Perak Semakin Hampir Sambar Penyerang Colombia

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memberi bayangan pasukan itu semakin hampir mendapatkan penyerang Colombia, Wilmar Jordan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada Nadi Arena apabila ditanya tentang prospek perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu. Buat masa ini, Yusri enggan mengulas lebih panjang kedudukan Jordan memandangkan penyerang itu masih memiliki kontrak bersama kelab Indian Super League […]

Isu Salah Laku Seksual, Jurulatih Renang Didapati Tidak Bersalah

Tidak lama dahulu, seorang jurulatih renang untuk atlet renang para disiasat pihak berkuasa atas dakwaan salah laku seksual. Susulan itu, jurulatih tersebut digantung sementara siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) Majlis Sukan Negara (MSN). Hari ini, MSN mengumumkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (No […]

Azam Azmi & Ivan Mamut Cetus Keresahan Kem Terengganu

Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC mula gelisah melihat isu kecederaan yang menimpa dua tonggak utama, Azam Azmi Murad dan Ivan Mamut. Kegusaran ini diluahkan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Terengganu FC di media sosial rasmi pasukan. Namun apa yang melegakan jurulatih kelahiran Croatia ini adalah kembalinya tiga pemain […]

Teka Teki Kehilangan Pau Marti Terjawab

Ketiadaan penolong jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente ketika aksi Malaysia menentang Oman baru-baru ini cetus tanda tanya ramai pihak. Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Bukit Jalil tempoh hari, Malaysia terpaksa akur apabila tewas kepada Oman dengan keputusan 2-0. Skrip yang sama seperti di Muscat, Oman berulang apabila ketika itu Malaysia turut tewas […]

Skuad Futsal Vietnam Cipta Sensasi, Ikat Pasukan Ke-8 Dunia

Skuad futsal Vietnam mencipta sensasi dengan mengikat Maghribi 3-3 dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa 2024 yang berlangsung semalam. Ini satu kejayaan yang hebat memandangkan Maghribi merupakan pasukan kelapan dunia ketika ini. Selepas mengikat New Zealand 2-2 beberapa hari yang lalu, Vietnam mengulangi pendekatan serupa bila berdepan pasukan Afrika Utara itu. Tu Minh Quang meletakkan Vietnam di […]

Shin Tae-yong: Era Emas Vietnam Bakal Berakhir

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong merasakan era emas pasukan Asia Tenggara, Vietnam bakal berakhir. Ini kerana meskipun Pahlawan Bintang Emas masih lagi antara pasukan terkuat di rantau itu, ini tidak dicerminkan menerusi beberapa keputusan perlawanan lalu. Ini termasuk dua kekalahan yang dialami Vietnam di tangan Tim Garuda dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 21 dan […]

Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Sporting CP

Skuad muda JDT mempamerkan persembahan yang amat membanggakan ketika tewas tipis di tangan Sporting CP dalam aksi JSSL Singapore International 7s. Kejohanan yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan skuad B-16 JDT berpeluang untuk bertemu lawan daripada akademi terkemuka dunia. JSSL Singapore Professional Academy 7s merupakan sebuah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mengumpulkan bakat muda […]

Spain Masters: Arif Junaidi & Roy King Ke Final, Kejutkan Regu Ke-45 Dunia

Beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King terus melakar kecemerlangan dengan mara ke final Spain Masters 2024. Arif-Roy King mara selepas mengejutkan regu ke-45 dunia dari Perancis, Christo dan Toma Junior Popov. Dari segi ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelebihan memihak kepada Christo-Toma Junior berbanding Arif-Roy King (regu ke-65 dunia). Bagaimanapun, itu […]

EPL: Man United Hampir Dimalukan Brentford

Gol dramatik bekas bek tengah Celtic, Kristoffer Ajer memastikan Man United diikat Brentford 1-1 di Stadium Komuniti Gtech. Selepas dimalukan lawan sama 4-0 pada musim lepas, pengurus United, Erik ten Hag berharap perkara sama tidak berulang kali ini. Sementara The Bees pula memerlukan kemenangan hari ini bagi mengelak diheret ke dalam pertarungan mengelak penyingkiran membabitkan […]

EPL: Son Heung-min Muncul Wira Tottenham Tundukkan Luton Town

Tottenham Hotspur bergelut sebelum mengatasi cabaran pasukan corot Liga Perdana Inggeris, Luton Town apabila meraih jaringan minit akhir di Stadium Tottenham Hotspur. Spurs turun dengan barisan terbaik dibahagian serangan pasukan seperti James Maddison, Timo Werner, Devan Kulusevski dan juga Son Heung-min. Luton Town pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Andres Towsend dan Ross Barkley dalam menghadapi […]

EPL: Burnley Ikat Chelsea Dengan 10 Pemain

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Burnleybyang berakhir dengan keputusan 2-2. Seawal minit permainan, kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan.  Pada minit ke-22 permainan, jaringan yang dijaringkan oleh pertahanan Chelsea, Axel Disasi dibatalkan kerana terkena tangan. Skuad kendalian Mauricio Pochettino terus memberi asakan bertali arus. Akhirnya pada […]

Perak Jinakkan Albirex Niigata

Pasukan Perak hari ini turun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa berdepan kelab dari Singapura, Albirex Niigata. Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Ipoh malam semalam berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan Perak selepas mengatasi Albirex Niigata, 3-1. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Pasukan tuan rumah mendahului aksi menerusi jaringan pembukaan yang berjaya dihasilkan pemain […]

Terkini: Kim Pan-gon Nafi Hantar Surat, Komited Bimbing Malaysia Hingga Akhir 2025

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menafikan telah menghantar surat peletakan jawatan dan komited untuk terus membimbing Harimau Malaya hingga akhir 2025. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyatakan keinginan untuk terus membimbing Malaysia dan yakin tugasannya belum berakhir. “Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal […]

“Bukan Kim Pan-gon Sahaja, Belasan Staf Dah Letak Jawatan & Ada Yang Dipecat”

Kemelut yang melanda kem Harimau Malaya kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air susulan khabar yang mengatakan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan meletak jawatan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perkhabaran mengejutkan berkenaan keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Laporan menyebut bahawa Pan Gon dilaporkan mahu meninggalkan Skuad […]

Kim Pan-gon Hantar Surat Tinggalkan Harimau Malaya?

Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi tamparan hebat menjelang dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan jurulatih skuad senior negara, Kim Pan-gon dilaporkan mahu mengundurkan diri. Meskipun masih memiliki baki kontrak setahun, Pan-gon dilaporkan sudah bersedia menghantar surat penamatan kontrak lebih awal. “Jurulatih negara Kim […]

Korea Terima Hukuman Berat FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman berat kepada Korea berhubung pembatalan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menetapkan bahawa kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Jepun selepas aksi yang dijadualkan telah pun terbatal. Pembatalan aksi ini juga menyaksikan Jepun berjaya merekodkan kemenangan […]