AFC Asian Cup: Philippe Troussier: Vietnam Boleh Kalahkan Jepun

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier percaya barisan pemainnya mampu melakar kejutan ke atas Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan D hari ini. Jepun memiliki banyak kelebihan di atas kertas. Pasukan yang dibimbing Hajime Moriyasu itu bukan saja berstatus pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-17 dunia. Malah, pasukan itu turut dibarisi ramai pemain yang berpangkalan di Eropah. […]
AFC Asian Cup: Perbezaan Jordan & Malaysia Menurut Dion Cools

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools memberitahu bahawa terdapat perbezaan antara skuad negara menjelang pertemuan dengan pasukan ke-87 dunia, Jordan. Aksi pembukaan Piala Asia 2023 menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berdepan misi besar untuk menamatkan rekod buruk berdepan pasukan Timur Tengah itu. Pemain berusia 27 tahun itu optimis untuk menggunakan sepenuhnya pengalaman beliau bagi membantu Malaysia […]
Bank Muamalat Zahir Sokongan Luar Biasa, Ajak Staf Pakai Jersi Harimau Malaya Isnin Ini

Menjelang aksi pertama Kumpulan E membabitkan Malaysia dan Jordan, Bank Muamalat telah memperkenalkan satu inisiatif unik buat para pekerja mereka. SNE Sports melaporkan sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, bank Islam kedua di Malaysia itu membenarkan pekerja mereka memakai jersi skuad kebangsaan pada 15 Januari ini. Inisiatif ini dibuat bagi meraikan pencapaian Malaysia layak secara […]
EPL: Gol Dramatik Oscar Bobb Bantu Man City Tewaskan Newcastle United

Gol dramatik Oscar Bobb membantu juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City menewaskan Newcastle United di St. James Park awal pagi ini. Dengan Liverpool hanya beraksi pada minggu hadapan, City berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mata daripada lima kepada dua mata. Sementara The Magpies pula berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan […]
AFC Asian Cup: Uzbekistan, Syria Sama Handal

Uzbekistan terpaksa berpuas hati selepas terikat seri ketika menentang Syria dalam aksi pertama kumpulan B AFC Asian Cup. Syria yang turun dengan jersi serba merah bermula garang dengan beberapa siri gerakan awal yang direncana tonggak baharu JDT, Jalil Elias bagi menembusi gawang Uzbekistan. Uzbekistan yang kini berada di ranking ke-68 dunia juga mula mengatur gerak […]
AFC Asian Cup: Tajikistan Ikat China Hingga Buntu

China dan Tajikistan turun ke Stadium Abdullah bin Khalifa untuk aksi pertama mereka dalam peringkat kumpulan A Piala Asia 2023. China menurunkan pemain-pemain terbaik mereka seperti Zhang Linpeng selaku pertahanan tengah dan gandingan Wu Lei bersama Tan Long selaku penyerang utama pasukan. Tajikistan yang berada di ranking ke-106 dunia pula meletakkan Rustam Soirov selaku penyerang […]
AFC Asian Cup: Arab Saudi Buat Kejutan Panggil Pemain Berusia 16 Tahun

Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini mencipta kejutan hari ini dengan menggugurkan tiga pemain daripada senarai akhir pasukan ke Piala Asia 2023. Tiga pemain yang digugurkan bekas pengurus Manchester City itu ialah duo kelab Al-Nassr, Nawaf Al-Aqidi dan Ayman Yahya serta Abbas Al-Hassan (Al-Fateh). Kejutan tidak terhenti di situ saja. Mancini kemudiannya memanggil tiga pemain sebagai […]
EPL: Chelsea Perlukan Penalti Sebelum Tewaskan Fulham

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) diteruskan dengan aksi di antara Chelsea yang melayan kunjungan Fulham di Stamford Bridge sebentar tadi yang mana menyaksikan tiga mata menjadi milik tuan rumah. Chelsea yang menurunkan skuad terbaik mereka memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang sangat baik bagi mencari jaringan awal. Fulham dilihat lebih banyak bertahan dan kadang kala […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Uzbekistan vs Syria (Live Streaming)

