“Romel Morales Perlu Kerja Keras, Kalau Tak Tempatnya Di JDT II”

Peledak naturalisasi negara, Romel Morales diingatkan untuk bekerja keras atau tidak tempatnya hanyalah di JDT II. Perkara ini disampaikan oleh dua lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha dan juga Shahrom Kalam tentang ketiadaan bekas pemain KL City itu dalam skuad menentang Negeri Sembilan. Pemain kelahiran Colombia itu menyertai JDT daripada KL City dan beraksi dalam […]
Info Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Perlawanan kedua Piala Dunia Sepak Takraw bagi acara regu kumpulan B menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara di antara Malaysia dan Brunei pada Ahad. Selepas kejayaan menewaskan China pada Sabtu, skuad negara mahu meneruskan rentak cemerlang dengan mencattkan kemenangan kedua bagi merealisasikan hasrat mara ke pusingan seterusnya. Skuad sepak takraw kebangsaan bagi acara regu ini […]
Aliff Haiqal: Ini Untuk Faisal Halim

Pemain tengah Selangor FC, Aliff Haiqal Lau berpendapat tiga mata berharga yang diraih ketika bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam adalah khas buat Faisal Halim yang sebelum ini menjadi mangsa simbahan asid. Aliff bersyukur dengan jaringan tunggal yang dihasilkan beliau dapat membantu pasukan untuk mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2024/2025. “Syukur […]
Nidzam Jamil Ulangi Rekod Hebat Tan Cheng Hoe

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berjaya mengulangi rekod hebat yang dicipta oleh bekas pengendali, Tan Cheng Hoe. Jurulatih muda itu memulakan tugas pertama berdepan Kedah Darul Aman selepas aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak diteruskan susulan Gergasi Merah tidak hadir pada perlawanan tersebut. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun tuan rumah berjaya memperoleh […]
Info Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia vs Jepun (Live Streaming)

Malaysia akan membuka kempen Kumpulan A acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menentang wakil Asia Timur, Jepun. Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Cabaran negara bakal digalas oleh Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin. Aidil yakin Malaysia mampu mengharungi cabaran Kumpulan A tanpa sebarang masalah. Selain Malaysia dan Jepun dalam […]
“3-1 Keputusan Yang Baik Buat Negeri Sembilan” – Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz menyifatkan kekalahan 3-1 yang dialami pasukan itu di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam sebagai satu keputusan yang baik. Negeri Sembilan ketinggalan pada babak pertama menerusi dua gol penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva. Pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung merapatkan jurang buat pelawat pada minit ke-28. […]
Tan Cheng Hoe & Police Tero Tersungkur Ke Divisyen Dua Liga Thailand

Bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak dapat menyelamatkan Police Tero daripada tersingkir ke saingan Thai League 2 musim hadapan. Ini selepas pasukan itu hanya mengutip 28 mata daripada 29 perlawanan meskipun berjaya mengalahkan Bangkok United 3-0 kelmarin. Dengan Sukhotai memiliki 32 mata daripada 28 perlawanan, sukar buat The Silver Shield Dragon untuk mengejar […]
Liga Super: Gol Saat Akhir PDRM Pastikan Perak Tersungkur Kali Kedua

PDRM meraih kemenangan pertama setelah menewaskan Perak dalam aksi yang cukup sengit di gelanggang Ipoh untuk aksi kedua Liga Super 2024/2025. Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik yang dibarisi pemain seperti Haziq Nadzli, Shivan Pillay, Azalinullah Alias, Tommy Mawat dan Luciano Guaycochea selaku kapten pasukan. PDRM pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Bruno Suzuki, Fadi Awad, […]
VAR Batalkan Dua Hajat Besar Perak & PDRM

Sistem bantuan video pengadil (VAR) menjadi penghalang kepada Perak FC dan PDRM FC daripada mendapatkan kelebihan gol dalam aksi terbaru Liga Super hari ini. Perak dan PDRM berentap di Stadium Perak hari ini untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam liga. Ini selepas The Bos Gaurus dan The Cops masing-masing tewas kepada Terengganu FC dan Kedah Darul […]
Liga Super: Gema ‘Siuu’ Warnai Kemenangan Selangor Ke Atas Kedah

Hasrat Selangor FC untuk mendapatkan tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2024/2025 menjadi kenyataan apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Kedah menggandingkan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic di bahagian hadapan manakala Selangor pula meletakkan Ronnie Fernandez untuk mencari jaringan. Perlawanan dimulakan […]
Ong Kim Swee: Sabah Bukan Pasukan Eksperimen

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee merasa kurang senang dengan komen sesetengah penyokong yang melabel pasukan itu sebagai pasukan eksperimen. Komen itu timbul selepas melihat perubahan yang dibuat Kim Swee dalam perlawanan menentang Penang FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Aksi menentang Penang menyaksikan nama Stuart Wilkin dipilih sebagai jeneral tengah pasukan […]
Arif Aiman Beri Khabar Duka Kepada Kim Pan-gon

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberi khabar duka kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Tonggak berusia 22 tahun itu diketepikan ketika skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan dan juga senarai pemain di bangku simpanan […]
Thailand Open: Lee Zii Jia Tamatkan Kemarau Final, Tundukkan Chou Tien Chen

Aksi separuh akhir Thailand Open 2024 menyaksikan wakil tunggal negara, Lee Zii Jia tampil cemerlang untuk menumbangkan pemain perseorangan utama Chinese Taipei, Chou Tien Chen pada Sabtu. Lee Zii Jia yang pertama kali beraksi di pentas separuh akhir tahun ini beraksi penuh garang menumbangkan wakil China, Lu Guang Zu dalam aksi tiga set pada saingan […]
Liga Super: JDT Mula Dominasi Musim Baru, Tewaskan Negeri Sembilan

Aksi Liga Super 2024/25 antara dua pasukan Selatan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan beberapa pertukaran dan beraksi tanpa Arif Aiman Hanapi di laman sendiri. Skuad Jang pula menampilkan watak seperti Takumi Sasaki, Mika, Heij Htet Aung dan […]
Skuad Muda Kedah Sekat Keampuhan JDT

Hajat skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV merekodkan kemenangan keempat berturut-turut tidak berhasil apabila dirantai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) D dalam aksi terbaru Kumpulan B Piala Belia. Harimau Selatan yang dibimbing Pedro Collada Celda ingin meneruskan rekod tiga kemenangan berturut-turut selepas membelasah Kuching City FC 6-0 pada 11 Mei lalu. Sementara […]
Negeri Sembilan Robek Gawang JDT Seawal Aksi Pertama

Peminat Negeri Sembilan FC ceria apabila berjaya merobek gawang juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat kedua-dua pasukan selepas tidak beraksi pada minggu pertama liga. Harimau Selatan tidak beraksi pada minggu lepas susulan tindakan Selangor FC menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih. Keputusan […]