Tim Cahill Bakal Sertai Revolusi Harimau Malaya?

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill dikhabarkan bakal terlibat sama dalam merevolusikan skuad Harimau Malaya. Peminat bola sepak tempatan mula berasa teruja apabila Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan bakal berlaku rombakan melibatkan skuad kebangsaan. Hal ini berdasarkan pertemuan penting melibatkan DYAM Tunku Mahkota Ismail […]

Lee Zii Jia Tidak Sertai Korea Masters

Tiada kelibat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk saingan Korea Masters 2024. Ini selepas hanya 10 wakil Malaysia yang sah beraksi di kejohanan yang diadakan di Gimnasium Iksan, Iksan City itu. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengetuai cabaran beregu lelaki negara. Sementara Justin Hoh dan Kok Jing Hong […]

Calon Pemilik Dedah Hutang Kedah

Calon pemilik baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini telah mendedahkan jumlah hutang yang ditanggung pasukan yang digelar Sang Kenari itu. Dalam satu hantaran di laman Facebook Dato’ Seri Azizul Tandek, telah didedahkan bahawa jumlah hutang yang ditanggung Kedah kini berjumlah RM 14 juta. Bagi beliau yang juga pemilik syarikat DSAT Group, orang […]

ACLE: 5 Watak Tumpuan Pertembungan JDT vs Ulsan HD Di SSI

Pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Ulsan HD dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan 5 pemain bakal menjadi tumpuan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). JDT kembali ke Stadium Sultan Ibrahim setelah terpaksa akur tumbang kepada Gwangju sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan dalam tiga aksi awal ACLE. Sementara Ulsan HD yang dibimbing oleh […]

Masalah Kecederaan Kembali Hantui Neymar

Bintang Al-Hilal, Neymar kembali dihantui isu kecederaan dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Sebelum ini, bekas bintang Barcelona itu terpaksa berehat selama 369 hari. Ini selepas Neymar mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus pada bahagian lutut semasa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Brazil dan Uruguay pada 2023. Kecederaan serius itu […]

“Ada 6 Tahun Lagi Lihat Kejayaan Peta Hala Tuju F:30” – FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram melihat masih ada enam tahun untuk melihat kejayaan peta hala tuju F:30. F:30 secara ringkas merujuk kepada pelan strategik yang dirangka FAM dengan matlamat menjadi lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030. Pelan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama (2019-2022), fasa kedua (2023-2026) dan […]

ACLE: Dijangka 30,000 Penonton Banjiri Aksi JDT vs Ulsan HD Di Stadium Sultan Ibrahim

Aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Ulsan HD berpotensi menarik kehadiran lebih 30,000 orang. Anggaran ini dibuat berdasarkan kehadiran yang direkodkan untuk aksi kedua ACLE membabitkan Harimau Selatan dan naib juara Chinese Super League (CSL) musim 2024, Shanghai Shenhua. Aksi yang berlangsung pada 1 Oktober itu menyaksikan kehadiran 31,386 […]

Myanmar ‘Rantai’ Australia

Skuad Myanmar mempamer bisa tersendiri apabila berjaya mengikat Australia dalam aksi pertama peringkat kumpulan B Kejuaraan Futsal Asean 2024. Kedua-dua pasukan turun buat kali pertama selepas beraksi di pentas AFC Futsal Asian Cup 2024 di Thailand pada April lalu dengan Myanmar dan Australia terkandas di peringkat kumpulan. Barisan pemain Myanmar diketuai oleh Myo Myint Soe […]

Kim Pan-gon Puji Tunku Ismail & JDT, Anggap Pencabar Hebat Di Asia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai antara pasukan hebat di Asia hasil sentuhan DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor. Pandangan itu dilontarkan jurulatih Korea Selatan berusia 55 tahun itu dalam sidang media pra-perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara JDT dan kelabnya, Ulsan HD. Pan-gon menyifatkan kejayaan yang dikecapi […]

Piala MFL: Negeri Sembilan Tumbangkan Terengganu Di Tampin

Usaha Terengganu FC II memburu kelompok dua teratas Piala MFL terbantut apabila tewas kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Mini Tampin. Skuad Peteh yang dibimbing Haris Safwan Kamal berharap dapat menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Sabah FC II 3-0. Sementara skuad Sang Rusa yang dibimbing Ishak Kunju Mohamad pula mahu kembali mendapat kemenangan selepas […]

Kejuaraan Futsal Asean: Malaysia Tumpas Di Tangan Vietnam

Malaysia terpaksa akur tumbang di tangan Vietnam dalam aksi kedua peringkat kumpulan A Kejuaraan Futsal Asean 2024 pada Isnin. Setelah cemerlang membelasah Brunei pada Ahad, pasukan negara kendalian Rakhpol Sainetngam turun pada aksi kedua peringkat kumpulan berdepan negara di ranking ke-34 dunia, Vietnam. Skuad kebangsaan menampilkan barisan yang sama dengan Syawal Sabaruddin di pintu gol […]

Perak Lanjutkan Kontrak Moses Raj

Berita gembira buat penyokong Perak apabila pasukan itu mengumumkan lanjutan kontrak buat bintang muda mereka, Moses Raj a/l Michel Dass. Berita tersebut diumumkan pengurusan The Bos Gaurus menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Bek tengah berusia 19 tahun itu merupakan tonggak utama skuad Perak III dalam saingan Piala Presiden 2024. Kecemerlangan Moses […]

Kedah Selangkah Untuk Diambil Alih?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan sedang dalam proses untuk diambil alih oleh sebuah pusat perubatan terkemuka di Jitra, Kedah. Mahsuri Medical Centre dalam satu kenyataan media menyatakan telah menghantar surat tawaran untuk pengambil alihan KDA FC. “Pada 3 November 2024, pihak Mahsuri Medical Centre dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi, Encik Nazar Ahmad bin […]

Bintang Ulsan Mahu Lupakan Rekod Buruk Sebelum Bertemu JDT

Bintang Ulsan HD, Kim Min-jun mahu melupakan rekod buruk pasukannya di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) sebelum bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan esok (5 November). Perkara itu disuarakan pemain sayap lincah itu dalam sesi sidang media pra-perlawanan JDT dan Ulsan di Stadium Sultan Ibrahim. “Kami masih banyak lagi perlawanan untuk diharungi di […]

Live: Siaran Langsung JDT vs Ulsan HD, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL Elite

Aksi ACLE menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Ulsan HD bagi aksi keempat. Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon optimis untuk memastikan kemenangan pertama buat pasukannya apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim. “Bagi kami, kami tidak mengharungi tiga aksi yang kurang baik. Ini menjadi motivasi terbaik untuk terus bersaing dan memberikan yang […]

Dikaitkan Ke Selangor? Ini Jawapan Bojan Hodak

Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak menjawab khabar angin perpindahan beliau ke Selangor. Selangor kini sedang giat mencari ketua jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Nidzam Jamil setelah mengumumkan peletakkan jawatan pada Rabu lalu. Untuk sementara waktu ini, jawatan selaku pengendali skuad The Red Giants kini disandang oleh bekas pembantu Nidzam Jamil iaitu […]