Jurgen Klopp Harap Mesir Tersingkir Awal Di Piala AFCON

Jurgen Klopp berharap Mesir akan tersingkir awal di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) demi mendapatkan kembali khidmat pemain bintang, Mohamed Salah. Liverpool akan bermain tanpa kelibat Mohamed Salah bermula aksi menentang Arsenal dalam saingan Piala FA dan mungkin berlanjutan sehingga pertengahan Februari jika Mesir layak ke peringkat kalah mati. Salah menjadi pemain penting Liverpool ketika ini […]
“Pengalaman Luas Natxo Insa Suntik Kualiti Harimau Malaya” – Stuart Wilkin

Pengalaman luas Natxo Insa mampu suntik kualiti Malaysia di Piala Asia kelak menurut perkongsian pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin. Malah Stuart melihat kehadiran pemain berusia 37 tahun itu sebagai tonik tambahan dan bukan ancaman terhadap posisi beliau. “Malaysia memiliki ramai pemain tengah berbakat terutamanya mereka yang telah terpilih kali ini. Pengalaman Natxo Insa dan […]
Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan. Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi […]
Marselino Ferdinan Dirujak Netizen: Ngerasa Bintang? Kebanyakan Makan Mi

Gelandang Timnas Indonesia, Marselino Ferdinan, dirujak oleh netizen karena performanya yang kurang mengesankan dalam pertandingan uji coba kedua melawan Libya di Stadion Titanic Mardan, Turki, Jumat (5/1/2024). Tak seperti uji coba pertama, pada pertandingan ini Marselino Ferdinan turun sejak menit awal. Sayangnya, performanya jauh dari harapan. Pemain KMKSK Deinze itu dirasa terlal egois sebagai seorang […]
Aksi Malaysia & Korea Selatan Di Piala Asia Bakal Disiarkan Secara Percuma

Aksi ketiga di Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air tatkala pertemuan menentang jaguh Asia, Korea Selatan bakal disiarkan secara percuma. Malaysia berjaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini. Menerusi lama sosial X, Timbalan Menteri Belia […]
Jordan Bangkit Kejutkan Qatar

Jordan bangkit menewaskan Qatar 2-1 dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia. Qatar terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan sewaktu minit ke-16 hasil jaringan pemain sayap Akram Afif. Aksi separuh masa pertama tamat dengan Qatar mendahului Jordan 1-0. Memasuki babak kedua perlawanan, Jordan kembali mengatur serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas 5 […]
Piala Asia: FIFA Kongsi 5 Pemain Tumpuan, Bintang Malaysia Turut Tersenarai

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah berkongsi 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan di Piala Asia 2023 dimana bintang muda Malaysia turut tersenarai. 5 pemain ini mempamerkan aksi luar biasa dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari sekali gus berjaya menarik perhatian FIFA. 1. Junya Ito (Jepun) Kelincahan Junya Ito telah membantu Jepun […]
Indonesia ‘Dibantai’ Libya Sekali Lagi

Hasrat Indonesia untuk membalas dendam terhadap Libya tidak menjadi kenyataan apabila sekali lagi tewas dalam aksi persahabatan sebentar tadi. Indonesia yang menurunkan barisan terkuat berjaya di hadapan seawal minit ke-6 perlawanan melalui penyudah Yakob Sayuri yang menyudahkan hantaran Ivan Jenner. Tersentak dengan jaringan itu, Libya menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Kegembiraan Indonesia hanya bertahan […]
Junior Eldstal: Kami Datang Bukan Sekadar Menyertai Tetapi Untuk Bersaing

Pertahanan berpengalaman, Junior Eldstal telah berkongsi rasa teruja membawa nama Malaysia ke pentas besar Piala Asia 2023 di Qatar. “Saya punya matlamat ialah bermain untuk negara. Apabila saya mendapat peluang ini saya amat menghargai kepercayaan Kim Pan-gon terhadap saya.” “Kami mempunyai persefahaman yang bagus. Jurulatih Kim Pan-gon tahu kualiti yang ada pada saya dan dia […]
JDT Jadi ‘Gudang’ Pemain Di Piala Asia

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan yang memiliki wakil pemain paling ramai yang bakal beraksi di pentas Piala Asia untuk edisi kali ini. Dalam satu artikel yang diterbitkan badan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), AFC mengesahkan JDT sebagai kelab yang menjadi penyumbang terbesar pemain buat negara-negara yang beraksi di pentas Piala Asia 2023. Seramai […]
Hamidin Kongsi Suasana Bilik Persalinan Ketika Tewas Di Final Pestabola Merdeka

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kekalahan terhadap Tajikistan memberikan kesan kepada skuad Harimau Malaya. Datuk Hamidin sempat berkongsi suasana dibilik persalinan Malaysia setelah tamat perlawanan akhir Piala Pestabola Merdeka tempoh hari. “Sewaktu saya memasuki bilik persalinan pasukan Malaysia setelah tewas kepada Tajikistan, saya segera beritahu mereka jangan salahkan sesiapa […]
Yunus Alif Bakal Kekal Bimbing PDRM

Sentuhan magis Datuk Yunus Alif bersama PDRM FC menyaksikan pasukan itu menjulang Challenge Cup untuk musim 2023. Dan kini, khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu bakal dikekalkan bersama The Cops selama semusim lagi. Perkara ini dinyatakan oleh pengurus pasukan PDRM, Shamshul Hisham Abd Razak kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini. Beliau memaklumkan perbincangan […]
Kesengsaraan Jadon Sancho Di Man United Akan Berakhir

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho kini boleh menarik nafas lega apabila bakal mendapat peluang beraksi semula selepas sekian lama tidak merasainya, Sancho dikatakan bakal berlepas ke kem latihan gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Marbella, Sepanyol dalam masa terdekat. Perbincangan akhir sedang dilakukan oleh pihak United dan Dortmund untuk merealisasikannya. “Perjalanan Jadon Sancho ke kem […]
Lubnan & Iran Jadi ‘Kuda Tua’ Di Qatar

Purata umur bukanlah menjadi aspek utama dalam membina pasukan berkualiti di pentas berprestij seperti Piala Asia. Tua atau muda, yang terpilih adalah yang terbaik buat pasukan masing-masing. Namun purata umur sesebuah pasukan sering kali menjadi perhatian para penyokong. Menjelang Piala Asia 2023 Qatar yang bakal bermula pada 13 Januari, Footy Rankings telah berkongsi purata umur […]
Shin Tae-yong Bawa 7 Pemain Kelas Eropah Di Piala Asia

Kemunculan Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong di Piala Asia 2023 bakal bawa aura berbeza. Ini kerana daripada 26 pemain yang diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam, tujuh daripadanya beraksi di Eropah. Mereka ialah Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Elkan Baggott (Ipswich Town), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers), Marselino Ferdinan […]
Poster Piala Asia Buatkan Rajagobal Termenung

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Datuk K. Rajagobal meluahkan isi hatinya sejurus melihat poster Piala Asia 2023 yang memaparkan dua bintang, Faisal Halim dan Son Heung-min. Rajagobal merasakan pentas Piala Asia adalah idaman buat semua pemain bola sepak profesional. Dirinya juga tidak terkecuali untuk bercita-cita beraksi di pentas berprestij di Asia ini. Sebagai jurulatih juga, […]