Shin Tae-yong Buru 4 Lagi Pemain Belanda, Tekanan Buat Pemain Tempatan

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang giat memburu empat lagi pemain warisan Indonesia kelahiran Belanda untuk memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong untuk aksi antarabangsa seterusnya. Empat pemain tersebut adalah pemain sayap Fortune Sittard, Ragnar Oratmangoen, pemain pertahanan kiri Heerenven, Nathan Tjoe-A-On, pemain tengah Heerenven, Thom Haye dan penjaga gol FC Dallas, Maarten Paes. […]
Tan Cheng Hoe Puas Hati, Puji Pengganti Ayron Del Valle

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Selangor berjaya membawa masuk Ronnie Fernandez sebagai penyerang utama pasukan untuk musim baharu. Terdahulu, Selangor dilihat agak pincang menjelang musim baharu selepas kehilangan dua penyerang berbisa pasukan iaitu Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambung kontrak. Cheng Hoe berpendapat kehadiran […]
JDT Kelab Nombor Satu Asia Tenggara

Juara Liga Super sepuluh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membanggakan Malaysia apabila menjadi disahkan sebagai kelab nombor satu di Asia Tenggara mengikut pembekal data sukan terkemuka, Opta Analyst. Selain menjadi kelab terbaik di Asia Tenggara, JDT juga mengejutkan banyak pihak apabila kini menghuni tangga ke-16 dalam senarai kelab terbaik Asia meninggalkan beberapa kelab-kelab […]
Madame Pang Ubah Angin, Sudah Sampai Masanya Beliau Tunaikan Impian Di Malaysia?

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madame Pang secara rasminya tidak akan mengekalkan posisinya sekaligus menyaksikan beliau berpotensi besar untuk menunaikan impiannya di Malaysia. Menerusi satu pengumuman di laman sosial beliau, jutawan berusia 57 tahun itu menyaksikan tempoh dua tahun setengah sebagai pengurus pasukan Thailand telah berakhir. Beliau banyak memberi impak kepada pemain Thailand termasuklah ketika […]
Pelatih Sabah FC Tidak Salahkan Shin Tae-yong

Pelatih Sabah FC, Ong Kim Swee, tidak menyalahkan pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, atas pencoretan Saddil Ramdani. Ia memilih memberi nasihat dan semangat untuk pemainnya. Saddil Ramdani sempat menjadi ramai perbincangan setelah dicoret oleh pelatih Shin Tae-yong dalam skuat akhir Timnas Indonesia untuk menghadapi Piala Asia 2023. Ketika itu, tidak ada pemaparan jelas mengenai alasan […]
Nilai Pasaran Bintang Baharu Selangor Jatuh Mengejut

Nilai pasaran bintang baharu Selangor FC mengejutkan selepas turun dengan agak besar tatkala baru diumumkan sebagai pemain kelab tersebut. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa pasukan, Ronnie Fernandez yang menjadi bintang import kedua selepas pertahanan Uzbekistan, Umar Esmurodov. Pemain kelahiran Chile ini datang dengan reputasi hebat termasuklah pernah membantu negaranya dalam kempen Kelayakan Piala […]
EPL: Arsenal Tundukkan Liverpool, Pintas Kedudukan Man City

Arsenal terus menghambat kedudukan pendahulu liga apabila menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates. Kedua-dua pasukan tampil dalam perlawanan ini dengan pemain terbaik yang mereka ada demi memastikan tiga mata berada dalam genggaman. Tuan rumah bermula baik dan berjaya memimpin perlawanan pada minit ke-14 menerusi jaringan Bukayo Saka yang mudah menyempurnakan […]
EPL: Chelsea Dibedil Wolves

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan di antara Chelsea menentang Wolves yang berakhir dengan keputusan 2-4. Pada minit ke-19 permainan, ayam tambatan The Blues, Cole Palmer menjaringkan gol pembukaan selepas menerima lorongan kemas daripada Moises Caceido. Pasukan lewat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila, Matheus Cunha menjaringan gol pada minit ke-22 […]
EPL: Manchester United Gah Tundukkan West Ham

