Presiden Bola Korea Selatan Disiasat, Paksa Luluskan Lantikan Jurgen Klinsmann

Polis telah melakukan siasatan ke atas pengerusi Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong-gyu yang melampaui bidang kuasanya kerana mengambil jurulatih asing secara unilateral untuk pasukan kebangsaan bagi melantik Jurgen Klinsmann. Perkara ini dilaporkan oleh sebuah akhbar, Chosun Ilbo pada Isnin bahawa polis Korea Selatan boleh mendakwa Chung kerana menghalang perniagaan kerana melantik Jerman […]

Pakar Dari Jepun Kini Jurulatih Skuad Wanita Indonesia

Indonesia mengambil langkah ke hadapan bagi meningkatkan kualiti bola sepak wanita mereka. Ini selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan pelantikan jurulatih baharu dari Jepun, Satoru Mochizuki bagi mengendalikan skuad bola sepak wanita negara itu. Pengumuman ini dibuat menerusi ciapan rasmi di akaun PSSI dan berharap pelantikan ini dapat membawa skuad bola sepak wanita lebih […]

Ini Butiran Terperinci Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe dilihat semakin hampir untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Dan hari ini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan butiran terkini perpindahan tersebut. Sebagai permulaan, sebarang khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke kelab lain seperti Liverpool dan Arsenal sebagai tidak benar. Ini kerana menurut Romano, bekas […]

Manuel Hidalgo Selangkah Pulang Ke Sri Pahang

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Manuel Hidalgo difahamkan selangkah untuk pulang ke kelab lamanya, Sri Pahang. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Avineshwaran berkenaan perkembangan terkini pemain kelahiran Argentina itu. Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain di Liga Super terutamanya apabila aksinya cukup memberangsangkan sejak beberapa musim lalu. Nilai […]

Kegembiraan Melampau Kawasaki Frontale Makan Diri

Kegembiraan melampau yang ditunjukkan oleh jaguh Jepun, Kawasaki Frontale akhirnya makan diri selepas ditundukkan oleh wakil China, Shandong Taishan. Aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Kawasaki membawa bekalan selesa di laman sendiri selepas merekodkan kemenangan 3-2 di laman lawan. Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan apabila anak didik Toru Oniki tewas mengejut […]

Exco PSSI Bongkar Kelemahan Shin Tae-yong

Exco PSSI, Arya Sinulingga, membeberkan kelemahan Shin Tae-yong selama menjabat pelatih Timnas Indonesia. Menurutnya, komunikasinya buruk sehingga PSSI harus turun tangan. Seperti kasus persiapan Piala Asia U-23 2024 yang mendapat penolakan pelepasan dari dua klub BRI Liga 1, yakni Persija Jakarta dan Borneo FC, Arya Sinulingga menilai Shin Tae-yong harusnya komunikasi sendiri. “Jujur aja, sebenarnya […]

Pemain EPL Guna Defibrilator, Beri Gegaran Pada Jantung Ketika Lemah

Pemain pertahanan Luton Town yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Tom Lockyer kini menggunakan defibrilator khas yang diletakkan di bahagian dadanya. Pemasangan alat yang dikenali sebagai Implantable cardioverter defibrillator (ICD) itu dibuat selepas beliau tidak sedarkan diri semasa perlawanan EPL Bournemouth menentang The Hatters pada 16 Disember lalu. Ini bukan kali pertama Lockyer rebah di […]

UCL: Inter Milan Pamer Bisa, Atletico Madrid Tak Nampak Gawang Gol Lawan

Inter Milan

Inter Milan berjaya menewaskan cabaran Atletico Madrid dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Kemenangan Inter Milan memberikan sedikit kelegaan sebelum bertandang ke gelanggang Stadium Metropolitan kelak namun peluang juga masih terbuka buat Atletico Madrid. Kedua-dua pasukan melancarkan beberapa siri serangan dalam mencari bekalan gol awal dalam perlawanan ini dan Inter Milan mempamerkan […]

UCL: Borussia Dortmund Buntu Diikat PSV Eindhoven

Ketumpulan jentera serangan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund mengakibatkan mereka sekadar seri 1-1 dengan PSV Eindhoven dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini bakal memberi kelebihan dari segi agregat untuk aksi timbal balik di Signal Iduna Park pada 14 Mac ini. Atas sebab itu, Der […]

JDT Jadi Destinasi Baharu Romel Morales

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales. Pemain berusia 26 tahun itu sudah berbakti hampir 6 tahun di Malaysia sebagai pemain import. Beliau juga beraksi cukup cemerlang bersama pasukan Ibu Kota, KL City FC selama tiga musim dan membantu pasukan mara ke tiga final berbeza. Romel juga menjadi watak penting […]

MHC Umum Empat Calon Ketua Jurulatih Hoki Malaysia

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendedahkan telah memiliki empat calon untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad hoki senior negara. Empat calon tersebut ialah Sarjit Singh, Muhammad Dharma Raj Abdullah, Brendon Caralon (Afrika Selatan) dan Glenn Turner (Australia). Keempat-empat nama ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Dato’ Majid Manjit Abdullah dalam satu sidang media yang diadakan hari […]

James Okwuosa Tinggalkan PDRM

Bek tengah kental dari Nigeria, James Okwuosa sah tidak lagi bersama juara MFL Challenge Cup musim 2023, PDRM FC. Perkara ini disahkan pengurusan pasukan yang diberi jolokan Sang Saka Biru menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi mereka hari ini. “Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi penghargaan kepada salah satu pemain tengah terbaik dalam […]

Shin Tae-yong Nasihatkan Son Heung-min

Akibat kes yang tular membabitkan Son Heung-min bersama rakan sepasukannya minggu lalu, pengendali Indonesia, Shin Tae-yong pula memberikan pendapat peribadi beliau. Menurut VN Express, Tae-yong ditemu bual oleh salah satu saluran Korea Selatan menasihati Son Heung-min agar bersikap bertolak ansur dengan memaafkan Lee Kang-in memandangkan beliau merupakan pemain yang berpengalaman di dalam skuad. “Saya rasa […]

ACL: Jeonbuk Hyundai Ke Suku Akhir, Ranapkan Impian Pohang Steelers

Kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024. Jeonbuk berjaya mara dengan keputusan agregat 3-1 selepas meraih keputusan seri 1-1 dengan Pohang Steelers dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik hari ini. Pohang tahu mereka masih berpeluang layak ke suku akhir dengan […]

ACL: Shandong Taishan Lolos, Musnahkan Impian Kawasaki Frontale

Kejutan berlaku di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila jaguh Jepun, Kawasaki Frontale tumbang di tangan wakil China, Shandong Taishan dalam aksi penuh dramatik. Kawasaki Frontale membawa bekalan tipis selepas hanya mencatatkan kemenangan 3-2 ketika aksi pertama di China minggu lalu dan turun sebagai tuan rumah pula kali ini. Pelawat bermula baik dan […]

Lionel Messi Nafi Dakwaan Anti Dengan Orang China

Lionel-Messi-Inter-Miami-CF

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi telah menafikan dakwaan beliau anti dengan orang China setelah tidak turun bermain dalam aksi persahabatan di Hong Kong. Pasukan Inter Miami sebelum ini mengadakan beberapa aksi persahabatan di Asia seperti Arab Saudi, Hong Kong dan juga Jepun namun konflik tercetus apabila Lionel Messi tidak turun bermain sewaktu menentang Hong […]