Pendapat Berbeza CEO Negeri Sembilan & Zaquan Adha

Ramai peminat bola sepak Negeri Sembilan FC terkejut dengan keputusan pengurusan pasukan untuk melepaskan penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak. Perasaan sama turut dikongsi beliau semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena hari ini. Zaquan mengakui tidak tahu tentang status dirinya bersama skuad Rusa sehinggalah menerima surat pemakluman bahawa kontraknya tidak […]

ACL: Yokohama F. Marinos Layak Ke Separuh Akhir, Tundukkan Shandong Taishan

Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebentar tadi menyaksikan Yokohama F. Marino menewaskan Shandong Taishan dengan keputusan 1-0.  Sebelum ini, gergasi Jepun ini menang pusingan pertama suku akhir dengan keputusan 2-1. Ini bermakna Yokohama F. Marinos layak ke peringkat separuh akhir selepas menang agregate 3-1. Separuh masa pertama berakhir tampa sebarang jaringan yang dapat […]

All England: Lee Zii Jia Gah Singkirkan Kodai Naraoka

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua All England Open Championship 2024. Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya mara selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka. Kemenangan ini amat bermakna buat beliau selepas tiga kali tewas kepada Naraoka dalam empat pertemuan sebelum ini. Kali terakhir kedua-duanya bertemu […]

Arif Aiman Tiada Dalam Senarai Juan Torres Ke Piala Asia

Nama pemain muda berbakat negara, Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai ketua jurulatih skuad b-23 negara, Juan Torres Garrido untuk menjalani latihan pusat bagi persiapan ke Piala Asia B-23. Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi apabila membantu Harimau Malaya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar tempoh hari. Beliau mencatat nama selaku penjaring untuk […]

“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain. “Menerusi maklumat […]

Pertahanan Juara Piala Dunia B-17 Sertai Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC memperkukuh barisan pertahanan mereka dengan mendapatkan bek tengah Nigeria, Aliyu Abu Bakar. Perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu diumumkan pengurusan skuad Rusa di platform media rasmi mereka semalam. Aliyu hadir dengan reputasi bukan calang-calang kerana pernah memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) pada 2013 bersama Nigeria. “Aliyu Abubakar ialah pemain […]

Kedah Seru Sokongan Padu Peminat, Kukuhkan Kewangan Kelab Menjelang Musim Baru

Menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyeru sokongan peminat untuk memperkukuh kedudukan kewangan pasukan itu. Seruan itu dibuat oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. Menerusi kempen ‘KEEP THE HOPE […]

Pemain Australia Buat ‘Hal’, Jaring Gol Padu Dari Tengah Padang

Tindakan seorang pemain A-League melakukan rembatan voli ke arah gol dari bahagian tengah padang menjadi bualan ramai peminat bola sepak Australia. Perkara ini dilakukan oleh pemain tengah Melbourne City, Terry Antonis semasa kelab itu turun menentang Western Sydney Wanderers dalam aksi terbaru A-League semalam. Selepas melambungkan bola ke bahagian tengah padang, Antonis terus melakukan percubaan […]

Nilai Skuad Indonesia Meningkat RM21 Juta, Hampiri Finalis Piala Asia 2023

Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati. Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia. Ketika memasuki fasa Piala […]

Hutang Man United Cecah RM4.6 Bilion

Man United kini berdepan hutang yang mencecah RM4.6 bilion. Tanggungan hutang tersebut merupakan sebahagian daripada laporan kewangan untuk suku tahunan keempat sehingga 31 Disember 2023. Manchester Evening News melaporkan United merekodkan pendapatan sebanyak £225.8 juta (RM1.35 bilion), pendapatan itu disumbang oleh penyertaan mereka dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Dengan United tersingkir di peringkat kumpulan, pencapaian […]

Juan Torres Tagih Sentuhan Pemain Liga Jerman

Persiapan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar lebih mantap dengan kehadiran seorang pemain yang beraksi di liga Jerman. Pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan kelab SV Waldhof Mannheim berusia 21 tahun, Annil Vigneswaran. Annil merupakan salah seorang daripada dua pemain yang berpangkalan di luar negara yang dipanggil Juan […]

Police Tero Ke Johor Bahru

Kelab Thailand, Police Tero menggunakan tempoh rehat liga dengan mengadakan kem latihan di Johor Bahru, Johor. Perkara ini diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di platform media sosial mereka hari ini. “Mari pergi ke Johor Bahru. Pagi yang gelap hari ini, pemain dan staf Tero FC berlepas ke kem latihan di Johor Bahru, Malaysia dari […]

Pemain Malaysia Kesan Pendekatan Oman Sudah Berubah

Kem Harimau Malaya tampak sudah mula teliti persiapan pasukan Oman apabila sudah memantau beberapa perubahan yang berlaku dalam skuad kebangsaan Oman. Dijadual berdepan Oman pada 22 Mac kelak, Malaysia berkampung di kem latihan pusat lebih awal dan melakukan persiapan rapi dibawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Menurut perkongsian pemain tengah negara iaitu Brendan Gan, beliau […]

Jordan Mintah Milik Kuching City

Bekas penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah telah disahkan kekal beraksi di Malaysia selepas menjadi rekrut terbaru Kuching City FC. Perpindahan Mintah ke Kuching City baru sahaja diumumkan sebentar tadi melalui satu video rasmi yang disiarkan di semua platform media sosial kelab dari Sarawak itu. Ini bermakna, Mintah bakal melengkapkan lima tahun karier bola sepak di […]

UCL: Barcelona Tamatkan ‘Badi’ Mara Ke Suku Akhir, Tundukkan Napoli

Perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara sebentar tadi menyaksikan pertembungan antara Barcelona dan Napoli berakhir dengan keputusan 3-1. Sebelum ini, Barcelona dirantai Napoli dengan keputusan 1-1 bagi perlawanan pertama pusingan 16. Pagi ini, bagi perlawanan kedua pusingan 16 Barcelona sekalis gus mara ke suku akhir selepas menang agregat (4-2). Separuh masa pertama dilihat penguasaan bola […]

UCL: Kemenjadian David Raya Julang Arsenal Benam Porto

Pusingan 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) diteruskan lagi dengan pertembungan Arsenal dan kelab gergasi Portugal, FC Porto dengan Porto berkelebihan agregat 1-0 sebelum aksi kedua pusingan 16 terakhir dimulakan. Kedua-dua pasukan menurunkan pasukan terkuat masing-masing bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan suku akhir. Arsenal memulakan perlawanan dengan serangan bertali arus sekali gus […]