Manchester United gah menundukkan cabaran West Ham United untuk mendapatkan tiga mata berharga dalam saingan liga. United turun dengan misi besar untuk menewaskan West Ham yang dibimbing oleh David Moyes setelah The Red Devils tumpas ditangan West Ham pada aksi Disember lalu. Rasmus Hojlund membuka tirai jaringan apabila rembatan beliau berjaya menewaskan penjaga gol West […]
Kapten Jepun Sasar Julang Piala Dunia

Kapten Jepun, Wataru Endo kini menagih sokongan besar penyokong Jepun dalam usaha pasukan itu menjulang Piala Dunia setelah tersingkir dari Piala Asia 2023. Jepun telah disingkirkan oleh Iran menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus menambah kemarau kejuaraan Piala Asia yang kali terakhir dimenangi oleh Jepun pada tahun 2011. Wataru Endo yang merupakan kapten […]
DR Congo Hanya Menang Sekali Namun Ke Separuh Akhir Piala AFCON

Kedengaran aneh namun DR Congo berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hanya dengan satu kemenangan sepanjang saingan tersebut. DR Congo tidak pernah memenangi sebarang perlawanan dalam peringkat kumpulan malah kemenangan asli yang pertama hadir dalam aksi suku akhir Piala AFCON. DR Congo mencatatkan tiga keputusan seri dalam saingan kumpulan F bertemu Maghribi […]
Perak Cungkil Bakat Muda Menerusi Akademi Bola Sepak Perak FC

Perak bergerak selangkah ke hadapan apabila menubuhkan Akademi Bola Sepak Perak FC bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam kalangan kanak-kanak Perak. Akademi tersebut baru sahaja dilancarkan pada 3 Februari lalu dan memfokuskan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 15 tahun. Padang Taman Dr. Seenivasagam di Ipoh menjadi lokasi utama sesi latihan akademi tersebut dijalankan. Penubuhan akademi ini […]
“Digugurkan Tak Bermakna Karier Saddil Ramdani Berakhir” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee meminta agar Saddil Ramdani memahami situasi yang melandanya bersama kem Timnas Indonesia. Pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong membuat keputusan untuk menggugurkan Saddil Ramdani itu daripada skuad akhir di Qatar. Indonesia bagaimanapun berjaya mara ke pusingan kalah mati namun dibelasah oleh Australia dengan keputusan 4-0. Menerusi satu temu […]
Azizulhasni Awang Minta Maaf

Hasrat jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang untuk menggondol pingat gangsa acara pecut dalam Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia hari ini tidak kesampaian. Ini selepas pelumba berusia 36 tahun itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan tempat ketiga acara pecut atas nasihat pakar perubatan. Sebelum itu, Azizulhasni berjaya melepasi pusingan kelayakan sebagai pelumba […]
Jersi Baharu Selangor Tertiris Lagi?

Tatkala pasukan Liga Super, Selangor FC rancak melakukan persiapan bagi musim baharu, tumpuan terarah kepada jersi yang dipegang oleh pemain baharu pasukan. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh The Red Giants, kelihatan pemain baru pasukan, Alvin Fortes sedang memegang jersi yang tertera nombornya bersama pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu bakal membentuk gandingan baharu […]
“Ini Salah Saya” – Hajime Moriyasu

Ketua jurulatih Jepun, hajime Moriyasu yakin beliau individu yang harus dipersalahkan susulan penyingkiran Jepun daripada pentas Piala Asia AFC 2023. Pengendali berusia 55 tahun itu gagal memastikan kemenangan memihak kepada pasukannya apabila tewas kepada Iran dengan keputusan 2-1. Pasukan yang menghuni tangga ke-17 ranking FIFA itu mendahului hasil jaringan pemain tengah, Hidemasa Morita sebelum gol […]