Kereta Safiq Rahim Diserang Penjenayah

Kereta pemain bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim telah diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.05 minit malam semalam berlaku sebaik sahaja Safiq selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT. Berita ini dikongsikan sendiri oleh pemain tengah Harimau Selatan itu yang memuat naik […]

Selangor Lancar Kempen Solidariti Buat Faisal Halim

Berikutan insiden menyayat hati yang menimpa Faisal Halim, Selangor FC mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen solidariti bersama orang ramai. Menerusi hantaran di media sosial rasmi pasukan Selangor FC, satu kempen solidariti telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa unsur keganasan tidak mempunyai tempat dalam sukan bola sepak. Kempen ini juga mengingatkan orang ramai […]

Pra-Musim: Negeri Sembilan Atasi Tentangan Hebat Tanjong Pagar United

Negeri Sembilan FC terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi cabaran kelab Singapore Premier League (SPL), Tanjong Pagar United dalam aksi pra-musim terbaru 2024/25. Negeri Sembilan mahu meneruskan momentum kemenangan selepas mengalahkan Malaysian University 2-0 pada 2 Mei lalu. Sementara Tanjong Pagar pula berharap dapat merekodkan satu lagi kemenangan selepas pulang dari kem latihan yang diadakan di […]

Cerita Lengkap Tragedi Simbah Asid Faisal Halim

Cerita lengkap mengenai tragedi simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akhirnya terjawab. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami detik hitam apabila beliau disimbah cecair yang dipercayai asid oleh individu yang tidak dikenali. Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Shah Alam dan telah […]

Zarif Irfan Sedia Jadi Penjaga Gol Utama Sri Pahang

Penjaga gol berpengalaman, Zarif Irfan menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi penjaga gol utama Sri Pahang menjelang musim 2024/2025. Zarif Irfan dijangka akan menjadi penjaga gawang utama Sri Pahang setelah pemergian mengejut Izham Tarmizi pada akhir April lalu. Musim lalu kedua-dua penjaga gol itu bergilir-gilir menjaga gawang gol pasukan apabila kedua-duanya melakukan 14 penampilan dalam Liga […]

Posisi Kim Pan-gon Tidak Tergugat

Kedudukan jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon tidak tergugat meskipun skuad negara gagal melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam dua aksi kelayakan pada Mac lalu. Dua kekalahan itu membuka ruang kepada Kyrgyzstan […]

Pertembungan Malaysia & Kuwait Terpaksa Dilupakan

Persiapan Malaysia sedikit terganggu apabila perlawanan persahabatan berdepan Kuwait tidak dapat dilangsungkan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sedang merangka persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan ketiga apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon sudah pastinya mahu bangkit setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman […]

Nafuzi Zain: Kedah Perlukan Masa Bentuk Skuad Ampuh

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpandangan anak buahnya masih memerlukan masa untuk membentuk skuad yang ampuh. Kedah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi terakhir pra-musim sebelum bermulanya saingan Liga Super 2024/2025 pada 10 Mei ini. Kedah berjaya menewaskan Penang 3-1, Negeri Sembilan 2-0 manakala Kedah kalah tipis kepada […]

Gabungan Pemain Senior & Junior Jadi Sandaran Malaysia Di Piala AFF 2024

Gabungan pemain senior dan junior dijangka bakal menjadi taruhan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Piala AFF 2024. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan tekanan susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temu bual bersama MakanBola bagaimanapun optimis dengan […]

Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih

Aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang akan berlangsung pada Jumaat ini berpotensi ditunda. Selangor diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim 2024/25. Situasi ini tidak dibantu dengan insiden menyedihkan yang menimpa bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang […]

Tiada Pemain Warisan Berjaya Pikat Hati Kim Pan-gon

Tiada seorang pun pemain warisan baharu yang berjaya mengikat ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu baru sahaja selesai tugasan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman. Nasib bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan negara apabila tewas 0-2 dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia itu. Keadaan ini sedikit […]

Terkini: Selangor Asingkan Beberapa Pemain Yang Berpotensi Jadi Sasaran Terbaru

Selangor FC mengambil pendekatan secara drastik dengan beberapa pemain berada dalam pengawasan dan diasingkan. Keputusan yang dibuat ini adalah susulan daripada tragedi hitam yang menimpa pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah asid pada Ahad. Berita tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melalui satu hantaran di laman X miliknya. “Pihak pengurusan Selangor FC […]

Kesedihan Faisal Halim Disiram Air Keras: Apa Salah Saya?

Winger Timnas Malaysia, Faisal Halim, merasa sedih menjadi korban siraman air keras. Ia pun mempertanyakan apa salahnya ketika dijenguk oleh Presiden FA Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Datuk Hamidin Mohd Amin bercerita bahwa Faisal Halim sangat kesakitan. Pemain Selangor FC itu bercerita sambil menitihkan air mata. “Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan […]

Selangor Atur Dua Aksi Lawan Kelab Besar ASEAN

Sebagai persiapan untuk aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang seterusnya, Selangor FC mengatur dua aksi persahabatan menentang kelab gergasi ASEAN. Dua kelab yang menjadi pilihan skuad futsal Merah Kuning ialah kelab Black Steel FC dari Indonesia dan Black Pearl United (Thailand). Pengumuman dua aksi persahabatan ini dibuat pengurusan Selangor menerusi satu hantaran di […]

Suspek Utama Dilepaskan Tapi Akan Ditahan Semula Kerana Positif Dadah

Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu.  Beliau turut memaklumkan […]

Syamer Kutty Tetapkan Sasaran Peribadi Bersama Penang

Pemain pinjaman Penang FC, Syamer Kutty Abba ternyata punyai sasaran peribadi selepas dipinjamkan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia 2024/25. Syamer yang juga pemain skuad kebangsaan mahu mengejar minit permainan bersama Penang dan dalam masa yang sama mahu menyumbang sesuatu buat kelab baharunya itu. “Saya tak ambil masa yang lama untuk […]