Jordi Amat Dituduh Liburan, Padahal Pemulihan Cedera

Bek Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat, mendapatkan sorotan dari pecinta sepak bola Indonesia lantaran tak kunjung bergabung pada pemusatan latihan (TC) skuat Garuda di Turki. Dikarenakan tidak ada penjelasan dari PSSI, kemudian muncul spekulasi-spekulasi. Salah satunya adalah dari pengamat sepak bola, Akmal Marhali, yang menyebut dang pemain sedang liburan. Namun, kabar itu langsung dibantah […]

EPL: Man City Leburkan Perjuangan Hebat Everton

Man City terpaksa bekerja keras di Goodison Park hari ini sebelum berjaya mengalahkan kelab Merseyside, Everton 3-1. Segar daripada kejayaan menggondol gelaran juara Piala Kelab Dunia FIFA, City kini fokus untuk menghambat Liverpool dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga. Manakala Everton pula mahu bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi […]

Amirudin Shari: Impian Penyokong Selangor Semakin Hampir

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa impian dan penantian para penyokong Selangor FC untuk memiliki stadium sendiri semakin hampir. Beliau berkongsi perkhabaran gembira ini di laman sosial miliknya sekaligus memberi bayangan bahawa kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi. YB Amirudin sebelum ini menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna di […]

Kelab Liga India Berminat Dapatkan Bintang Terengganu

Pemain-pemain Terengganu kini sedang hangat bagai ‘pisang goreng’ apabila dikaitkan dengan pelbagai khabar angin menjelang perpindahan musim hadapan. Terbaru, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi berita berkenaan sebuah kelab di Liga India berminat untuk menandatangani pemain sayap kiri Terengganu FC, Sony Norde. “Sony Norde akui ada terima tawaran dari sebuah kelab gergasi di Liga Super […]

“Ahli Persatuan Disuap, Dipaksa Tutup Mulut Untuk Kekal Berkuasa”

Seorang individu yang amat berpengaruh dalam arena sukan negara difahamkan bertindak secara luar kawalan untuk mengekalkan kuasanya termasuklah memberi suapan kepada ahli gabungan persatuannya. Perkara ini telah dilaporkan oleh wartawan Ultrasukan, Syafiq Freman pada awalnya yang melibatkan seorang individu besar dalam arena sukan yang bertindak melampaui batas. Beliau difahamkan telah melantik anaknya sendiri untuk mewakili […]

Jay Idzes Sudah Tiba Di Indonesia, Tak Sabar Sumpah WNI

Pemain keturunan Belanda-Indonesia, Jay Idzes, sudah tiba di Indonesia pada Rabu (27/12/2023) sore WIB. Kehadirannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menjalani sumpah WNI. Rencananya sumpah WNI akan dilaksanakan pada Kamis (28/12/2023) pukul 08.00 WIB di Kantor Wilayah Kemenkumham DKI Jakarta. Jay Idzes merasa antusias dan sudah taidk sabar ingin segera melakukan sumpah WNI. […]

Rasmus Hojlund Menangis Jaringkan Gol Buat Man United

Kemenangan 3-2 Man United ke atas Aston Villa pada awal pagi tadi bukan saja menamatkan penantian kemenangan United selepas empat perlawanan. Malah, perlawanan ini istimewa buat penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund kerana menjaringkan gol pertamanya untuk The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Rembatan beliau yang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez pada minit […]

Selangor Futsal Terlepas Tiket Ke Final, Dibelasah Sahako

Selangor gagal meneruskan kecemerlangannya dalam aksi pra musim setelah tumbang kepada wakil Vietnam, Sahako FC dalam aksi separuh akhir Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Selangor yang turun sebagai juara kumpulan B dilihat sedikit goyah dan peluang itu dimanfaatkan Sahako untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi pemain berjersi nombor tiga. Belum sempat […]

Masatada Ishii: Kita Mahu Tunjukkan Potensi Thailand

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii melihat aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari 2024 sebagai medan terbaik memperlihatkan potensi Thailand. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional Jepun, Tokyo itu merupakan perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih Thailand selepas menggantikan jurulatih sebelumnya, Mano Polking. Lantas, perlawanan tersebut dilihat peluang buat Ishii menilai barisan pemain yang ada sebelum […]

Sikh Izhan Mahu Buktikan Sesuatu Bersama Malaysia

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui merasa bertuah dapat menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk saingan Piala Asia 2023. Sikh Izhan sebelum ini dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa pada Mac dan Jun 2023 serta dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu. Jurulatih negara, Kim Pan-gon turut memberinya peluang […]

Romel Morales Sedia Penuhi Tuntutan Kim Pan-gon Demi Malaysia

Pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales teruja untuk membantu Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi. Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya dan sudah pun membuat kemunculan semasa hari pertama latihan. Beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Malaysia bersama rakan […]

Vietnam Bawa ‘Jackie Chan’ Hadapi Indonesia?

Vietnam telah mengumumkan 34 pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan dengan 26 pemain terakhir akan diumumkan untuk dibawa ke Piala Asia 2023 bulan hadapan. Antara nama-nama besar yang dipanggil oleh jurulatih Vietnam, Philippe Troussier adalah Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan penjaga gol kacukan Vietnam-Republik Czech, Filip Nguyen. Daripada 34 nama yang […]

Alejandro Garnacho Cipta Sensasi Padam Rekod Micheal Owen

Pemain muda Manchester United, Alejandro Garnaco mencipta sensasi tersendiri apabila menjadi nadi kebangkitan luar biasa kelab gergasi sebelum mencapai kemenangan 3-2 mengatasi Aston Villa awal pagi tadi. Dalam perlawanan tersebut, United ketinggalan 0-2 kepada Aston Villa pada separuh masa pertama melalui jaringan John McGinn dan Leander Dendoncker. Pada separuh masa kedua, Garnacho mempamerkan bisa beliau […]

Pemain Berbisa Brazil, Murilo Saad Sertai Pahang Rangers

Selepas kehilangan khidmat bintang import dari Brazil, Sergio Jamur, cabaran Pahang Rangers dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 kembali diperkuat seorang lagi pemain import. Juara MPFL 2023 itu berjaya mendapatkan khidmat rakan senegara Jamur, Murilo Carlos Saad. Pengumuman perpindahan beliau dibuat hari ini di laman media sosial Pahang Rangers. Sebelum ini, kelab berkenaan membuatkan […]

“Kita Perlu Berpijak Di Bumi Yang Nyata” – Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin tidak mahu membebankan skuad kebangsaan dengan sasaran yang tidak masuk akal di Piala Asia 2023 bulan hadapan. Jelas Hamidin, Malaysia perlu berpijak di bumi yang nyata dengan melihat kedudukan ranking pasukan lawan yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Jika Malaysia berjaya mara […]

Siaran Sesi Latihan Harimau Malaya: Venue, Barisan Pemain & Perkembangan Terkini

Latihan pasukan Harimau Malaya telah berlangsung pada 26 Disember 2023 (Selasa) menyaksikan barisan pemain tiba dengan penuh semangat pada hari pertama latihan. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil seramai 26 orang pemain ke kem latihan pusat dengan kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales mencuri tumpuan. Senyuman kelihatan di wajah barisan pemain terutamanya […]