Arsenal Sudah Rancang Awal Perarakan Bas Julang Piala

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal sudah merancang perarakan bas untuk menjulang Piala musim 2023/2024.  Memetik laporan The Standard, perancangan Arsenal untuk menyambut kemenangan juara Liga Perdana Inggeris telah dijadualkan pada hari Isnin, 20 Mei akan datang.  Ketika ini, skuad kendalian Mikel Arteta berada di tangga teratas Liga dengan jumlah 83 mata berbaki 2 perlawanan […]

Jepun Bedil Australia Dengan Jaringan Besar

Jepun mempamerkan aksi garang untuk membelasah Australia dalam perlawanan kedua kumpulan B Piala Asia Bawah 17 Tahun Wanita di Bali. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta menyaksikan Jepun berada di kelas tersendiri apabila membuka tirai jaringan menerusi Momo Sato seawal minit ketiga permainan. Belum sempat Australia bangkit, Momo Sato sekali lagi meledak […]

5 Perpindahan Pemain Liga Super Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Jendela perpindahan pertama Liga Super 2024/2025 kini telah menutup tirainya dan bagai sirih pulang ke gagang, terdapat beberapa pemain yang pulang menyertai pasukan lama mereka. Berikut merupakan 5 perpindahan pemain Liga Super yang akan kembali menyarung jersi pasukan lama mereka. 1. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman) Penyerang yang terkenal dengan kerajinan beliau di atas padang […]

“Sedih Menang Cara Ini, Tetapi Rezeki Tetap Rezeki” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara sebegini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meraih trofi pertama pada musim 2024/25 selepas lawan di Piala Sumbangsih, Selangor FC memilih tidak hadir ke perlawanan tersebut. Hal ini susulan isu keselamatan yang menjadi […]

Yoane Wissa, Mangsa Simbah Asid Kini Muncul Bintang Premier League

Beberapa tahun lalu Yoane Wissa pernah mengalami detik hitam apabila menjadi mangsa simbah asid namun kini beliau bangkit untuk menjadi pemain utama dalam kancah Premier League. Pemain kelahiran DR Congo ini merupakan pemain sayap kiri pasukan Brentford dan telah menjaringkan 10 gol dalam 32 penampilan liga bersama Brentford musim ini. Yoane Wissa yang ketika itu […]

Seorang Lagi Pemain EPL Dicanang Berdarah Malaysia

Seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dikesan memiliki darah Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain Luton Town, Elliot Thorpe yang difahamkan memiliki pertalian dengan Malaysia. Beliau merupakan pemain kelahiran Wales-Malaysia yang kini mengemudi jentera tengah Luton Town selain pernah berkelana bersama beberapa akademi terkemuka di England. Pemain versatil berusia 23 tahun […]

Oscar Gonzalez Dilantik Pengarah Teknikal AMD

Teka-teki siapa Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) baharu akhirnya terjawab apabila jawatan itu kini disandang oleh Oscar Francisco Gonzalez. Perlantikan bekas Pengurus Besar Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia (AAFC) itu dinyatakan dalam satu laporan Astro Arena hari ini. Selain menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal AMD, Gonzalez juga menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal Program […]

“Guinea Sepatutnya Menang 3-0 Ke Atas Indonesia ” – Kaba Diawara

Ketua jurulatih Guinea, Kaba Diawara berpendapat anak buahnya layak meraih kemenangan lebih besar ke atas Indonesia dalam aksi penentuan slot Olimpik 2024 Paris. Guinea berjaya menewaskan Indonesia dalam aksi tersebut dengan jaringan tipis 1-0 hasil jaringan sepakan penalti bintang muda, Ilaix Moriba. Jurulatih berusia 49 tahun itu merasakan terdapat banyak peluang yang disia-siakan anak buahnya […]

Penjaga Gol Filipina, Neil Etheridge Dalam Radar Buriram United

Penjaga gol pasukan kebangsaan Filipina, Neil Ethridge dilaporkan berada dalam radar jaguh Thai League 1, Buriram United. Pemain berusia 34 tahun menghabiskan sebahagian besar karierinya di Eropah selain pernah menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City. Beliau kini bersaing EFL Championship iaitu Divisyen Dua England bersama Birmingham City FC sejak musim 2020/2021. Menerusi […]

Terengganu Sedia Berjuang Demi Akhyar Rashid

Terengganu FC sedia berjuang mendapatkan tiga mata menjelang aksi pertama Liga Super demi pemain sayap mereka, Akhyar Rashid. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner kepada bahagian media Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini. Sebelum ini, Terengganu dikejutkan dengan insiden samun membabitkan Akhyar berhampiran kediamannya di Tanjung, Kuala Terengganu pada minggu […]

Kelantan Darul Naim Terima Dua Tajaan Hampir Setengah Juta

Persiapan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjelang aksi Liga Super 2024/25 yang bermula esok semakin mantap apabila menerima tajaan berjumlah RM400,000. Tajaan ini disumbang oleh dua syarikat yang memainkan peranan sebagai rakan strategik Kelantan pada musim 2023. Dua syarikat tersebut ialah Madoo Bee Marketing Sdn. Bhd. dan Master Aleyh Yusof menerusi syarikatnya MAY Adjust […]

Faisal Halim Sudah Boleh Berjalan, Kini Makin Ceria

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim memberi khabar gembira apabial disahkan kini sudah boleh berjalan. Tonggak penting Harimau Malaya itu menjadi mangsa serangan asid oleh individu yang tidak dikenali beberapa hari lalu sehingga ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Faisal telah menjalani beberapa pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Perkembangan terbaru dikongsikan oleh […]

Jersi Unik Terengganu & Sabah Terima Pujian Peminat

Jersi unik baru yang dilancarkan dua kelab Liga Super, Terengganu FC dan Sabah FC semalam mendapat sambutan yang bagus daripada peminat. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim baru Liga Malaysia (Liga M), kelab-kelab memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim tersebut. Sabah yang bekerjasama dengan pembuat peralatan dan pakaian sukan Itali, Lotto, memperkenalkan jersi baru home […]

Akhyar Rashid Ceriakan Semula Kem Terengganu

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Akhyar Eashid kembali menceriakan pasukan dengan memberi khabar gembira menjelang sepak mula musim 2024/25. Beliau yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kecederaan selepas diserang individu misteri dengan menggunakan tukul. Perkhabaran terbaru menyaksikan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan […]

Siaran Langsung Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia vs Korea Selatan (Live Streaming)

Aksi terakhir round robin Sultan Azlan Shah Cup menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada Jumaat. Malaysia turun dengan misi menebus kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan setelah akur tumpas tipis 1-2 di tangan Jepun pada Rabu lalu sekaligus menguburkan impian skuad negara ke final. Pengendali negara, Sarjit Singh dijangka tidak akan melakukan rombakan besar-besaran […]

Dua ‘Orang Kuat’ Selangor Dipanggil PDRM Beri Keterangan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan sudah menghubungi dua ‘Orang Kuat’ Selangor bagi memberi keterangan lanjut. Dua orang tersebut merupakan ahli pengurusan Selangor FC yang telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu panggilan tak dikenali. “Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya […]