Vietnam, Belasah Black Pearl United

Hatrik pemain import baru skuad futsal Selangor FC, Wellington Pereira Rodrigues Adao membantu mereka membelasah wakil Thailand, Black Pearl United 5-2. Selangor yang segar daripada kemenangan 3-0 ke atas Sanvinest Khanh Hoa semalam bersemangat memburu kemenangan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol pendahuluan. Bagaimanapun, sentuhan penyudah Selangor lebih klinikal […]

Masa Depan Sergio Jamur Sudah Terjawab

Selepas meninggalkan Pahang Rangers baru-baru ini, ramai ingin tahu destinasi terbaru pemain import Brazil, Sergio Jamur. Jamur sah menyertai kelab Brazil, Jaragua. Ini disahkan menerusi pengumuman bersama kelab itu dan beliau di Instagram beberapa hari lepas. Pengumuman ini sekaligus mematikan khabar angin bahawa beliau akan beralih angin ke selatan tanah air untuk musim 2024. Jamur […]

3 Sebab Liga Super 2024/25 Bermula Mei Tahun Hadapan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula pada 3-5 Mei 2024 dan berlangsung sehingga April 2025. Sebelum ini, ramai menjangkakan musim baru Liga Super bakal bermula pada pertengahan April 2024. Bagaimanapun, sedikit perubahan dibuat MFL dengan mengambil kira beberapa faktor. Pertama, ramai pemain negara bakal menggalas cabaran Malaysia dalam […]

Indonesia Dalam Posisi Terbaik Pintas Filipina & Malaysia

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Filipina dan Malaysia sekiranya mencatatkan keputusan positif di aksi Piala Asia 2023. Skuad bimbingan Shin Tae-yong mengharungi tempoh yang agak mencabar selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026. Sang Garuda merekodkan keputusan seri 1-1 berdepan Filipina namun sudah pun tewas besar dengan keputusan 5-1 pada […]

Thailand Bawa Skuad Tempang Ke Qatar

Thailand mendapat tamparan hebat menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal berlangsung pada 12 Januari ini. SNE Sports melaporkan penyerang berbisa skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda terpaksa menarik diri daripada pasukan yang dibimbing Masatada Ishii itu. Teerasil dilaporkan mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa perlawanan Thai FA Cup membabitkan BG Pathum United […]

China Singkirkan Pemain Naturalisasi Dari Skuad Piala Asia

Piala Asia 2023 menyaksikan China bakal turun tanpa kelibat pemain-pemain naturalisasi mereka. Ini berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) baru-baru ini. Pemain naturalisasi seperti Elkesen sekali lagi disisihkan Aleksandar Jankovic untuk skuad kali ini selepas tidak dipilih untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Ini menunjukkan China mula memberi penekanan kepada […]

“Untung Siapa Dapat Budak Ini” – Akram Mahinan

Pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan percaya mana-mana pasukan yang mendapat khidmat rakan sepasukannya, Azim Al Amin Kamaruddin sebagai pasukan yang bertuah. Pemain tengah berusia 30 tahun itu berpandangan sedemikian kerana yakin dengan kemampuan beliau sebagai penjaga gol yang boleh diharap. Ini selepas Azim mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) […]

Malaysia Terima Amaran Awal Jordan

Malaysia bakal menghadapi tentangan yang lebih hebat daripada Jordan di Piala Asia selepas pasukan itu bakal mengasah taring dengan bertemu dua pasukan Piala Dunia. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menghadapi cabaran hebat di pentas berprestij Asia tersebut apabila diundi berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dalam misi memburu tempat ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut. Persediaan […]

“Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Ini Pula Tempat Mencipta Nama” – Amri Yahyah

Lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas pasukannya, Selangor Fc yang memberikan penghargaan kepadanya. Pemain berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa beliau sudah pun membuat keputusan untuk menggantung but selepas mengharungi hampir dua dekad karier yang penuh warna warni. Perlawanan berdepan Kedah Darul Aman menjadi detik terakhir buatnya sebagai pemain bola […]

Jurgen Klopp Cederakan Pemain Liverpool Sendiri

Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mengalami detik aneh apabila tidak sengaja mencederakan pemainnya sendiri iaitu Kostas Tsimikas. Dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1 menentang Arsenal, Jurgen Klopp telah bertembung dengan Tsimikas yang sedang merebut bola daripada Bukayo Saka. Tsimikas yang terjatuh ekoran perebutan itu kemudian bertembung dengan Jurgen Klopp yang kemudiannya tersungkur menimpa pemain Liverpool […]

Zaquan Adha Mahu Bergandingan Semula Dengan Aidil Zafuan

Zaquan Adha menyatakan hasrat beliau untuk bergandingan semula bersama kembarnya, Aidil Zafuan sebelum bersara daripada arena bola sepak. “Memang menjadi impian saya namun hala tuju Aidil dan saya ketika ini berbeza kerana kami mempunyai pilihan tersendiri.” “Kami bermain bola daripada mulanya bersama dan kalau boleh saya mahu mengakhirinya bersama-sama juga.” ujar Zaquan sewaktu ditemu bual […]