FAM Tak Mahu Risikokan Arif Aiman

arif aiman- fa malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikan pemain kebangsaan, Arif Aiman ke kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman berkata, senarai pemain yang dipanggil bergantung kepada ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan menyerahkan sepenuhnya kepada beliau bagi menghadapi kejohanan tersebut. Namun Datuk Noor Azman […]

Tular Aksi Ala ‘Gusti’ Pada Aksi Sabah & Pahang Rangers

Aksi Sabah menentang Pahang Rangers pada Ahad dicemari insiden panas melibatkan para pemain. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menyaksikan Pahang Rangers berjaya mencuri tiga mata berharga meskipun ketinggalan 2-0 di awal permainan. Di dalam perlawanan, satu kejadian tak diingini berlaku apabila pemain Sabah, Syah Azman dilayangkan kad merah oleh pengadil […]

Pelatih Persiraja Konfirmasi Nurhidayat Gabung Klub Filipina

Persiraja Banda Aceh melalui pelatih Achmad Zulkifli mengkonfirmasi bahwa pemainnya, yakni Nurhidayat Haji Haris, akan bergabung klub Filipina. Namun, Achmad Zulkifli mengaku tidak tahu pasti mengenai nama klub yang akan dibela mantan kapten Timnas Indonesia U-19 tersebut. “Ya benar. Setelah dari Persiraja, dia akan bergabung ke klub Filipina,” kata Achmad Zulkifli, dilansir dari Bolasport. “Untuk […]

Stuart Wilkin Anggap Tuntutan Kim Pan-gon Amat Wajar

Perancang tengah pasukan negara, Stuart Wilkin yakin dengan kemampuan Malaysia untuk terus mempamerkan persembahan berkualiti dan memenuhi tuntutan Kim Pan-gon menentang Oman. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting Harimau Malaya terutamnya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar. Beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon apabila diturunkan dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan di […]

FAM Puas Hati 100%, Yakin Padang SNBJ Boleh Pakai & Lebih Cantik

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini. Keyakinan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ke-10 di […]

MPFL: Pahang Rangers Bangkit Baham Sabah

Aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) minggu ini menyaksikan Pahang Rangers mempamerkan kualiti sebagai juara bertahan apabila bangkit menewaskan Sabah. Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu lalu ini menyaksikan Pahang Rangers dikejutkan dengan jaringan awal pemain Sabah, Syah Azman. Sabah terus garang dengan gol kedua menerusi Wan Raziq Wan Zulhasmi pada minit ke-10 untuk […]

5 Pasukan Handalan Bakal Uji Skuad Muda Malaysia

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal berdepan lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk Piala Asia B-23 2024. Lima perlawanan tersebut ialah India pada 22 dan 25 Mac, China (3 April) dan Qatar (6 atau 7 April). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan satu pasukan pada 10 atau 11 […]

Tiket Aksi Thailand & Korea Selatan Sudah Habis Terjual

Peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan Thailand menentang Korea Selatan pada 26 Mac ini bakal kecewa. Ini selepas SiamSport melaporkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 itu yang diadakan di Stadium Rajamangala itu sudah habis dijual. Pengumuman ini menyaksikan skuad Gajah Perang yang dibimbing Masatada Ishii bakal mendapat sokongan padu warga Thailand pada tarikh […]

Terkini: Manuel Ott Pulang Ke Terengganu

Pemain tengah antarabangsa Filipina, Manuel Ott akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga musim ini selepas disahkan kembali menyertai Terengganu FC. Perpindahan Ott ke Terengganu telah diumumkan pihak kelab melalui satu video yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan. Bekas kapten Kedah itu dijangka bakal membentuk gandingan mantap di bahagian tengah Terengganu bersama-sama Akram […]

Hasrat Kelab Malaysia ‘Pancing’ Mousa Al-Tamari Tersekat

Hasrat kelab Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Jordan, Mousa Al-Tamari tidak kesampaian. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting pasukan kendalian Hussein Ammouta apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas akhir Piala Asia 2023. Beliau juga memainkan peranan hebat ketika menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 bagi aksi pertama peringkat kumpulan. Sebelum […]

Mano Polking Tidak Akan Ke Selangor

Hajat penyokong Selangor FC melihat bekas jurulatih Thailand, Mano Polking menjadi pengendali pasukan itu tidak kesampaian. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan nama jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu tidak tersenarai dalam senarai pendek jurulatih yang berpotensi melatih Selangor. Selangor dilaporkan sudah mengenalpasti seorang jurulatih sebagai pengganti Tan Cheng Hoe daripada senarai empat orang […]

Identiti Penjaga Gol Baru JDT Masih Samar

Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengumumkan mahu mengambil seorang penjaga gol baru, ramai peminat ingin tahu siapa penjaga gol baru pasukan itu. Ini kerana sehingga artikel ini ditulis, Harimau Selatan masih tidak mendedahkan identiti penjaga gol baru berkenaan. Bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam percaya penjaga gol baru JDT ini sebenarnya penjaga […]

Penalti Yuya Osako Menggoncang Dunia Bola Sepak

Penyerang Vissel Kobe, Yuya Osako telah menghasilkan satu kegagalan penalti yang menggoncang dunia bola sepak terutamanya di Jepun. Dalam aksi Liga J1 Jepun di antara Vissel Kobe dan FC Tokyo semalam, Vissel Kobe telah dihadiahkan sepakan penalti seawal minit ke-9 perlawanan. Osako yang mengambil tugas sepakan penalti itu gagal menyudahkannya dengan menyaksikan bola melambung jauh […]

Everton Buru Khidmat Bekas Jurulatih JDT, Tano Solari

Selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada akhir musim 2023, ramai peminat bola sepak ingin tahu destinasi terbaru jurulatih Argentina, Tano Solari. Kini, wartawan sukan Argentina, Cesar Luis Merlo melaporkan jurulatih berusia 43 tahun itu bakal dilantik sebagai jurulatih baru kelab Chile, Everton de Vina del Mar. Kelab yang diberi jolokan Los Oro […]

EPL: Arsenal Atasi Tentangan Sengit Brentford

Kelab gergasi utara London, Arsenal merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Liverpool untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam. Ini selepas The Gunners mengatasi cabaran Brentford dalam perlawanan setempat London yang berlangsung pada awal pagi tadi. Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta perlu menang sekiranya ingin menyaingi Liverpool dan Manchester City yang menduduki kedudukan dua teratas dalam […]

Bintang Borussia Dortmund, Mats Hummels Puji Kualiti Antarabangsa Stadium Sultan Ibrahim

Pertahanan kental Borussia Dortmund, Matt Hummels menikmati setiap detik yang dilalui ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang keramat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 35 tahun itu merupakan lagenda buat skuad yang terkenal dengan jolokan Die Brussen sejak kali pertama beraksi buat kelab itu pada tahun 2008. Menerusi satu temu bual bersama bekas […]