China & India Tinggalkan Piala Asia Dengan Cara Yang Sama

China dan India meninggalkan kempen Piala Asia 2023 Qatar dengan cara yang sama walaupun kedua-duanya mengakhiri saingan kumpulan di kedudukan yang berbeza. Selepas selesai peringkat kumpulan, hanya pasukan China dan India sahaja yang mengakhiri kumpulan tanpa sebarang gol yang berjaya dihasilkan. Biarpun China menamatkan saingan kumpulan A di tangga ketiga dengan mengutip dua mata, namun […]
“Kami Dah Cuba Buat Malaysia Bangga” – Pau Marti

Biarpun terkandas di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, namun rakyat Malaysia sudah pasti berbangga dengan persembahan yang ditampilkan Harimau Malaya sepanjang kejohanan berlangsung. Penolong jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente baru-baru ini telah membuat ciapan di laman X berkenaan prestasi Malaysia di Piala Asia. Bagi Pau Marti, walaupun Malaysia gagal mara ke pusingan kalah […]
Liu Yu Chen Campak Raket Sampai Remuk, Kesal Tewas Lagi

Aksi separuh akhir Indonesia Masters 2024 untuk acara beregu lelaki sedikit panas gara-gara tindakan pemain beregu China, Liu Yu Chen. Ini selepas pemain beregu lelaki nombor lapan dunia itu menghempaskan raketnya ke gelanggang selepas tamat perlawanan menentang regu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. Yuchen dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi regunya, Ou Xuanyi. Xuanyi […]
Pempengaruh Terkenal Korea Selatan Marah Kim Min-jae Tergolek Jaga Faisal Halim

Pempengaruh terkenal Korea Selatan menyatakan rasa amarahnya selepas melihat pertahanan terbaik Liga Serie A, Kim Min-jae tergolek ketika cuba merantai pemain sayap Malaysia, Faisal Halim. Pemain berusia 27 tahun itu diberi peranan khas oleh ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann untuk mengemudi benteng terakhir Taeguk Warriors. Hasrat itu bagaimanapun terlerai selepas Korea Selatan bolos tiga gol berdepan […]
Saham Syihan Hazmi ‘Meroket’ Di Korea Selatan

Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya. Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3. Menerusi beberapa komen […]
Info Live Streaming Australia vs Indonesia, Babak 16 Besar Piala Asia 2023

Info live streaming Australia vs Indonesia pada babak 16 besar Piala Asia 2023 di Stadion Jassim Bin Hamad, Qatar, pada Minggu (28/1/2024) pukul 18.30 WIB. Duel ini akan disiarkan oleh RCTI atau Vision Plus. Di atas kertas, skuat Garuda tidak diunggulan dalam pertandingan ini, meningat perbedaan peringkat yang besar antara Indonesia dan Australia. Peringkat 142 […]
Selangor & Tiktok Jalin Kerjasama

Selangor FC (SFC) baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan TikTok sebagai destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek. Sebagai rakan kongsi digital rasmi SFC, TikTok akan menyediakan latihan dan bengkel untuk membolehkan pemain menggunakan platform untuk membina komuniti. TikTok juga akan bekerjasama dengan SFC untuk memberi impak positif kepada komuniti tempatan dengan menambah […]
“Bila Kita Di Atas, Ramai Nak Kita Jatuh” – Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai muda negara, Johan Ghazali tidak berminat melayan cabaran individu yang mahu melawannya di atas gelanggang. Jawapan itu diberi kepada saluran televisyen TVS baru-baru ini selepas timbul video seorang individu misteri mencabarnya beradu di gelanggang tular di media sosial. Johan yang mesra dikenali sebagai Jojo melihat perkara ini sebagai satu perkara biasa yang […]
Bakat Baru: Pemain Berdarah Malaysia Dikesan Di Barcelona

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di benua eropah berjaya dikesan kumpulan pencari bakat. Sememangnya ia merupakan kelebihan buat Malaysia seandainya mereka mahu beraksi untuk Harimau Malaya memandangkan kebanyakan bakat yang dikesan boleh dikategorikan sebagai pemain muda. Terkini, laman pencari bakat Frfuturetalents telah mengesan pemain baharu FC Barcelona B iaitu Naim […]
AFC Senaraikan Aksi Malaysia-Korea Selatan Sebagai Salah Satu Perlawanan Terhebat

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menyenaraikan aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Korea Selatan sebagai salah satu perlawanan terhebat peringkat kumpulan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh AFC melalui portal rasmi badan bola sepak tertinggi di Asia itu beberapa hari yang lalu. Namun begitu, perlawanan Malaysia-Korea Selatan itu memerlukan undian […]
Liverpool Berisiko Hilang Tiga Bintang

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mungkin bakal kehilangan tiga bintang utama pasukan selepas ketiga-tiganya akan tamat kontrak tidak lama lagi. Tiga bintang utama yang dimaksudkan adalah penyerang berbisa Mohamed Salah, pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold. Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan tamat kontrak dalam tempoh 18 bulan lagi dan […]
Xavi Umum Bakal Tinggalkan Barcelona

Pengurus Barcelona membuat kejutan apabila mengumumkan bakal meninggalkan kelab Sepanyol itu. Pengumuman ini dibuat oleh Xavi pada sidang media selepas perlawanan liga berdepan Villareal pada pagi Ahad. ””Saya ingin mengumumkan bahawa pada 30 Jun saya tidak akan meneruskan sebagai jurulatih di Barça. Saya fikir situasi ini perlu mengubah haluan, dan sebagai seorang peminat Barcelona, saya […]
Malaysia Bakal Tempuhi Dua Aksi Bertaraf Tinggi

Malaysia sah akan menghadapi dua perlawanan berintensiti tinggi menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah merangka dua aksi persahabatan penting memandangkan aksi liga tempatan dijangka bermula Mei hadapan. “FAM atur dua perlawanan persahabatan, satu di dalam negara and […]
Pratama Arhan Yakin Indonesia Tak Takutkan Australia

Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan yakin Indonesia sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran Australia. “Persiapan menentang Australia sangat rapi dan teratur. Ahli pasukan mencurahkan seluruh masa dan tenaga untuk memastikan setiap aspek sempurna untuk aksi bertemu Australia.” “Bermain di pusingan 16 amat bermakna buat Indonesia dan setiap pemain sedang memberikan yang terbaik. Ianya sukar namun kami […]
Status Giancarlo Gallifuoco Bersama KL City Terungkai

Status pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco akhirnya terungkai apabila beliau memaklumkan akan kekal bersama The City Boys musim ini sebentar tadi. Pemain berusia 30 tahun itu pernah tular di media sosial spekulasi mengenainya ke Indonesia musim lalu. Namun, perkara itu berjaya dipadam selepas pemain itu sendiri menyatakan pendirian untuk kekal bersama KL […]
Masatada Ishii Risau Jentera Serangan Thailand Tumpul

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii meluahkan kerisauan berkenaan ketumpulan jentera serangan Thailand ketika ini. Walaupun Thailand mara ke pusingan 16 dengan keputusan 1 kemenangan dan 2 seri, skuad Masatada Ishii hanya berjaya menjaringkan dua gol sewaktu berdepan Kyrgyzstan. Kemudian Thailand meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Oman dan Arab Saudi. “Kita perlu mengkaji pendekatan ofensif pasukan. […]