Arab Saudi Sokong Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20

Kuasa bola sepak Asia, Arab Saudi sedia memberi sokongan kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20). Perkara ini dinyatakan sendiri Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi, Bader bin Abdul Rahman Al-Qadi hari ini. Pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada […]

Cristiano Ronaldo Bakal Beraksi Di Indonesia?

Indonesia merancang untuk membawa pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo untuk beraksi di Indonesia. Perbincangan utama antara delegasi Indonesia dan pihak Al-Nassr menjurus kepada bakat muda Sang Garuda yang mahu dihantar untuk mengembangkan bakat di Arab Saudi bersama kelab tersebut. Pasukan gergasi Asia itu menjadi antara kelab contoh di rantau ini tatkala pelbagai kejayaan telah dikecapi […]

Pra-Musim: Kuching City Atasi Tentangan Hougang United

Kuching City FC bangkit daripada kekalahan di tangan KL City FC dalam aksi pertama Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) apabila menewaskan kelab Singapura, Hougang United. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada KL City dan Sabah FC, The Cats dan The Cheetah berazam memburu kemenangan. Kuching City menurunkan bekas penyerang KL City, Tchetche Kipre untuk […]

Park Hang-seo Hambur Pujian Melangit Kepada Calon Jurulatih Vietnam

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula menghamburkan pujian kepada bakal jurulatih Vietnam yang juga berasal dari Korea Selatan, Kim Sang-sik. Pada hemat Hang-seo, bakal jurulatih Vietnam itu merupakan jurulatih yang mampu merancang perjalanan kini dan juga perancangan pada masa akan datang. “Jurulatih Park Hang-seo menilai Kim Sang-sik sebagai seorang yang mempunyai kebolehan, perwatakan yang baik, […]

Kelantan Darul Naim Belum Mahu Tekan Butang Panik

Kelantan Darul Naim FC ambil pendekatan untuk percaya kepada proses dan tidak panik selepas melihat penyerang baharu, Valdu Te masih belum menggegar gawang lawan pada aksi pra-musim. Dalam satu hantaran di laman Instagram rasmi KDN FC, pihak pengurusan berpendapat Valdu Te sudah menampilkan aksi memuaskan dengan beberapa kali percubaannya hampir diterjemahkan kepada jaringan. “Valdumar atau […]

Kelibat Izham Tarmizi Dikesan Di Padang Terengganu

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dikatakan bakal kembali ke pasukan gergasi selatan itu selepas satu musim dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim 2023. Namun begitu, kelibat Izham masih tidak dapat dilihat bersama pasukan utama JDT yang telah melalui aksi pra-musim di Sepanyol dari 14 April sehingga 30 April. Baru-baru ini, telah […]

Razman Roslan: Pra-Musim JDT Di Sepanyol Bukan Biasa-Biasa

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan persiapan pra-musim Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada tahap yang berbeza. Tidak seperti sesetengah pasukan yang mengadakan persiapan pra-musim baik di dalam negara atau negara jiran seperti Thailand dan Singapura, JDT memilih Sepanyol sebagai destinasi pra-musim. Semasa di Sepanyol, Harimau Selatan mengharungi tujuh aksi persahabatan dari kelab […]

Ramalan Jurulatih Portugal Tentang Selangor Makin Jadi Realiti

Ramalan jurulatih kelahiran Portugal, Rui Capela Batista tentang masa depan Selangor FC semakin menjadi realiti. Pengendali kelab Brunei DPMM FC itu melihat kemampuan Selangor untuk menandingi pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Pasukan yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) itu tidak mampu menandingi kekuatan anak didik Nidzam Jamil apabila tewas dengan […]

Uber Cup: Malaysia Akhiri Penantian Kemenangan, Tewaskan Australia

Kontinjen badminton wanita Malaysia akhirnya berjaya merekodkan kemenangan dalam Uber Cup 2024 apabila menewaskan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan B. Kedua-dua pasukan tersingkir daripada kejohanan selepas masing-masing tewas kepada Taiwan dan Thailand dalam dua aksi awal Kumpulan B. Justeru, perlawanan hari merupakan peluang terakhir bagi Malaysia dan Australia untuk mengutip mata sulung kejohanan. Malaysia menurunkan […]

Syihan Hazmi Ada Pencabar Baru Di Asia Tenggara

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi memiliki pencabar baharu di Asia Tenggara. Pemain berusia 28 tahun itu menjadi watak utama buat Harimau Malaya sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah ketika aksi di Piala Asia 2023. Beliau juga merupakan antara penjaga gawang paling konsisten sejak era Kim Pan-gon tatkala negara-negara ASEAN yang lain sering memainkan watak […]

Hamidin: 3 Bulan Lalu FIFA Puji Malaysia, Orang Mudah Lupa

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Malaysia pernah mendapat pujian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa bulan lalu. Pandangan ini dinyatakan susulan seruan beberapa pihak yang mahu melihat perubahan berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu. Seruan ini dibuat ekoran prestasi kurang memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak […]

Bekas Jurulatih Kelantan, Alfredo Vera Alami Penyingkiran Di Indonesia

Bekas jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera terpaksa menelan kepahitan apabila melihat pasukan barunya, RANS Nusantara tersingkir ke Liga 2 Indonesia. Ini selepas pasukan itu tewas 3-2 kepada PSM Makassar dalam aksi terakhir Liga 1 musim 2023/24 semalam. Jurulatih Argentina itu dibawa masuk pengurusan The Phoenix pada akhir Mac lalu dengan misi mengelak penyingkiran ke Liga […]

“Kita Pun Kecewa Apa Yang Berlaku Di Kedah” – Datuk Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bekas pengendali Melaka United ini menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Sang Kenari dalam satu wawancara bersama Nindia Bola di Astro Arena. Katanya, Kedah Darul Aman ketika ini mula untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sungguhpun berdepan […]

UCL: Penalti Bantu Real Madrid ‘Rantai’ Bayern Munich

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan awal ke atas Bayern Munich di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila mengikat pasukan itu 2-2 di Allianz Arena awal pagi ini. Selepas hampa melihat Bayer Leverkusen bergelar juara Bundesliga musim 2023/24, Bayern berharap dapat mara ke final dan bergelar juara UCL buat kali ketujuh dalam […]

Pra-Musim: Kad Merah Buat Penang Hampa Berdepan Kedah

Layangan kad merah membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan ke atas Penang FC dalam aksi pra-musim terbaru 2024/25. Selepas tewas tipis 1-0 kepada Perak FC di Stadium Perak beberapa hari lalu, anak buah Nafuzi Zain mahu bangkit di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Aman. Sementara Penang pula mahu mengulangi kejayaan menewaskan Sang […]

Thomas Cup: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Denmark

Malaysia terpaksa berpuas hati menamatkan aksi peringkat kumpulan Thomas Cup 2024 sebagai naib juara kumpulan setelah kecundang kepada jaguh Eropah, Denmark pada Selasa. Aksi yang berlangsung di gelanggang dua ini penting buat kedua-dua negara bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan D setelah mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu. Malaysia membariskan barisan terkuat yang dimiliki […]