KL City Sambar Khidmat Pertahanan Montenegro, Adrijan Rudovic

Finalis Piala FA 2023, KL City FC diperkuatkan dengan seorang pemain import baru dari Montenegro iaitu Adrijan Rudovic. Perpindahan bek tengah berusia 28 tahun itu diumumkan The City Boys menerusi platform media sosial mereka hari ini. “Sedikit hadiah Raya buat The City Boys! Selamat datang ke ibu kota, bek tengah baru kita, Adrijan Rudovic!” kata […]
Syamer Kutty Pulang Ke Utara, Sertai Penang FC

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba akan kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan Penang FC dengan satu poster pemain tengah berusia 27 tahun itu menyarung jersi kelab tersebut. Anak jati Pulau Pinang ini menyertai pasukan utara tanah air secara pinjaman […]
Badminton Asia Championship: Jonatan Christie Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Hari keempat saingan Badminton Asia Championship 2024 menyaksikan kemaraan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia disekat oleh Jonatan Christie dari Indonesia. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia dilihat memiliki kelebihan setelah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut ke atas Christie dengan kali terakhir adalah pada saingan India Open 2024 yang menyaksikan wakil negara itu menang 21-15, […]
Justin Hubner Bertemu Pemain Berbakat Malaysia Di Wolves

Pada Februari lalu, 12 pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga Bolasepak Amatur (AFL) terpilih menjalani program Dare to Dream bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves. Program tersebut merupakan sebahagian daripada projek Wolves Golden Chance, satu inisiatif sukan antarabangsa yang diusahakan kelab EPL itu. Projek ini bertujuan membantu atlet muda dari seluruh dunia untuk […]
Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Di Piala Asia B-23 Curi Tumpuan

Senarai akhir 23 orang pemain Malaysia ke Piala Asia B-23 mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Skuad kendalian Juan Torres akan mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar dengan barisan terbaik sungguhpun tanpa kehadiran beberapa pemain. Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), terdapat gabungan beberapa muka baharu dan lama […]
Uzbekistan Catat Rekod Bersih Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 berdepan Malaysia, Uzbekistan kelihatan berada di tahap terbaik apabila tampil garang dalam beberapa aksi pemanas badan yang diatur. Ini selepas kejayaan The White Wolf mencatatkan tiga aksi tanpa kalah dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan menentang Qatar dan China sebagai persiapan sebelum saingan bermula. Pada perlawanan […]
Badminton Asia Championship: Aaron Chia-Wooi Yik Benam Cabaran Liu Yuchen-Ou Xuangyi

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Badminton Asia Championship 2024. Ini selepas mereka berjaya mengatasi cabaran regu lelaki kelapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi di peringkat suku akhir hari ini. Pertembungan dua regu ini sentiasa dinantikan ramai peminat badminton. Ini kerana dalam tujuh […]
Media Vietnam Laporkan Kem Malaysia Alami Krisis Kecederaan Di Qatar

Media Vietnam melaporkan kem Malaysia alami krisis kecederaan di Qatar selepas tamat siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala Asia Bawah 23 tahun bermula. VnExpress melaporkan bahwa salah seorang pemain tengah kebangsaan bawah 23 tahun, Aiman Afif mengalami kecederaan selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Qatar tempoh hari. Malaysia tewas bagi aksi tersebut. Ini merupakan aksi […]
Lee Zii Jia Ketuai Cabaran Malaysia Ke Thomas Cup

Jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia, Lee Zii Jia sah mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024. Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu. Selain Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh turut dipilih sebagai wakil perseorangan lelaki negara. Tze […]
Saudi Super Cup: Al-Hilal Muncul Gergasi Arab Saudi, Tewaskan Al-Ittihad

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menggondol trofi pertama mereka untuk musim 2023/24 dengan muncul juara Saudi Super Cup awal pagi ini. Kejayaan ini dicapai selepas mengatasi seteru tradisi, Al-Ittihad di pentas final yang berlangsung di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi. Dengan rekod lima kemenangan daripada lima pertemuan lepas, The Blue Waves dilihat pasukan pilihan […]
”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan […]
Syahir Iqbal Lihat Kemajuan Positif Malaysia Selepas Tundukkan Vietnam

Pemain futsal Malaysia, Syahir Iqbal Khan memilih untuk bersikap positif selepas dua aksi pemanas badan bertemu negara serantau, Vietnam minggu lalu. Skuad futsal kebangsaan menjalani dua aksi persahabatan di Ho Chi Minh City minggu lalu yang menyaksikan Malaysia tumbang dengan keputusan 0-3 kepada Vietnam di perlawanan pertama pada Sabtu. Malaysia kembali mempamerkan belang sebenar apabila […]
Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang. Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super […]
Keluarga Punca Luqman Hakim Kekal Berjuang Di Luar Negara

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui sokongan keluarga menjadi pendorong buat dirinya untuk terus beraksi di luar negara. Sejak berhijrah menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk pada 2020, penyerang berusia 22 tahun itu bergelut mendapatkan minit permainan yang kerap. Situasi ini bukan saja dialami Luqman di Kortrijk. Malah, beliau juga bergelut mendapatkan minit permainan mencukupi […]
UEL: Atalanta Tolak Liverpool Ke Ambang Penyingkiran

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berdepan kemungkinan tersingkir dari Liga Europa UEFA (UEL). Ini selepas pasukan yang dibimbing Jurgen Klopp itu tewas 3-0 kepada kelab Serie A, Atalanta dalam aksi pertama suku akhir di Anfield awal pagi ini. Selepas disingkirkan Manchester United dalam suku akhir The FA Cup, Liverpool berusaha merealisasikan impian tiga kejuaraan […]
Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024. Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024. Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau […]