CEO Perak Dedah Kedegilan Sunday Afolabi

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin baru-baru ini mendedahkan kedegilan yang ada pada diri pemain import, Sunday Afolabi. Sunday yang kerap diletakkan sebagai pemain tengah bertahan acap kali meninggalkan posisinya untuk membantu bahagian serangan dalam memburu gol buat Perak. Namun tindakannya itu adakalanya merugikan pasukan apabila pasukan lawan menggunakan ruang yang kosong […]
AFC Asian Cup: “Saya Harap Pengadil Selamat Dalam Penerbangan” – Petar Segrt

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt akur tewas dalam aksi kedua Kumpulan A menentang tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar pada aksi di Stadium Al Bayt semalam. Gol tunggal yang dijaringkan Akram Afif dilihat sedikit kontroversi apabila pengadil tidak memberhentikan perlawanan ketika mana pergerakan pemain Tajikistan terhalang oleh kedudukan pengadil. Mengulas mengenai insiden tersebut, Petar Segrt menganggap […]
AFC Asian Cup: Qatar Pasukan Pertama Ke Pusingan Kalah Mati

Tuan rumah Piala Asia 2023 yang juga juara bertahan, Qatar mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Tajikistan semalam. Akram Afif menjadi wira Qatar apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-17 sekali gus menggembirakan ribuan penonton yang hadir ke Stadium Al Bayt. Gol yang dihasilkan Akram Afif itu menjadikan […]
AFC Asian Cup: Terjahan Gusti Pemain Lubnan Undang Kontroversi

Aksi kedua Kumpulan A membabitkan China dan Lubnan diselubungi kontroversi gara-gara terjahan keras pemain pertahanan The Cedars, Khalil Khamis. Babak pertama perlawanan itu jadi panas apabila Khamis melakukan terjahan ala gusti ke arah Dai Wai Tsun pada minit ke-12. Sebaik melihat insiden tersebut, pengadil perlawanan, Ko Hyung-jin menghentikan perlawanan bagi membolehkan pasukan perubatan Dragon’s Team […]
AFC Asian Cup: Harimau Malaya Bakal Kehilangan Afiq Fazail?

Skuad senior Malaysia berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Afiq Fazail. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelibat beliau tidak kelihatan dalam sesi latihan Harimau Malaya semalam. Afiq difahamkan tidak dapat turun berlatih selepas mengalami kecederaan. Ketiadaan beliau bakal menjejaskan perancangan jurulatih negara, Kim […]
AFC Asian Cup: Gol Akram Afif Pacu Qatar Tewaskan Tajikistan

Hasrat wakil Asia Tengah, Tajikistan menewaskan tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar dalam aksi kedua Kumpulan A tidak kesampaian. Ini selepas pasukan yang diberi jolokan The Maroons itu berjaya menewaskan The Crowns di Stadium Al Bayt hari ini. Qatar tahu kemenangan hari ini bakal mencerahkan laluan mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023. […]
Bojan Ciger Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Uzbekistan

Seorang demi seorang pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meninggalkan pasukan sebelum musim 2024/2025 bermula pada Mei ini. Terkini, pertahanan tengah dari Serbia, Bojan Ciger merupakan pemain terbaru untuk meninggalkan pasukan Sang Kenari. Pemain berusia 29 tahun itu sah menyertai kelab Uzbekistan, FC Neftchi Fergana yang mengakhiri saingan Liga Uzbekistan musim 2023 di […]
AFC Asian Cup: Giliran Lubnan Ikat China

Lubnan dan China terikat seri tanpa jaringan sekali gus menambah kemarau kemenangan China dalam Piala Asia 2023 manakala Lubnan raih mata pertama di Piala Asia 2023. Skuad kendalian Aleksandar Jankovic turun dengan sistem bek berlima dalam perlawanan yang dibarisi Liu Binbin, Zhang Linpeng, Tyias Browning, Zhu Chenjie dan Liu Yang. Lubnan pula bermain dengan formasi […]
Performa Marselino Ferdinan Jadi Perbincangan Jurnalis Hungaria

Performa gelandang Timnas Indonesia, Marselino Ferdinan, saat melawan Irak dalam pertandingan perdana Grup D Piala Asia 2023 mendapat perhatian hingga ke Eropa. Salah satunya dari jurnalis senior Hungaria, Bence Bocsak. Ia menganggap Marselino Ferdinan sebagai salah satu prospek terbaik dari Piala Asia 2023. Hal ini dikarenakan Marselino Ferdinan yang masih berusia 19 tahun berhasil menjadi […]
Akmal Rizal Terajui Cabaran Penang Untuk Musim 2024/2025

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah membimbing Penang FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Perkara ini diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka semalam. Akmal sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Penang untuk tiga perlawanan terakhir Liga Super musim 2023. Beliau mencatatkan rekod […]
AFC Asian Cup: Status Juara Qatar Tidak Gentarkan Tajikistan

Menjelang aksi kedua Kumpulan A Piala Asia 2023 membabitkan Qatar dan Tajikistan malam ini, status juara yang dimiliki tuan rumah tidak menggentarkan anak buah Petar Segrt. Ini kerana Tajikistan pernah mengalahkan Qatar pada tahun 2012 dengan meraih keputusan 2-1 dalam pertemuan terakhir mereka di pentas antarabangsa. Menariknya mengikut rekod Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), perlawanan […]
Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini Dalam Kelompok 10 Pemain Terhandal Dunia

Meskipun kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, Lee Zii Jia telah kembali menghuni kedudukan 10 pemain terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Ini berdasarkan kedudukan terkini ranking pemain yang dikeluarkan BWF semalam. Zii Jia kembali di tangga ke-10 dunia selepas mengumpul 68,226 mata secara keseluruhan. Kesemua mata ini diambil daripada 10 kejohanan terbaik yang […]
Bintang Jordan Dalam Radar Kelab Liga Super

Selepas Mahmoud Al-Mardi, Yazan Al-Arab, Fadi Awad dan Noor Al-Rawabdeh, seorang lagi pemain Jordan berpotensi berkelana di Liga Malaysia (Liga M). Mengikut ciapan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain tengah The Chivalrous Ones, Rajaei Ayed berada dalam pemerhatian sebuah kelab Liga Super. Nama beliau pasti disedari ramai penyokong Harimau Malaya. Ini kerana Rajaei tampil sebagai […]
Jordi Amat Kencing Darah Akibat Benturan Dengan Asnawi Mangkualam

Bek Timnas Indonesia, Jordi Amat, menceritakan bahwa dirinya sempat kencing darah saat jeda babak pertama melawan Irak di Piala Asia 2023. Jordi Amat tampil penuh saat kalah 1-3 dari Irak pada laga perdana Grup D Piala Asia 2023 di Stadion Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, Senin (15/1/2023) malam. Pada laga itu, Jordi Amat sempat […]
India Open: Lee Zii Jia Mudah Lepasi Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua India Open 2024. Selepas kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, anak jati Alor Setar, Kedah itu bangkit dengan menewaskan Brian Yang dalam pusingan pertama India Open. Di atas kertas, kelebihan tampak memihak kepada Zii Jia. Ini kerana pemain […]
Terkini: Selamat Tinggal Kelantan FC

Pasukan Kelantan FC kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super 2024/2025 selepas rayuan mereka untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi MFL, Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 buat pasukan Kelantan FC ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL […]