Syamer Kutty Susuli Langkah Tinggalkan JDT?

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba difahamkan bakal menyusuli langkah untuk meninggalkan pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu baru sahaja selesai menjalani tugasan kebangsaan apabila beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Beliau bagaimanapun menghadapi kekangan sengit apabila jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Menerusi laporan wartawan […]

Kedah Terima Tajaan Cecah 6 Angka

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang saingan musim baru Liga Super yang bermula pada bulan hadapan. Hari ini, pengurusan Sang Kenari menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 yang bernilai RM100,000. Pengumuman penaja terbaru pasukan itu dibuat menerusi platform media sosial Kedah. Selain menjadi penaja utama […]

Piala Sumbangsih: Aksi JDT & Selangor Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pertemuan epik JDT dan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Selasa menyaksikan Piala Sumbangsih akan dijalankan pada awal bulan Mei sebagai aksi pembukaan Liga Super 2024-2025. “Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 […]

Pemain JDT & Lion City Bertengkar, Feroz Baharudin Kekal Tenang

Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lion City Sailors telah berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran wakil Singapura itu apabila membelasah lawan dengan keputusan 4-0. Kemenangan itu memastikan rekod bersih 100 peratus JDT ke atas Lion City Sailors masih kekal selepas […]

Sasaran Nova Widianto Terhadap Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Dilabel Tindakan Berani

Sasaran yang ditetapkan oleh jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto buat pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telah mendapat reaksi beberapa pihak. Sebelum ini, Nova Widianto telah memasang impian untuk melihat anak buahnya, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berada di podium pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada Jun […]

Cristiano Ronaldo Terima Kad Merah, Al-Nassr Terus Hampa

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kembali menarik perhatian peminat bola sepak ekoran tindakannya dalam aksi separuh akhir Saudi Super Cup awal pagi ini. Bekas penyerang Manchester United itu dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas beliau dikesan menyiku pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi pada minit ke-86. Perlawanan mula panas membabitkan kedua-dua pasukan tatkala Al-Nassr ketinggalan 2-0 pada ketika […]

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia, 12 Faktor Besar Jadi Penentu

MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya mengumumkan kalendar bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dengan mengambil kira 12 faktor. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, jadual pertandingan Liga Super 2024-2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) bagi membolehkan kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baharu. Jadual perlawanan itu melibatkan […]

Kalahkan UEA, Shin Tae-yong: Harusnya Bisa Cetak 4 Gol

Pelatih Timnas Indonesia U-23, Shin Tae-yong, menilai anak asuhnya seharusnya bisa mencetak empat gol kontra Uni Emirat Arab (UEA) dalam laga uji coba di Stadion Shabab Al Ahli, Dubai, Selasa (9/4/2024). Pada pertandingan tersebut, Timnas Indonesia U-23 meraih kemenangan dengan skor tipis 1-0. Gol semata wayang dilesakkan oleh Witan Sulaeman. Shin Tae-yong mengapresiasi penampilan Timnas […]

Juan Torres: Qatar Beri Pengajaran Kepada Malaysia B-23

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido menyifatkan aksi persahabatan menentang Qatar memberi manfaat kepada anak buahnya. Ini kerana perlawanan tersebut bukan saja mendedahkan barisan pemain Harimau Muda kepada tempo permainan pantas yang bakal dihadapi dalam saingan Piala Asia B-23 2024. Malah, ini secara tidak langsung menunjukkan skuad negara perlu tampil lebih […]

Skuad Indonesia B-23 Cipta Kejutan Tundukkan UAE

Skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) menutup kem latihan pra-Piala Asia B-23 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengalahkan tuan rumah 1-0. Selepas tewas 1-0 kepada Arab Saudi dalam aksi persahabatan pertama beberapa hari lepas, Tim Garuda mahu bangkit semula. Walau bagaimanapun, tuan rumah juga mahu mencari kemenangan sebagai tonik positif menjelang Piala Asia […]

JDT ‘Moreh’ Besar, Belasah Lion City Sailors

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan kedua menentang kelab Singapura, Lion City Sailors. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan beberapa watak penting skuad Harimau Selatan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan. The Sailors turun dalam misi besar untuk mempamerkan persembahan terbaik selepas kecewa di laman sendiri dengan keputusan […]

Persahabatan Futsal: Malaysia Pamer Karakter Sebenar, Tewaskan Vietnam

Skuad futsal Malaysia menutup kempen aksi persahabatan di Vietnam dengan melakar kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah hari ini. Selepas tewas 3-0 dalam aksi persahabatan pertama di Ho Chi Minh City pada 6 April lalu, skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam mahu bangkit melakar kemenangan. Meskipun lawan yang dibimbing Diego Raúl Giustozzi itu menduduki ranking […]

Laungan Azan Bergema Di Stadium Anfield

Peminat bola sepak kagum apabila azan dilaungkan di stadium keramat Liverpool, Anfield baru-baru ini. Azan tersebut dilaungkan bagi menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa bagi hadirin yang menyertai program Share Ramadan anjuran Yayasan LFC, Islamic Relief UK dan Rangkaian Masjid Wilayah Liverpool (LRMN). Program tersebut menarik kehadiran lebih 2,800 orang termasuk umat Islam […]

Liga M3 Kini Dikenali Sebagai Liga A1 Semi Pro

Menjelang musim 2024/25, Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengumumkan Liga M3 dijenamakan semula sebagai Liga A1 Semi Pro. Keputusan penjenamaan semula liga ini dibuat dalam Mesyuarat Kali Kedua Tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL yang dipengerusikan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi secara dalam talian hari ini. Selain Liga M3, AFL turut mengumumkan Liga […]

Aksi Final Galatasaray & Fenerbahce Hanya Bertahan Satu Minit

Arena bola sepak Turkiye kecoh disebabkan gara-gara tindakan kelab gergasi Turkiye, Fenerbahce dalam aksi final Turkish Super Cup hari ini. Fenerbahce bukan saja membuat kejutan dengan menurunkan pasukan bawah 19 tahun (B-19) menentang musuh tradisi, Galatasaray. Malah, mereka bertindak meninggalkan padang selepas ketinggalan 1-0 menerusi gol penyerang Argentina, Mauro Icardi seawal minit pertama. Perlawanan tersebut […]

Kedah Bakal Bebas Sekatan FIFA

Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kelab itu bakal bebas daripada sekatan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Baru-baru ini, tular mengenai sebuah berita yang menyatakan bahawa Sang Kenari merupakan salah sebuah kelab di Liga Malaysia yang dikenakan perpindahan pemain oleh FIFA. Hal ini susulan pelbagai masalah dalaman termasuklah tunggakan gaji yang melanda pasukan […]