Saingan Kumpulan B Piala Asia 2023 diteruskan dengan pertembungan Uzbekistan dan Syria yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2024 jam 1.30 pagi. Di atas kertas, Uzbekistan sudah pasti mempunyai kelebihan berdasarkan kedudukan ranking mereka yang berada di ranking ke-68 dunia berbanding Syria yang berada di ranking ke-91 dunia. Di bawah kendalian Srecko Katanec, Uzbekistan melalui […]
AFC Asian Cup: Australia Tewaskan India

Australia membuktikan status mereka sebagai pasukan keempat terbaik Asia dengan mengatasi cabaran wakil Asia Selatan, India dalam aksi pertama Kumpulan B hari ini. Ini penampilan kelima Piala Asia buat kedua-dua pasukan. The Blue Tigers ingin melakar pencapaian lebih baik selepas tersekat di peringkat kumpulan pada edisi 1984, 2011 dan 2019. Sementara The Socceroos pula ingin […]
Kelayakan Hoki Olimpik: Malaysia Dibelasah Sepanyol 7-0

Skuad hoki wanita Malaysia memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik Kumpulan B dengan langkah kiri apabila kalah besar 7-0 di tangan Sepanyol. The Speedy Tigress yang dibimbing oleh jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka memerlukan keputusan positif dalam perlawanan pertama untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Sepanyol menjanjikan ujian getir buat anak buah Nasihin […]
AFC Asian Cup: Jepun Hilang Khidmat Kaoru Mitoma Bertemu Vietnam

Jepun bakal turun bertemu Vietnam tanpa kelibat pemain sayap lincah, Kaoru Mitoma menjelang aksi pertama peringkat kumpulan D Piala Asia 2023. Perkara tersebut disahkan oleh Hajime Moriyasu, ketua jurulatih Jepun sewaktu sidang media pra perlawanan antara Jepun dan Vietnam. “Kaoru Mitoma tidak akan bermain untuk perlawanan esok. Selepas perlawanan esok kita akan memeriksa tahap kecergasan […]
Ini Perbandingan Nilai Pasaran Jalil Elias & Chico Geraldes

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan ketibaan perancang tengah sensasi Portugal, Chico Geraldes bagi musim 2024/25. Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Harimau Selatan daripada kelab UAE selain memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah. Beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab gergasi seperti Sporting CP selain berkelana di […]
JDT Umum Kemasukan Bintang Kelahiran Portugal, Francisco Geraldes

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja mengumumkan kehadiran pemain import baharu bagi menghadapi saingan 2024/2025. Pemain yang dimaksudkan adalah Francisco Geraldes. Pemain yang memiliki nama gelaran Chico itu berasal dari Portugal dan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim selepas meninggalkan kelabnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu FC Baniyas pada 6 Januari yang […]
‘Saham’ Saddil Ramdani Melonjak Tinggi Sejak Beraksi Di Liga Super Malaysia

Saham pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani terus melonjak sejak menapak di Liga Super Malaysia sejak beberapa musim. Pemain ini merupakan tunjang utama pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee setelah membawa cabaran pasukan untuk berada di tangga ketiga Liga Super Malaysia buat tahun kedua berturut-turut. Saddil diberi kepercayaan penuh oleh The Rhinos apabila tampil dalam […]
AFC Asian Cup: Pemain Syria Sambut Baik Kehadiran Jalil Elias

Skuad Syria ke Piala Asia 2023 sedikit berbeza susulan kehadiran beberapa pemain warisan seperti Jalil Elias dalam pasukan tiu. Meskipun ini panggilan pertama beliau menyertai Helang Qasioun untuk kejohanan antarabangsa, itu langsung tidak menjejaskan keharmonian dalam kem Syria. Hal ini didedahkan sendiri oleh jurulatih Syria, Hector Cuper dalam sidang media pra-perlawanan Syria-Uzbekistan yang berlangsung semalam. […]