Stadium Merdeka Jalani Penambahbaikan, Keadaan Padang Jadi Tumpuan

Sebut saja Stadium Merdeka, rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak amat mengenali mercu tanda ikonik negara itu. Sejak ditutup pada tahun 2016 bagi membolehkan kerja-kerja penaiktarafan dijalankan, ramai ingin tahu wajah terbaru Stadium Merdeka. Hari ini, halaman Facebook Cerita Bola – Malaysia memuatnaik imej terbaru Stadium Merdeka menerusi satu hantaran beberapa jam yang lalu. Imej […]
MHL: THT Tamatkan Tentangan Sengit Maybank

Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa menelan kepahitan setelah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) meskipun berjaya menewaskan Maybank dalam aksi terakhir liga. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 itu menyaksikan tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan di suku pertama. Bersambung suku kedua, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi […]
MHL: TNB Muncul Juara Liga, Kenduri Gol Tewaskan JM Antsbees

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggondol trofi kedua mereka untuk musim 2024 apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL). Kejayaan itu dicapai selepas mereka meraih kemenangan terbesar dalam liga untuk musim 2024 dengan membelasah Jiwa Mohan (JM) Antsbees 22-1. Firhan Ashari, Jang Jong-hyun dan Najib Abu Hassan memastikan TNB mendahului dalam tempoh tiga minit suku pertama […]
Masa Depan Pandalela Rinong Masih Tergantung

Status atlet terjun negara, Pandalela Rinong di dalam program Road To Gold (RTG) masih belum mendapat kata putus. Menurut Tan Sri Norza Zakaria, satu mesyuarat jawatankuasa RTG akan berlangsung minggu hadapan bagi membincangkan berkenaan prestasi atlet-atlet di dalam program ini termasuklah Pandalela. “Kita akan ada mesyuarat (Jawatankuasa RTG) pada minggu depan. Kita dapat makluman tentang […]
Anwar Ibrahim Puji Faisal Halim

Kejayaan Faisal Halim di pentas Asia telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi satu ciapan di akaun X rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berasa kagum dan memuji pemain sayap negara, Faisal Halim di atas kejayaan meraih Anugerah Gol Terbaik di kejohanan Piala Asia Qatar yang lalu. “Steady @faisalhalim_7 ! Terbaik […]
Mengamuk Kerana Pengadil, 3 Individu Kini Ditahan Polis

Kerana berang dengan keputusan pengadil, sekumpulan pemain bola sepak berusia antara 30-an hingga 40-an dilaporkan bergaduh di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. Video insiden pergaduhan tersebut tular di media sosial sejak semalam. Malah, video tersebut turut menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lantaran itu, tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an telah ditahan […]
Chelsea Mahu Ulangi Kesilapan Lama

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilihat seakan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh mereka musim lalu Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Itali, Nicolo Schira, Chelsea dilaporkan berminat untuk berurus niaga bersama Brighton and Hove Albion lagi dengan menjadikan jurulatih mereka, Roberto De Zerbi sebagai sasaran. ”Chelsea sedang memantau Roberto De Zerbi untuk musim depan,” […]
Hwang Sun-hong Atasi Park Hang-seo, Dilantik Jurulatih Interim Korea Selatan

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) sah melantik jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Hwang Sun-hong sebagai pengendali interim skuad senior negara itu. Keputusan itu diumumkan badan induk bola sepak Korea Selatan itu menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini. Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus siapa bakal mengendalikan Pahlawan Taeguk untuk dua aksi kelayakan Piala […]
Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara. Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada […]
“Sekiranya Ng Tze Yong Bermain, Kecederaannya Akan Kekal” – Norza Zakaria

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria melihat kesihatan jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong patut diutamakan terlebih dahulu. Ini selepas beliau diminta mengulas tentang situasi kecederaan yang dialami Tze Yong dan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Bagi Norza, pemulihan kecederaan pemain perseorangan ke-16 dunia itu perlu […]
Hamidin: Mereka Bukan Orang Malaysia, Banyak Yang Palsu

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin tampil memberi penjelasan tentang beberapa pemain bola sepak yang disebut-sebut memiliki darah dan berketurunan Malaysia. Ketika ditemui di Hotel Armada, Petaling Jaya pada semalam, Hamidin menegaskan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial Instagram bola sepak yang menerbitkan hantaran mengatakan bahawa ada pemain bola sepak yang […]
Penampilan Sempoi Azam Azih Ke Latihan Buat Netizen Geli Hati

Pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih hadir ke sesi latihan Sri Pahang dengan penuh bergaya. Penampilan santai pemain berusia 29 tahun ini mencuri tumpuan ramai apabila beliau hadir ke padang latihan dengan menunggang motosikal. Rata-rata peminat dan penyokong pasukan Skuad Gajah teruja melihat penampilan jeneral tengah pengalaman ini. Mereka sempat meninggalkan respon di ruangan komen […]
Hannah Yeoh Beri Amaran Awal Buat Atlet RTG

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan para atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) agar tampil lebih cemerlang selepas ini. Stadium Astro melaporkan ingatan ini dibuat dengan mengambil kira pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 membabitkan beberapa acara sukan semakin hampir ke penghujung. Seandainya mereka gagal layak secara merit ke Sukan Olimpik […]
Gol Tercalon Ke Puskas? Faisal Halim Tak Fikir, Kekal Rendah Diri

Pemain sayap negara, Faisal Halim tidak mahu memikirkan mengenai pencalonan golnya ke Puskas FIFA selepas memenangi gol terbaik di Piala Asia 2023. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi pengumuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan pemain yang mesra […]
Hadif Hizamshol & Pemain Malaysia Berentap Di England

Perlawanan persahabatan membabitkan delegasi pemain ‘Dare to Dream’ dan skuad The New Saints (TNS) Bawah 19 Tahun (B-19) baru-baru ini turut menampilkan seorang pemain muda Malaysia yang berbakat. Pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap muda, Hadif Hizamshol. Mengikut keterangan akaun X Harimau Abroad, beliau diturunkan dalam aksi persahabatan yang berlangsung baru-baru ini. “Hadif Hizamshol dan […]
Bintang Tengah Belanda Disambar Lion City Sailors

Selepas dua kali terlepas gelaran juara Singapore Premier League (SPL), Lion City Sailors mahu bangkit untuk musim 2024. Atas sebab itu, The Sailors mengumumkan perpindahan bintang tengah Belanda, Bart Ramselaar dari Utrecht dengan yuran yang tidak didedahkan. “Lion City Sailors memperkenalkan pemain tengah Belanda, Bart Ramselaar sebagai perpindahan kedua kelab untuk Singapore Premier League (SPL) […]