“Harimau Malaya Makin Ramai Naturalisasi, Pemain Tempatan Berkurang” – Azlan Johar

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Azlan Johar berpandangan persaingan untuk menyarung jersi Harimau Malaya semakin sukar buat pemain tempatan dengan kehadiran pemain naturalisasi. Azlan Johar kemudian menyambut baik tindakan beberapa pemain kebangsaan yang memilih berhijrah keluar untuk mendapatkan minit permainan demi terus merebut tempat dalam skuad kebangsaan. Sebagai pemain bola sepak profesional, mendapatkan minit permainan yang […]

Ivan Mamut Perlu Berehat Panjang

Terengganu FC menerima tamparan hebat menjelang permulaan musim 2024/25 apabila terpaksa melupakan khidmat Ivan Mamut. Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, khidmat penyerang Croatia berusia 26 tahun itu terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan tendon Achilles. Keadaan ini mengakibatkan Mamut perlu menjalani tempoh pemulihan yang lama sebelum dapat kembali membantu skuad Peteh. “Kecederaan tendon Achilles […]

Sri Pahang Hadapi Dua Aksi Pra-Musim Di Singapura

Singapura bakal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang kelab di sana menjelang saingan Liga Malaysia 2024-2025. Perkara ini diumumkan oleh Sri Pahang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan yang memaparkan poster beserta jadual dua aksi pra-musim menentang Albirex Niigata dan Geylang International. Anak-anak buah Fandi Ahmad dijadualkan turun […]

Kim Pan-gon Buka Mulut Tentang Kekalahan Berdepan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil membuka mulut mengenai kekalahan skuad kendaliannya berdepan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari. Malaysia terpaksa menelan hakikat perit selepas tewas dua aksi berturut-turut kepada pasukan ke-77 dunia itu sekaligus menyebabkan peluang untuk mara ke pusingan berikutnya semakin sukar. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun memuji […]

3 Pemain JDT Sertai Terengganu

Tiga orang pemain penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyertai Terengganu bagi saingan musim 2024/25. Skuad Harimau Selatan telah membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan pasukan. Hal ini membuka ruang untuk beberapa pemaij skuad utama JDT keluar menyertai kelab lain untuk mengumpul lebih banyak minit bermain. Perkembangan jendela perpindahan musim ini turut diserikan apabila […]

Kelab Korea Sisihkan Import Kerana Terlebih Lemak

Kelab Liga K1 Korea Selatan, Gwangju FC baru-baru ini telah mensisihkan pemain import dari Albania, Jasir Asani gara-gara terlebih lemak. Jurulatih Gwangju, Lee Jung-hyo membuat keputusan berkenaan selepas melihat Jasir tidak berada dalam keadaan yang baik ketika dalam sesi latihan dan mendapati pemain berusia 28 tahun itu terdapat lemak yang berlebihan. Jung-hyo juga berasa pelik […]

Bekas Pemain Kebangsaan Tak Terima 7 Bulan Gaji?

Bekas pemain kebangsaan, Khairil Anuar Zamri atau lebih mesra dipanggil Beto mendedahkan bahawa masih belum menerima tujuh bulan tunggakan gaji daripada dua bekas kelabnya. Dalam satu hantaran di laman X, Beto difahamkan masih menunggu tiga bulan tunggakan gaji dari Sarawak United FC manakala empat bulan tunggakan gaji dari Kelantan FC. “Sarawak United FC 9,10,11. Kelantan […]

Piala Sultan Azlan Shah: Misi Dalam Dilema Malaysia Pertahankan Kejuaraan

Kegusaran mula timbul buat skuad hoki Malaysia menjelang aksi pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2024. Kerisauan ini mula diluahkan oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan, Dharma Raj Abdullah mengenai tahap kemampuan pasukan negara untuk mempertahanan kejuaraan yang dimenangi edisi lalu dengan hanya dibarisi empat pemain senior. Menurut Dharma, rombakan drastik dalam senarai pemain ke kem […]

Ong Kim Swee Kongsi Perbezaan Ketara Skuad Malaysia & Uzbekistan B-23

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 di antara Malaysia dan Uzbekistan, Datuk Ong Kim Swee melihat sisi berbeza yang perlu ditambahbaik oleh skuad muda negara. Menurut Datuk Ong Kim Swee, faktor kecergasan para pemain merupakan aspek yang perlu dititikberatkan berbanding aspek fizikal memandangkan tahap kecergasan pemain-pemain negara berada di tahap yang kurang […]

Detik Malang Liverpool 10 Tahun Lalu Berulang Kembali

Ramai penyokong Liverpool hampa apabila melihat pasukan kesayangan mereka tewas 1-0 kepada Crystal Palace semalam. Ini kerana kekalahan tersebut meranapkan impian mereka bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24. Kekalahan tipis di tangan The Eagles mengingatkan penyokong The Reds kepada apa yang berlaku di Anfield 10 tahun lalu. Musim 2013/14 menyaksikan Liverpool merebut kejuaraan […]

“Harapnya Apa Yang Berlaku Antara BAM & Lee Zii Jia Tidak Jangkiti Sukan Lain”

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan isu yang timbul membabitkan Lee Zii Jia baru-baru ini tidak patut berlaku. Pekan merujuk kepada isu hak imej membabitkan jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu yang tersebar di media. Juara Arctic Open 2023 itu terpilih mewakili Malaysia ke Thomas Cup 2024 selepas isu hak imejnya berjaya diselesaikan […]

Bayer Leverkusen Pecah Dominasi Bayern Munich, Julang Bundesliga

Bayer Leverkusen sah bergelar juara Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh 120 tahun penubuhan kelab tersebut. Pasukan yang dibimbing legenda Liverpool, Xabi Alonso itu bergelar juara selepas mengalahkan Werder Bremen 5-0 di BayArena semalam. Die Werkself hanya perlu mengatasi Bremen untuk bergelar juara. Ini selepas dua pencabar terdekat Leverkusen, Bayern Munich dan VfB Stuttgart masing-masing […]

Nathan Tjoe-A-On Resmi Perkuat Indonesia Di Piala Asia U-23 2024

Bek SC Heerenveen, Nathan Tjoe-A-On, resmi bergabung Timnas Indonesia U-23 untuk berjuang di Piala Asia U-23 2024. Ketum PSSI, Erick Thohir, melobi SC Heerenveen dan berhasil. Alhasil, pemain berusia 22 tahun itu langsung terbang ke Qatar. Baca Juga: Elkan Baggott Cetak Gol Perdana Untuk Bristol Rovers “Kami baru mendapat kabar baik bahwa Nathan bisa tampil […]

Perbezaan Terkini Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Perbezaan terkini kedudukan juara bertahan Liga Super 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Asia mencuri tumpuan. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi tahun ini sementara The Red Giants bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan ini mara selepas […]

KL City Hilang 4 Tonggak Penting Musim 2024/25

Liga Super musim 2024/25 menyaksikan KL City FC kehilangan empat tonggak utama yang membantu mereka ke final Piala FA musim 2023. Mengikut data Transfermarkt, empat tonggak tersebut ialah T. Saravanan, Azim Al Amin Kamaruddin, Akram Mahinan dan Romel Morales. Saravanan dan Azim masing-masing menyertai Sri Pahang FC dan Selangor FC. Sementara Akram pula beralih angin […]

EPL: Aston Villa ‘Beraya Sakan’ Malukan Arsenal

Arsenal menerima tamparan hebat dalam misi mengejar kejuaraan liga setelah tumpas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri. The Gunners yang kini berada dalam prestasi terbaik berhasrat memungut tiga mata penuh bagi memberi tekanan kepada pencabar mereka di takhta liga seperti Man City dan Liverpool. Manakala, Aston Villa yang dibimbing […]