JDT Lancar Jersi ‘Home & Away’ Musim 2024/25

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2024dalam satu majlis pelancaran yang turut dimeriahkan dengan kehadiran para penyokong di StadiumSultan Ibrahim pada 24 April 2024. Harimau Selatan masih mengekalkan jenama Nike sebagai pengeluar jersi pasukan tersebut. Jersi baharu JDT musim ini didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi berwarna ‘biru […]

ACL: Penalti Bantu 10 Pemain Yokohama F. Marinos Singkirkan Ulsan Hyundai

Ulsan Hyundai harus menelan kenyataan pahit apabila disingkirkan 10 pemain Yokohama F. Marinos menerusi penentuan sepakan penalti. Yokohama F. Marinos turun dengan kesebelasan terbaik bagi memadam defisit kekalahan 1-0 kepada Ulsan sebelum ini dengan menagih bisa penyerang Anderson Lopes. Ulsan Hyundai pula mengekalkan hampir muka-muka sama dengan perlawanan pertama separuh akhir seperti Joo Min-Kyu, Gustav […]

Battle of the Reds Bakal Meriahkan SNBJ

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal diserikan dengan kehadiran barisan legenda Manchester United dan Liverpool untuk aksi pertunjukan Battle of the Reds. Perlawanan pertunjukan ini dianjurkan oleh AllStar Sports Sdn Bhd dengan kerjasama World Football League (WFL) dan ACO Media. Menurut Pengarah Eksekutif Projek Battle of the Reds, Azman Fahmi Osman, kehadiran para legenda ini […]

David James Akui Terengganu Pasukan Istimewa Di Malaysia

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan England, David James mengakui Terengganu merupakan sebuah pasukan yang istimewa di Malaysia. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media Battle of The Reds di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan mengenai persaingan sengit yang bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan. Katanya, pertemuan lagenda Man United dan Liverpool ini bakal memberikan satu pengalaman […]

AFC Cup: Central Coast Mariners Cipta Sejarah Ke Final, Tewaskan Abdysh-Ata Kant

Juara A-League musim 2022/23, Central Coast Mariners mara ke final Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah kelab apabila mengenepikan kelab Kyrgyzstan, Abdysh-Ata Kant dalam final antara zon kedua hari ini. Selepas terikat 1-1 dalam aksi final antara zon pertama di Stadium Spartak Kyrgyzstan pada minggu lepas, kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu dicari dalam aksi […]

AFC U-23 Asian Cup: Senarai Lengkap 8 Pasukan Ke Suku Akhir

Senarai akhir 8 pasukan ke suku akhir AFC U-23 Asian Cup mencuri tumpuan dalam misi untuk merebut dua slot di pentas akhir. Dua wakil Kumpulan A menyaksikan Qatar dan Indonesia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sementara Jordan dan Australia tersekat. Kumpulan B pula memperlihatkan dua pasukan pilihan, Korea Selatan dan Jepun mara sementara Arab […]

Berita Kelantan Jadi Bualan Orang Korea

Nama pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjadi bualan di Korea Selatan baru-baru ini. Ini selepas pasukan itu mengumumkan perlantikan Park Jae-hong sebagai jurulatih baru Kijang Emas untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih kelab K3 League, Yangju Citizen itu mendapat perhatian di negara itu menerusi satu artikel yang disiarkan di portal Goal […]

Mika Junco Pasang Impian Jadi Peledak Berbisa Negeri Sembilan

Penyerang baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Miguel Angel Junco atau lebih dikenali dengan panggilan Mika mahu memanfaatkan peluang beraksi bersama pasukan barunya itu dengan menjadi penyerang berbisa. Penyerang berusia 31 tahun kelahiran Sepanyol itu dijangka bakal mengetuai jentera serangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super yang bakal bermula 12 Mei 2024. “Sudah tentu saya […]

Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat. Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain […]

Juan Torres: Kad Merah Beri Kesukaran Kepada Malaysia

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui insiden kad merah Sikh Izhan Nazrel memberi kesukaran kepada skuad negara memburu keputusan positif semalam. Perlawanan terakhir Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Kuwait di Stadium Al Janoub menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas Sikh Izhan bertindak keluar dari kotak penalti […]

FAM Ambil Tanggung Jawab; Kenal Pasti Faktor Kegagalan Skuad Harimau Malaya B-23 Di Qatar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D. Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kepada skuad muda negara itu pulang tanpa sebarang mata apabila […]

Selangor Lepaskan 3 Pemain Ke Seteru Liga Super

Finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC membuat keputusan untuk melepaskan tiga bintang ke seteru Liga Super. The Red Giants sebelum ini terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Thailand bersama Police Tero. Perpindahan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang itu membuat keputusan untuk melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu. Keadaan […]

Malaysia Dan UAE Tinggalkan Qatar Dengan Cara Yang Serupa

Berakhir sudah perjalanan pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam kejohanan Piala Asia B-23 2024 di Qatar selepas tewas di tangan Kuwait pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia, beberapa pasukan hebat turut meninggalkan kejohanan seawal peringkat kumpulan iaitu Kuwait, Thailand, Australia dan beberapa pasukan yang lain. Namun penyingkiran Malaysia dari kejohanan berprestij Asia itu […]

Mukhairi Ajmal: Setiap Perlawanan Ada Penalti, Kami Kecewa

Kapten Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Mukhairi Ajmal mengakui kecewa kerana melihat pasukan itu kerap memberi penalti kepada pihak lawan. Dua aksi awal Kumpulan D menyaksikan Uzbekistan dan Vietnam masing-masing mendapat satu sepakan penalti bila menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-0. Cerita sama berulang dalam aksi terakhir Kumpulan D membabitkan Harimau Muda dan Kuwait semalam. Skuad […]

Jurulatih Kelantan Seru Pemain Berbakat Munculkan Diri

Kelab Liga A1 Semi Pro, Kelantan FC bakal melancarkan proses pemilihan pemain untuk membawa cabaran pasukan itu dalam musim 2024/25. Atas sebab itu, jurulatih Kelantan, Manja Man menyeru pemain-pemain berbakat di luar sana agar hadir dan menyertai proses pemilihan berkenaan. Manja melihat kehadiran pemain baru penting buat The Red Warriors kerana ini dapat memudahkan persiapan […]

“Fokus Tingkatkan Prestasi, Bukan Warna Rambut” – S. Subramaniam

Bekas pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam mengingatkan para pemain untuk memberikan fokus bagi meningkatkan prestasi dan bukannya sekadae mewarnakan rambut. Beliau ketika berkongsi analisis tentang perlawanan Piala Asia B-23 antara Malaysia dan juga Kuwait jelas kecewa apabila pasukan negara tewas kali ketiga dengan keputusan 2-1. Subramaniam menganggap fokus para pemain telah pun lari sambil mahu para […]