Giliran CEO Selangor Terima Ugutan Bakal Senasib Faisal Halim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan telah menerima ugutan bakal menjadi mangsa simbahan asid seterusnya. Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini tentang perkembangan pasukan The Red Giants seminggu selepas insiden yang melibatkan pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang disimbah asid. Beliau dan juga beberapa pegawai Selangor FC yang lain telah menerima […]

AFC Perkenal 4 Kejohanan Kelab Asia Musim 2024/25

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan pengenalan empat kejohanan kelab baru peringkat benua Asia untuk musim 2024/25. Empat kejohanan itu ialah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Liga Cabaran AFC (ACGL) dan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL). Logo empat kejohanan baru itu diperkenalkan selepas tamat Kongres AFC Ke-34 yang berlangsung di […]

Terengganu Tak Mahu Risikokan Akhyar Rashid

Terengganu FC mengambil pendekatan berhati-hati untuk membantu pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid kembali cergas untuk kempen 2024/25. Sebelum ini, pemain sayap yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu terpaksa berehat selepas menjadi mangsa kes samun baru-baru ini. Selain disamun, Akhyar turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya termasuk kepala selepas dipukul individu […]

Thailand Open: Lee Zii Jia Leburkan Tentangan Hebat Jeon Hyeok-jin

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak baik dalam Thailand Open 2024 apabila mara ke pusingan suku akhir kejohanan. Anak jati Alor Setar, Kedah itu mara selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan ke atas Hyeok-jin kerana […]

VAR Bakal Dimansuhkan Di EPL Musim Depan?

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memutuskan sama ada sistem bantuan video pengadil (VAR) akan dimansuhkan atau tidak pada musim hadapan. Express & Star melaporkan pasukan yang berpangkalan di Black Country, Wolverhampton Wanderers telah menghantar usul mencadangkan pemansuhan VAR kepada EPL. Usul ini akan dibincangkan dan dibawa ke peringkat undian dalam mesyuarat agung 20 kelab EPL […]

Ferdy Druijf Diam Membisu

Peledak kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf tidak memberi respon ketika cuba dihubungi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola di Wisma FAM. Beliau berpendapat bahawa FAM bakal memiliki garis panduan ketat bagi melakukan pemilihan pemain […]

Man United Hanya Tinggal Satu Cara Layak Ke Kejohanan Eropah Musim Hadapan

Peluang kelab gergasi England, Man United untuk beraksi di pentas Eropah seakan samar namun belum tertutup dengan adanya satu cara ini. Man United kini berada di tangga kelapan carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengutip 57 mata hasil 17 kemenangan, enam keputusan seri dan 14 kekalahan dalam 37 aksi liga. Terbaharu, skuad kendalian Erik ten […]

Faisal Halim Jumpa Anak-Anak, Berselera Makan Ayam Penyet

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif sehingga hari ini. Umum mengetahui bahawa beliau diserang oleh individu misteri yang menyimbah asid sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat. Beliau kini menerima rawatan di salah sebuah hospital Shah Alam dan sudah pun menjalani beberapa pembedahan. Perkembangan terbaru menyaksikan tonggak Harimau Malaya itu menunjukkan […]

Pendedahan Kos Sebenar VAR Liga Super Mengejutkan

Pendedahan sebenar kos bagi membawa masuk teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Super amat mengejutkan. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Wisma FAM oleh Cakap Sukan. Liga Malaysia secara rasminya telah menggunakan VAR pada aksi pertama musim 2024/25 selepas mendapat kelulusan oleh FIFA. […]

Ranking BWF: Kedudukan Lee Zii Jia Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia Tidak Tergugat

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih mengekalkan kedudukannya dalam kelompok sepuluh pemain terbaik dunia. Menerusi kemas kini ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa lalu menyaksikan tiada perubahan melibatkan kedudukan Zii Jia sebagai pemain kesepuluh terbaik dunia ketika ini. Pemain kelahiran Alor Star ini mengumpul 69856 mata hasil persembahan […]

Philippe Troussier Bakal Ke Indonesia Dengan Peranan Berbeza?

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Philippe Troussier dikatakan bakal ke Indonesia dengan peranan yang berbeza. Media terkemuka dari Vietnam menjangkakan khidmat Troussier bakal ditagih Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) sebagai Pengarah Teknikal. Berita Troussier mengambil alih jawatan Pengarah Teknikal Indonesia dikuatkan lagi dengan kelibat jurulatih dari Perancis itu turut kelihatan dalam aksi play-off ke Sukan […]

Nombor Ederson Tersebar, Jadi Mangsa Serangan Penyokong Arsenal

Nombor telefon penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes dikatakan telah tersebar di England dan akibat daripada itu, beliau telah diserang oleh segelintir penyokong Arsenal. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ederson melalui Instagram Stroy milik beliau baru-baru ini. Kebocoran nombor telefon Ederson itu dikatakan berlaku sebelum kemenangan berharga Manchester City yang menewaskan Tottenham Hotspur dengan […]

“Jersi Tak Penting, Tiga Mata & Bayar Hutang Lagi Penting” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan kejayaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan pertama liga amat penting buat pasukan itu. Ini kerana dengan kemenangan tersebut, pasukan utara tanah air itu tidak perlu lagi memikirkan isu potongan tiga mata yang dihadapi mereka untuk musim 2024/25. Sebelum ini, Sang Kenari dihukum denda RM50,000 dan […]

Data Atlead: JDT Dijangka Terus Kuasai Liga Super, Terengganu & Sri Pahang Ekori Rapat

Ramalan kedudukan Liga Super musim 2024/25 sudah mula menjadi bualan mengenai kedudukan akhir JDT, Terengganu dan juga Sri Pahang. Ketiga-tiga pasukan ini menjadi antara kelab paling menyerlah bagi saingan domestik musim lalu. Tatkala saingan musim ini bermula pada 10 Mei yang lalu, perebutan mahkota juara bagi musim ini terus menjadi bualan peminat. Berdasarkan data yang […]

Kim Pan-gon Mula Intip Pemain Penang Beraksi

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mula menyaksikan secara dekat kemampuan pemain Penang beraksi. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mempunyai misi besar pada bulan Jun ini untuk memanggil barisan pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kebangsaan berpotensi untuk beraksi tanpa dua tonggak penting negara iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang diserang individu […]

Tonggak Warisan Indonesia Dilabel Pemain Kelas Ketiga

Como 1907 mencipta sensasi dengan menyatakan pemain tengah warisan Indonesia, Thom Haye sebagai pemain kelas ketiga. Kenyataan panas itu dibuat oleh wakil pemilik kelab, Mirwan Suwarso apabila ditemubual CNN Indonesia semalam. Sebelum ini, timbul khabar angin perpindahan yang mengaitkan Haye dengan kelab Serie B itu. Ini selepas pemain tengah berusia 29 tahun itu memilih tidak […]