Terengganu Sambut Baik Inisiatif KBS, Mohon Geran Tukar Rumput Bersebab

Pasukan Liga Super, Terengganu FC berkongsi sebab terperinci berkenaan permohonan bagi geran kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan penukaran rumput dan naik taraf sistem saliran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi satu kenyataan tempoh hari, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memberitahu bahawa setiap negeri boleh memohon geran berjumlah RM500 ribu bertujuan […]

Menyerlah Di Piala Asia, Bintang Jepun Diburu Barcelona

FA Jepun

Barcelona kini dilaporkan berminat dalam mendapatkan khidmat pemain bintang Jepun, Kaoru Mitoma. Walaupun hanya tampil bermain selama 45 minit di Piala Asia, Kaoru Mitoma pantas memberikan impak dibahagian sayap kiri Jepun terutamanya dalam aksi menentang Bahrain. Mitoma yang baru sahaja pulih daripada kecederaan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan menerusi kemahiran menggelecek beliau dan beberapa kali mampu […]

Perpindahan Ayron Del Valle Tersebar Di Bolivia

Bekas penjaring terbanyak Liga Super musim 2023, Ayron Del Valle dilaporkan sudah mendapat kelab baru selepas meninggalkan Selangor FC. Portal media Bolivia, Late.com melaporkan penyerang berusia 35 tahun itu telah menyertai kelab Bolivia, Always Ready. Khidmat Del Valle dilaporkan ditagih Always Ready bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaring terbanyak mereka dari Republik Dominica, Dorny […]

Shin Tae-yong Sanggup Ke Eropah Cari Peledak Kacukan Indonesia

Shin Tae-yong_PSSI

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong bersedia terbang ke Eropah untuk mencari peledak kacukan terbaik untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Jurulatih berusia 54 tahun itu mahu mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan Indonesia. Malah beliau sudah melakukan perbincangan bersama pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia, Erick Thohir tentang perkara tersebut. “Saat ini saya sudah berdiskusi […]

Hannah Yeoh Beri Bayangan Masa Depan Kim Pan-gon

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh memberi bayangan mengenai masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu merekodkan pencapaian cemerlang bersama skuad negara selepas mengharungi kempen yang memberangsangkan di Piala Asia AFC. Harimau Malaya mencipta kejutan apabila berjaya mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan […]

Madame Pang Muncul Presiden Wanita Pertama Bola Sepak Thailand

Jutawan kelahiran Thailand, Madame Pang mencipta sejarah apabila muncul selaku presiden wanita pertama bagi Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berkuat kuasa hari ini. Beliau sebelum ini bergelar pengurus kepada pasukan bola sepak Thailand memilih untuk meletakkan jawatannya bagi menyertai pemilihan jawatan Presiden tersebut. Selain itu, Madame Pang juga melepaskan jawatannya selaku pemilik saham terbesar kelab […]

Sasaran Awal Malaysian University Tercapai

Malaysian University bersyukur berjaya mencapai salah satu sasaran mereka bagi musim ini selepas menjulang Piala Sumbangsih MHL wanita 2024. Menurut ketua jurulatih Malaysian University, Lailin Abu Hassan, beliau berbangga dengan persembahan anak buahnya itu sehingga berjaya mencapai sasaran piala. “Alhamdulillah, pemain telah berikan satu persembahan yang baik pada hari ini (semalam) dan mereka telah capai […]

Amir Ghalenoei: Ini Hukuman Untuk Iran

team melli

Ketua jurulatih Iran, Amir Ghalenoei sedia untuk bertanggungjawab atas kekalahan Iran kepada Qatar dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023. Iran tewas tipis 3-2 disebalik gol seawal minit ke-4 permainan oleh Sardar Azmoun setelah Qatar bangkit menerusi gol daripada Jassem Gaber, Akram Afif dan juga Almoez Ali. Amir Ghalenoei menganggap kekalahan ini adalah hukuman buat […]

Era Jurgen Klinsmann Bersama Korea Selatan Bakal Berakhir?

Meskipun mengemudi Korea Selatan ke peringkat separuh akhir Piala Asia, kedudukan pengendali Jerman, Jurgen Klinsmann kini dalam bahaya. Ini selepas Korea Football News mendedahkan ramai peminat bola sepak Korea mahukan legenda Totteham Hotspur itu meletak jawatan sebagai jurulatih Pahlawan Taeguk. Mereka berbuat demikian kerana Klinsmann gagal mencapai sasaran layak ke final Piala Asia 2023 dan […]

Impian Safiq Rahim Tercapai

Impian bekas ketua pasukan negara, Safiq Rahim untuk menubuhkan akademi bola sepak akhirnya tercapai. Safiq Rahim mengasaskan SR8 Football Academy yang memfokuskan bakat muda yang berumur 4 hingga 12 tahun. Pusat latihan SR8 Academy akan berada di kawasan Klang Valley termasuk Putrajaya. Beliau akui ini adalah keinginannya untuk membantu meningkatkan pembangunan bola sepak negara melalui […]

Mimpi Mousa Al-Tamari Hampir Tertunai, Son Heung-min Minta Maaf

Hasrat besar pemain sayap sensasi Jordan, Mousa Al-Tamari untuk merealisasikan impiannya menjulang Piala Asia 2023 hampir tertunai. Angan-angan yang dibawa oleh pemain berusia 26 tahun itu bermula sejak awal kejohanan tatkala beliau mahu membantu negaranya untuk mara ke final dan mencipta sejarah. Kemenangan ke atas Korea Selatan mengubah hasratnya itu dan hampir menjadi realiti sementara […]

Disisihkan Saat Akhir, Ong Kim Swee Kongsi Keadaan Emosi Saddil Ramdani

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Dato’ Ong Kim Seee berkongsikan keadaan emosi pemain sayap pasukan, Saddil Ramdani menjelang sepak mula Piala AFC 2023. Pemain berusia 25 tahun itu tidak menjadi pilihan utaka ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong untuk berada dalam senarai akhir ke Qatar. Beliau antara dua pemain yang disisihkan saat akhir oleh pengendali […]

Azraai Khor Meninggal Dunia

Selepas dikejutkan dengan pemergian legenda negara, Allahyarham Khalid Ali, arena bola sepak Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi permata bola sepak, Mohd Azraai Khor Abdullah. Perkara ini disahkan sendiri oleh anak beliau, Firdaus Zainuddin menerusi satu hantaran di Facebook. Jurulatih legenda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berusia 71 tahun itu dilaporkan meninggal […]

JDT Kini Kelab Ke-45 Paling Bernilai Di Asia

Kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila kini menghuni tangga ke-45 dalam senarai kelab paling bernilai di Asia. Skuad Harimau Selatan berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan empat trofi selama dua musim berturut-turut pada musim 2023. JDT kini terus melebarkan sayap di rantau Asia selepas kini merekodkan peningkatan nilai […]

Ong Kim Swee: Skuad B-23 Perlu Lebih Banyak Perlawanan Persahabatan

Bekas jurulatih bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berpendapat bahawa pasukan muda negara perlu lebih banyak hadapi perlawanan persabatan.  Menjelang Piala Asia Bawah 23 di Qatar pada bulan April ini, beliau yakin dengan adakan beberapa siri perlawanan persahabatan skuad muda negara mampu melakar kejutan.  “Dalam kejohanan peringkat umur,bawah 23 tahun kebawah, kita raih […]

Liverpool Pantau Rapat Mousa Al-Tamari

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC memantau situasi penyerang berbisa Jordan, Mousa Al-Tamari. Pemain berusia 26 tahun itu menikmati kempen yang cukup baik bersama pasukan kebangsaan selepas berjaya membawa pasukan ke pentas final di Qatar. Beliau memainkan watak hebat tatkala jaringannya memastikan slot ke final dalam genggaman menewaskan Korea Selatan. Menerusi beberapa laporan daripada […]